Wanita perlu ambil pengajaran akibat kebebasan seks

>> Selasa, Februari 17, 2009

Soal mengambil kesempatan daripada gambar baik gambar sedang bersama lelaki dengan perempuan atau gambar perempuan berbogel sudah lama berlaku dalam negara kita terutama sejak telefon bimbit dilengkapi kamera.
Sepatutnya perkara ini sudah menjadi soal keselamatan bagi wanita. Sebelum ini kita diheboh video cam Nasha Aziz. Dan banyak lagi melibat wanita di kampung yang diperalat oleh sendikit.
Sepatutnya wanita perlu berhati-hati dengan perkara ini tetapi bila hal sedemikian berlaku kepada wanita berpendidikan sudah tentu kita merasakan wanita kampung lagi mudah diperalat.
Oleh yang demikian wanita perlu mengkaji kenapa Islam melarang seks bebas. Kalau dahulu apabila berlaku seks bebas yang mengandung wanita dan yang dapat malu wanita manakala lelaki hilang entah kemana.
Wanita terpaksa menanggung malu. Lelaki tidak, malah golongan lekaki ini boleh jaja yang dia merosakkan si anu dan si anu.
Zaman sekarang teknologi boleh menutup daripada berlaku kehamilan. Sebab itu kebebasan seks makin menjadi parah ditambah lagi dengan pengaruh barat.
Namun begitu kebebasan seks tetap mengundang padah walaupun wanita boleh mengelak daripada kehamilan. Lelaki tetap lelaki. Mereka boleh memalukan wanita dengan pelbagai cara. Menjadikan gambar hubungan kelamin atau gambar bogel mangsa untuk menjadi bahan ugutan bagi mendapatkan wang.
Soal ini juga bukan semata-mata kebebasan seks malah ia juga melibatkan pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan.
Kalau apa yang didakwa oleh Exco Selangor bermakna ia termasuk dalam pergaulan bebas. Akhirnya yang dapat malu ialah exco terbabit kerana terlibat dalam politik. Pihak musuh akan mengambil kesempatan diatas kelemahan kita.
Saya fikir jika Exco terbabit tidak terlibat dalam politik tidak semestinya masalah tersebut tidak timbul pada masa akan datang. Pihak yang mengambil kesempatan keatas beliau tentu menggunakan peluang atau menunggu wanita terbabit menjadi kaya dan termasuk golongan berwang dan berharta. Pada masa itu pihak yang mengambil kesempatan akan menggunakan peluang sepenuhnya. Beliau juga akan menjadi mangsa keadaan tersebut.
Apalagi kalau beliau berkahwin dengan lelaki jutawan sudah tentu lelaki yang mengambil kesempatan atas fahaman pergaulan bebas exco terbabit akan menjadikan gambar bogel tersebut sebagai ugutan untuk beliau mendapatkan wang.
Walau macam mana keadaan sekalipun exco terbabit tidak boleh mengelak menjadi mangsa keadaan. Oleh kerana beliau terlibat dalam politik maka kesempatan itu diambil oleh orang politik.
Jadi Islam melarang pergaulan bebas dan seks bebas bukan sahaja untuk menjaga keturunan tetapi menyelamatkan maruah wanita kerana wanita itu lebih menanggung malu daripada lelaki.
Atau apakah wanita sanggup mengambil gambar bogel teman lelakinya untuk menjadikan teman lelaki mangsa ugutan bagi wanita terbabit mendapat wang cara mudah. Sediakah wanita bertindak demikian?
Bagi saya walaupun ada wanita mencuri dan merompak tetapi ia bukanlah peratus melebihi golongan lelaki. Begitu juga hal tersebut. Atau cukup hebatlah wanita tersebut jika sanggup berbuat demikian.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam seminar hudud pernah menimbulkan perkara ini iaitu untuk menjaga maruah wanita. Jika kita mengambil iktibar ini maka exco tersebut terselamat daripada mangsa keadaan dan kesempatan.
Akhirnya siapa yang untung teman lelaki exco terbabit atau exco tersebut. Teman lelaki mungkin mengambil kesempatan kewangan sudah tentu turut memohon perlindungan politik daripada pihak musuh politik exco terbabit.

0 comments:

Catat Ulasan

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP