Pemimpin pemimpin sombong mereng iseng

>> Selasa, Februari 24, 2009

Hadirin dalam dewan Kelab Cina Selangor Kuala Lumpur, secara spontan `boooo' pemerintah apabila Presiden Teras, Cikgu Azmi mengatakan ramai pasukan keselamatan yang datang malam ini mereka itu tahu atau tidak PPSMI?
"Pemimpin pemimpin sombong mereng dan iseng (PPSMI). Itu yang layak diberi gelaran kerana sudah banyak nasihat, seminar, malah kajian dibuat dihantar kepada kerajaan tetapi tetap degil tidak mahu kembali kepada pengunaan bahasa asal pembelajaran tersebut," ujarnya.
PPSMI iaitu Program Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pada 2003. Kajian yang dibuat oleh pakar bahasa menunjukkan kemorosotan pelajar terhadap matapelajaran tersebut.
Pencapaian yang dibanggakan pemimpin dalam UPSR adalan kerana gred peratus kelulusan diturunkan menyebabkan ramia pelajar yang lulus tetapi mutu pendidikan amat rendah. Kesannya ia akan menyukarkan anak-anak kita ke universiti.
"Menilai dan mengukur pencapaian dalam UPSR adalah silap. Kalau hendak tahu hakikat sebenar sama ada pelajar boleh atau tidak mengikuti PPSMI ialah dengan melihat keputusan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun," katanya.

0 comments:

Catat Ulasan

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP