PKR perlu perbetulkan masalah sosial dalam AMK

>> Isnin, Februari 16, 2009

Perkara ini saya dah agak dah akan berlaku. Apabila kejadian menimpa exco muda PKR atau Angkatan Muda Keadilan (AMK) saya tidak hairan sangat.
Ini kerana beberapa tahun dahulu semasa saya mengikuti persidangan tahunan PKR, Timbalan Presidennya, Dr Syed Husin Ali pernah menyuarakan dan menegur masalah sosial AMK.
Saya mengenali beberapa AMK yang menjadi teguran Syed Husin. Masalah sosial ini sudah ditimbulkan beberapa tahun dahulu sejak Anwar dalam penjara lagi.
Bagaimanapun ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk mengatasi masalah tersebut berikutan kalangan mereka terdiri daripada NGO yang agak bebas bersosial. Fahaman yang lebih kebaratan dan kebebasan.
Mungkin dalam NGO mereka boleh melakukan apa saja tetapi apabila mereka terlibat dalam politik apa lagi menjadi wakil rakyat sepatutnya akhlak mereka turut berubah memandangkan budaya timur dan masyarakat yang masih menyangjung tinggi soal akhlak serta moral.
Dalam soal akhlak dan moral kita lihat negara maju juga tidak berkompromi apabila soal tersebut melibatkan pemimpin mereka.
Pemimpin mereka mengelak jika terlibat dalam soal skandal seks, rasuah dan pembohongan. Tetapi negara kita hanya berkait dengan seks. Sedangkan rasuah dan pembohongan masih berleluasa. Skandal seks juga sekiranya ia melibatkan pemimpin pembangkang.
Sebaliknya bila skandal itu melibatkan pemimpin kerajaan ia boleh menggunakan rasuah kuasa dan wang bagi menutup skandal tersebut.
Jadi isu foto bogel exco diambil kesempatan sepenuh oleh pihak yang mencari keuntungan kerana mereka ini pihak pembangkang. Bukanlah ia menunjukkan BN itu suci sesucinya tetapi berperanan jahat mahu menjatuhkan musuh politik diatas kelemahan orang lain.
Apa yang kita bimbang exco ini akan menjadi mangsa ugut kerana setiap exco yang bermasalah sudah pasti dipergunakan sepenuhnya oleh Umno.
Oleh kerana itu berhati-hati bila menjadi pemimpin. Akhlak dan moral perkara utama yang patut ada dalam setiap individu wakil rakyat semoga musuh tidak mudah pergunakan kita.

0 comments:

Catat Ulasan

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP