Itu kata Cikgu Azmi Abd Hamid, Presiden Teras menasihatkan mahasiswa UIA Gombak dalam satu forum malam tadi. Ikut tentatif program bermula pukul 9.00 tetapi terganjak jam 9.30.
Ini menteliti kita. Disiplin....disiplin....displin itu yang mesti dibaja.
Pada program di Dewan Kelab Cina Selangor yang dianjurkan PAS tengok posting saya sebelum ini bertajuk Pemimpin pemimpin sombong mereng dan inseng, pun masalah yang sama berlaku.
Saya pada mulanya mendapat tahu ada program mansuh PPSMI di Dewan Kelab Cina Selangor. Biasanya program di sana kalau dianjur DAP atau PKR biasanya bermula pukul 8 atau 8.30. Saya berlepas dari rumah pukul 8.30 anggaran sampai pukul 9.00.
Sampai di sana rupanya program belum bermula dan beberapa kawan memberitahu program mula pukul 9 malam. Saya bertanya siapa anjur kawan memberitahu PAS. Patut la sebab selain PAS yang anjur sudah tentu program dah mula.
PAS anjur dilewatkan ke pukul 9 mungkin dikira lepas solat Isyak. Kalau PKR atau DAP pukul 8 atau 8.30 sudah mula.
Tetapi satu masalahnya bila sampai di sana program belum mula walaupun jam sudah pukul 9. Malam tu pukul 9.30 lebih baru start. Mana silapnya? Ini kita kena panggil Cikgu Azmi bagi motivasi kat orang PAS.
Masa dok menunggu ceramah start jumpa pula sorang kawan dia ni geng unit amal. Buallah dengan dia tentang masa saya kata ada kalangan yang rasa dia hebat kalau dia datang lewat daripada jam yang ditetapkan. Feel macam ni turut menjadi ikutan pemimpin peringkat pertengahan dan seterusnya pemimpin peringkat bawahan.
Kalau panel ni datang awal dan masa ditetapkan tidak dianggap hebat. Pasal orang tidak ternanti-nanti akan beliau. Bila datang lewat ramai yang sambut dan umum kedatangan. Kan hebat tu. Nauzubillah... berlindung kita dengan perangai seumpama itu.
Baik anda tulis dalam note displin...disiplin....disiplin
>> Rabu, Februari 25, 2009
Tergelak bila Mahathir pun keliru senario Perak
>> Selasa, Februari 24, 2009
Che Det menulis tentang senario Perak. Kita orang awam ni nak tergelak juga apa yang berlaku di Perak. Apa tidaknya Menteri Besar baru, Zambry pun tak tahu kedudukan dia dalam Dewan Undangan Negeri (Dun).
Kalau ikut yang berkuasa di Dun masih lagi Speaker yang ada sekarang. Umno belum boleh tukar lagi Speaker yang ada kerana Dewan belum lagi bersidang.
Pemerhatian saya pun sama dengan Mahathir sama ada dalam Dewan, Menteri Besar dahulu, Datuk Seri Nizar masih duduk kerusi dia? Kalau dia duduk di kerusi asalnya bermakna MB baru tetap duduk di kerusi pembangkang. Sama ada Zamry tukar dengan Tajol Rosli itu kita tidak tahu? Kalau Tajol mahu menghormati Zambry dia bagi tempat duduk dia kepada Zambry.
Jadi tetap rupanya Zambry duduk masih dok pembangkang. Tapi tak tahu kita kalau Speaker arahkan petugas dewan alihkan tempat duduk Zambry ke tempat Menteri Besar. Tapi takkan Speaker nak buat macam tu.
Apa yang menjadi masalah besarnya pegawai dewan tidak mahu mematuhi arahan Speaker. Ini bermakna kuasa ada pada Speaker tetapi pada pelaksanaannya tidak ada. Ini tambah celaru. Pegawai pun ikut celaru.
Kalau sudah jadi macam tu mungkin Nizar diarah polis dan askar diraja duduk kerusi pembangkang. Tambah lucu lagi pembangkang lebih ramai daripada Adun kerajaan baru yang dikatakan haram. Ini kerana Adun Behrang dan Changkat Jering dan satu lagi Adun bekas DAP atau Timbalan Speaker tidak boleh masuk dewan kerana telah letak jawatan. Jadi masing-masing pembangkang dan kerajaan haram baru kerusinya sama banyak.
Jadi macam mana lah raja bijaksana kata lebih Adun BN. Budak darjah satu pun tahu seri. Bila seri Umno tidak boleh jatuhkan kerajaan pakatan rakyat.
Isu baru pulak MB dan Exco kena gantung hadir sidang dewan. Kalau ikutkan aniaya kawan kita ni tetapi dah buat jahat tak nak ikut undang-undang dan peraturan maka nasib kamu la kena hukuman.
Kalau mereka ni tak boleh masuk dewan lagi teruk ramai pakatan rakyat daripada kerjaaa haram. Tetapi pegawai kerajaan dan polis mungkin guna kuasa supaya Zambry and the gengnya dapat masuk dewan. Bagaimana pun ia tetap bercelaru kerana kuasa masih ada pada Speaker. Spekaer boleh buat dewan tidak akan bersidang selagi yang digantung itu mengacau dewan. Lagi dua kali hina Zambry and the geng.
Tetapi kalau keadaan berterusan baiklah Speaker tangguhkan dewan tunggu je la tidak sidang selama enam bulan automatik bubar dewan. Maka baiklah kita selesaikan sahaja melalui pilihan raya baru kerajaan dapat memerintah tanpa gangguan politik mana-mana pihak yang menjadi pembangkang.
Kalau Umno kalah tetap meneruskan rancangan jahatnya maka sahlah Umno dah memang kerja dia jahat dan layak dipanggil penjahat.
Pemimpin pemimpin sombong mereng iseng
Hadirin dalam dewan Kelab Cina Selangor Kuala Lumpur, secara spontan `boooo' pemerintah apabila Presiden Teras, Cikgu Azmi mengatakan ramai pasukan keselamatan yang datang malam ini mereka itu tahu atau tidak PPSMI?
"Pemimpin pemimpin sombong mereng dan iseng (PPSMI). Itu yang layak diberi gelaran kerana sudah banyak nasihat, seminar, malah kajian dibuat dihantar kepada kerajaan tetapi tetap degil tidak mahu kembali kepada pengunaan bahasa asal pembelajaran tersebut," ujarnya.
PPSMI iaitu Program Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pada 2003. Kajian yang dibuat oleh pakar bahasa menunjukkan kemorosotan pelajar terhadap matapelajaran tersebut.
Pencapaian yang dibanggakan pemimpin dalam UPSR adalan kerana gred peratus kelulusan diturunkan menyebabkan ramia pelajar yang lulus tetapi mutu pendidikan amat rendah. Kesannya ia akan menyukarkan anak-anak kita ke universiti.
"Menilai dan mengukur pencapaian dalam UPSR adalah silap. Kalau hendak tahu hakikat sebenar sama ada pelajar boleh atau tidak mengikuti PPSMI ialah dengan melihat keputusan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun," katanya.
Kawan sudah tertekan jangan kita tambah tekanan
>> Rabu, Februari 18, 2009
Dalam keadaan seumpama ini kita teringat peristiwa pembunuh 99 orang dan menemui ulama untuk bertaubat sebaliknya tidak dilayan malah mengeji pembunuh tersebut. Akibatnya ulama itu menjadi mangsa beliau yang ke 100.
Pembunuh meneruskan pengembaraan mencari mereka yang mampu membawa beliau ke jalan benar dan akhirnya bertemu seorang ulama yang menasihatkan beliau supaya bertaubat sesungguhnya Allah maha pengampun dan menerima taubat walaupun sebesar mana kejahatan sekalipun. Akhir cerita pembunuh itu mendapat rahmat Allah ditempat ke syurga.
Cerita seumpama ini boleh menenangkan jiwa. Tidak bermakna Allah tidak bersama kita. Apa yang penting kita cari jalan kebenaran. Kesilapan lalu boleh diperbetulkan.
Melihat reaksi wajah Elizabeth Wong masa sidang akhbar beliau seolah menyesal apa yang menimpa beliau akibat tidak berhati-hati.
Sikap yang ditunjukkan oleh beliau berlainan dengan apa yang ditunjukkan oleh bekas menteri kesihatan, Dato' Chia So Lek. So Lek masih ego dengan kesalahannya dan mencari musuh politik bukan menyesali perbuatan tidak bermoral beliau.
Jadi memang sepatutnya kita tidak memberi tekanan kepada beliau sebagaimana yang dilakukan Umno yang akhirnya beliau menjadi kawan kita sebaliknya bertindak menjauhkan dari pada kita. Yang ruginya kita. Sedangkan Allah menawarkan ganjaran syurga sekiranya mampu membimbing ummah terutama yang sesat jalan kepada kebenaran.
Tindakan yang dilakukan Umno bukan untuk membimbing kawan kita tetapi untuk menyedapkan politik mereka. Orang politik akan guna bermacam cara untuk menjatuhkan musuh. Ini politik jahat.
Politik Islam bukan sedemikian. Kalau mereka yang mengangungkan maksiat seperti Umno memang patut kita tentang tetapi kalangan manusia tertentu ia mungkin juga kesilapan akibat terpengaruh dengan keilmuan dan didikan barat. Jadi menjadi tanggungjawab kita menunjukkan jalan kebenaran.
Apa salah wanita memeluk Elizabeth. Sekurangnya ia mampu menenangkan jiwa beliau. Terutama dipeluk oleh wanita yang bertudung labuh. Itu menunjukkan betapa hebatnya dakwah kita mengenali musuh dan kenal siapa yang harus dibimbing.
Bukan menganggap semua manusia itu sama. Kita perlu menilai dan mengkaji supaya langkah yang kita ambil demi kebaikan bersama. Ini kerana ramai lagi manusia seumpama Elizabeth jadi kita yang menjadi pembimbingnya. Jangan ego dengan Islam kita akibat memusnah diri kita kerana Allah mengajar kita menjadi pemimpin yang membibing masyarakat membimbing menunjukan jalan kebenaran dan bercahaya daripada kegelapan.
Wanita perlu ambil pengajaran akibat kebebasan seks
>> Selasa, Februari 17, 2009
Soal mengambil kesempatan daripada gambar baik gambar sedang bersama lelaki dengan perempuan atau gambar perempuan berbogel sudah lama berlaku dalam negara kita terutama sejak telefon bimbit dilengkapi kamera.
Sepatutnya perkara ini sudah menjadi soal keselamatan bagi wanita. Sebelum ini kita diheboh video cam Nasha Aziz. Dan banyak lagi melibat wanita di kampung yang diperalat oleh sendikit.
Sepatutnya wanita perlu berhati-hati dengan perkara ini tetapi bila hal sedemikian berlaku kepada wanita berpendidikan sudah tentu kita merasakan wanita kampung lagi mudah diperalat.
Oleh yang demikian wanita perlu mengkaji kenapa Islam melarang seks bebas. Kalau dahulu apabila berlaku seks bebas yang mengandung wanita dan yang dapat malu wanita manakala lelaki hilang entah kemana.
Wanita terpaksa menanggung malu. Lelaki tidak, malah golongan lekaki ini boleh jaja yang dia merosakkan si anu dan si anu.
Zaman sekarang teknologi boleh menutup daripada berlaku kehamilan. Sebab itu kebebasan seks makin menjadi parah ditambah lagi dengan pengaruh barat.
Namun begitu kebebasan seks tetap mengundang padah walaupun wanita boleh mengelak daripada kehamilan. Lelaki tetap lelaki. Mereka boleh memalukan wanita dengan pelbagai cara. Menjadikan gambar hubungan kelamin atau gambar bogel mangsa untuk menjadi bahan ugutan bagi mendapatkan wang.
Soal ini juga bukan semata-mata kebebasan seks malah ia juga melibatkan pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan.
Kalau apa yang didakwa oleh Exco Selangor bermakna ia termasuk dalam pergaulan bebas. Akhirnya yang dapat malu ialah exco terbabit kerana terlibat dalam politik. Pihak musuh akan mengambil kesempatan diatas kelemahan kita.
Saya fikir jika Exco terbabit tidak terlibat dalam politik tidak semestinya masalah tersebut tidak timbul pada masa akan datang. Pihak yang mengambil kesempatan keatas beliau tentu menggunakan peluang atau menunggu wanita terbabit menjadi kaya dan termasuk golongan berwang dan berharta. Pada masa itu pihak yang mengambil kesempatan akan menggunakan peluang sepenuhnya. Beliau juga akan menjadi mangsa keadaan tersebut.
Apalagi kalau beliau berkahwin dengan lelaki jutawan sudah tentu lelaki yang mengambil kesempatan atas fahaman pergaulan bebas exco terbabit akan menjadikan gambar bogel tersebut sebagai ugutan untuk beliau mendapatkan wang.
Walau macam mana keadaan sekalipun exco terbabit tidak boleh mengelak menjadi mangsa keadaan. Oleh kerana beliau terlibat dalam politik maka kesempatan itu diambil oleh orang politik.
Jadi Islam melarang pergaulan bebas dan seks bebas bukan sahaja untuk menjaga keturunan tetapi menyelamatkan maruah wanita kerana wanita itu lebih menanggung malu daripada lelaki.
Atau apakah wanita sanggup mengambil gambar bogel teman lelakinya untuk menjadikan teman lelaki mangsa ugutan bagi wanita terbabit mendapat wang cara mudah. Sediakah wanita bertindak demikian?
Bagi saya walaupun ada wanita mencuri dan merompak tetapi ia bukanlah peratus melebihi golongan lelaki. Begitu juga hal tersebut. Atau cukup hebatlah wanita tersebut jika sanggup berbuat demikian.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam seminar hudud pernah menimbulkan perkara ini iaitu untuk menjaga maruah wanita. Jika kita mengambil iktibar ini maka exco tersebut terselamat daripada mangsa keadaan dan kesempatan.
Akhirnya siapa yang untung teman lelaki exco terbabit atau exco tersebut. Teman lelaki mungkin mengambil kesempatan kewangan sudah tentu turut memohon perlindungan politik daripada pihak musuh politik exco terbabit.
PKR perlu perbetulkan masalah sosial dalam AMK
>> Isnin, Februari 16, 2009
Perkara ini saya dah agak dah akan berlaku. Apabila kejadian menimpa exco muda PKR atau Angkatan Muda Keadilan (AMK) saya tidak hairan sangat.
Ini kerana beberapa tahun dahulu semasa saya mengikuti persidangan tahunan PKR, Timbalan Presidennya, Dr Syed Husin Ali pernah menyuarakan dan menegur masalah sosial AMK.
Saya mengenali beberapa AMK yang menjadi teguran Syed Husin. Masalah sosial ini sudah ditimbulkan beberapa tahun dahulu sejak Anwar dalam penjara lagi.
Bagaimanapun ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk mengatasi masalah tersebut berikutan kalangan mereka terdiri daripada NGO yang agak bebas bersosial. Fahaman yang lebih kebaratan dan kebebasan.
Mungkin dalam NGO mereka boleh melakukan apa saja tetapi apabila mereka terlibat dalam politik apa lagi menjadi wakil rakyat sepatutnya akhlak mereka turut berubah memandangkan budaya timur dan masyarakat yang masih menyangjung tinggi soal akhlak serta moral.
Dalam soal akhlak dan moral kita lihat negara maju juga tidak berkompromi apabila soal tersebut melibatkan pemimpin mereka.
Pemimpin mereka mengelak jika terlibat dalam soal skandal seks, rasuah dan pembohongan. Tetapi negara kita hanya berkait dengan seks. Sedangkan rasuah dan pembohongan masih berleluasa. Skandal seks juga sekiranya ia melibatkan pemimpin pembangkang.
Sebaliknya bila skandal itu melibatkan pemimpin kerajaan ia boleh menggunakan rasuah kuasa dan wang bagi menutup skandal tersebut.
Jadi isu foto bogel exco diambil kesempatan sepenuh oleh pihak yang mencari keuntungan kerana mereka ini pihak pembangkang. Bukanlah ia menunjukkan BN itu suci sesucinya tetapi berperanan jahat mahu menjatuhkan musuh politik diatas kelemahan orang lain.
Apa yang kita bimbang exco ini akan menjadi mangsa ugut kerana setiap exco yang bermasalah sudah pasti dipergunakan sepenuhnya oleh Umno.
Oleh kerana itu berhati-hati bila menjadi pemimpin. Akhlak dan moral perkara utama yang patut ada dalam setiap individu wakil rakyat semoga musuh tidak mudah pergunakan kita.
Nanti ada yang panggil mufti rasuah
>> Khamis, Februari 12, 2009
Memang mufti di negeri yang tidak dipanggil emas ni tinggi ilmunya. Selain daripada mufti perlis mufti perak juga antara yang aktif dalam berpendapat.
Tetapi satu perkara yang kurang pada mufti perak ni ialah kurang pengkajian dalam ilmunya. Pasal tu cukup mudah nafsu mengatasi ilmunya.
Sebab itu para mufti ni dingatkan sebelum membuat keputusan mengkaji duhulu perkara yang hendak diputuskan atau dihukumkannya.
Diambil contoh arak semua ulama berpendapat haram. Ini sudah tidak dipertikaikan lagi. Tetapi bila datang air tapai ulama kena mengkaji air tersebut dahulu sebelum diketogerikan haram.
Sebab itu kita lihat mufti negara kita dah hebat dengan ilmu tetapi yang kurang pada mereka dalam bidang kajian baik mengkaji ilmu dan perkara yang baru. Barang kali mufti kita sudah lena dengan makan kenyang ditambah bersuap.
Kita pun hairan Mufti Perak ni kata rakyat kena terima qada dan qadha. Apakah rakyat perak sudah lawan takdir Allah. Apakah Allah tidak mentakdirkan Nizar seorang yang masih sah Menteri Besar dan seorang yang akan memperjuangkan hak beliau.
Apa yang jelas memang Allah mentakdirkan Mufti Perak menyokong kerajaan rasuah dan kerajaan yang naik tanpa mengikut peraturan dan undang-undang.
Kalau ada trafik light tetapi pengguna tidak ikut trafik light apa akan jadi? Jawablah Mufti. Budak kecil pun boleh jawab ni.
Satu perkara besar yang mufti kena ambil tahu perak tu negeri demokrasi jadi siapa yang layak menjadi ketuanya kena lah keputusan demokrasi. Serah pada rakyat buat pilihan.
Saya tahu mufti ni suka dengan kerajaan baru sebab ramai nya orang Islam. Tetapi mufti kena ingat mana lebih baik orang Islam berkualiti dengan berkuantiti.
Orang Islam Umno ini hanya berkuantiti tetapi dalam soal Islam hancur, musnah malah dalam beberapa perkara tentang Islam. Kata Ustaz Ismail Kamus `kan haru namanya'.
Kalau orang Islam tentang Islam itu dah memang dia bukan Islam tetapi kalau Islam kuantiti ni ikut sama jawabnya munafik la.
Walaupun sedikit tetapi berkauliti macam Hamas sedikit tetapi Islam berkualiti dan sanggup berjuang mempertahankan Islam. Begitu juga dengan PAS sedikit tetapi berkualiti. Siapa sangka PAS menang hanya enam adun paling sedikit dalam pakatan rakyat tetapi boleh jadi mb kat Perak. Itulah takdir Allah. Apakah mufti tidak percaya? Saya harap tulisan saya ada yang lapor kat mufti kesayangan kita ni
Satu kapal dua kepten
>> Selasa, Februari 10, 2009
Pening rakyat Perak gara-gara ketidaksabaran pengerusi Umno Perak baru, Datuk Najib mahu rampas kuasa di Perak.
Cara rampas kuasa beliau sudah tidak ikut saluran yang betul. Kalau negara sudah ikut demokrasi maka hendak jatuhkan kerajaan yang menang melalui demokrasi kena juga melalui demokrasi. Apa guna Dewan Undangan Negeri. Baik tidak payah dibuat dewan tersebut. Tidak payah lagi panggil dewan itu mulia.
Malaysia tempat menentukan demokrasi ialah Parlimen dan Perak pula Dewan Undangan Negeri. Kalau monarki dulu memang tidak ada dewan tersebut. Jadi boleh lah orang duduk atas tahta tu main arah je.
Jadi sabar la najib patutnya kamu tunggu sidang dewan tu bulan empat ni. Bukan main pakai redah je. Ikut saluran, ikut undang-undang. Guna dewan tu untuk menjatuhkan kerajaan pakatan rakyat. Kitakan dah ada pengalaman di Terenganu dulu masa kerajaan PAS menteri besarnya Daud Samad. dijatuhkan melalui undi tidak percaya di dewan.
Tu la cara demokrasi nak jatuhkan kerajaan. Ikut majoriti. Kalau kamu dah rasa majoriti apa nak takut. In disebabkan kamu maka ada dua menteri besar. payah. mana satu betul ni. rakyat jadi keliru kerana kamu. rakyat berpecah kerana kamu. rakyat berdemo membantah kerana kamu. Apa la kamu najib bikn susah orang Melayu. buat malu Melayu. Ikut nafsu tak ikut undang-undang.
Kalau bapak Najib dulu pandai beli speaker kelantan hendak jatuhkan kerajaan pas di kelantan tahun 60 an dulu. Patutnya Najib lebih tera dari bapak dia. Bukan jadi koman daripada bapak dia. Najib patut beli menteri besar Nizar. Baru la kerajaan tu betul-betul lingkup.
Tapi walaupun bapak Najib dia pandai tapi dia tidak berjaya jatuhkan kerajaan PAS Kelantan. Najib ni rupanya hebat juga boleh jatuhkan pakatan rakyat dalam masa beberapa hari saja. Macam ada bomoh yang beri laluan mudah. Atau pakaran rakyat barangkali lupa sejarah tida berjaga-jaga dengan umno ni yang boleh ugut dan beli. Ini sejarah dahulu kala lagi ni.
Patutnya pakatan rakyat kena ingat bukan dalam masa pilihan raya sahaja kena jaga calon tetapi dalam saat macam ni pun kena jaga daripada dibeli dan diculik. Ya la anak muda mana tahu tahun 60 an dulu. Itu cerita lama yang boleh dibaca je. Tetapi sekurang-kurangnya ini beoleh ddijadikan pengalaman.
Pergi Gaza serah nyawa kepada Yahudi
>> Ahad, Februari 01, 2009
Al-Quran mengajar kita supaya mengenali golongan Yahudi ini yang tidak boleh dipercayai baik dalam mengadakan perjanjian ataupun gencatan senjata. Sebab itu dalam masa gencatan senjata Yahudi boleh serang bila-bila masa dia mahu.
Sementara kita yang mahu ke sana tidak ada jaminan kesalamatan. Kerajaaan Hamas Palestin belum begitu kuat untuk memberi jaminan kselamtan kepada mereka yang mahu datang ke Semenanjung Gaza.
Sebab itu yang sepatutnya ke sana ialah tentera Islam bukan pasuakan perubatan yang tidak boleh memberi jaminan keselamatan kepada petugas untuk ke sana.
Tentera negara-negara Islam mungkin dibawah OIC mesti ke sana sebagai pihak mengawal keselamatan umat Islam yang mahu member sumbangan dan membantu mangsa perang.
Sebab itu itu juga Malaysia sepatutnya hantar tentera mereka ke sana bukan bahagian perubatan.
Bahagian perubatan itu kita serah kepada pihak lain yang buat kerja. Sekarang kita tidak ada pasukan keselamatan untuk melindungi pihak ngo dan umat Islam yang mahu bertugas merawat umat Islam Palestin.
Kita tidak boleh mengharapkan kepercayaan bulat-buat kepada Yahudi tentang gencatan senjata. Tiada jaminan Yahudi mematuhi gencatan senajata. Bererti tiada jaminan nyawa orang-orang kita yang pergi ke sana selamat. Bila-bila masa kita boleh dibom.
Kalau bangunan PBB yahudi boleh bom apa hebatnya kita bagi Yahudi. Kalau land rover pasuakan keselamatan PBB dia boleh bom apa yang dia hairan umat Islam Malaysia atau negara lain.
Memang umat Islam tiada jaminan keselamatan. Kenyakinan mereka tentang syahid menyebabkan mereka tetap ke sana walaupun tiada jaminan keselamatan. Bagi ngo dan mereka yang tidak mempunyai kekuasaan itu tindakan yang betul.
Tetapi bagi tentera Malaysia ia tindakan yang salah. Salah kerana hanya menghantar pasukan perubatan bukan pasukan ketenteraan dan keselamatan untuk memberi jaminan keselamatan kepada pasuakan perubatan.
Tentera Malaysia ada peralatan ketenteraan dan lain-lain kenapa harus pergi ke Gaza tanpa senjata seolah serah nyawa kepada Yahudi. Kalau kamu mati dibom Yahudi memang patut kerana kamu serah nyawa dekat Yahudi.
Tetapi lainlah kalau kamu pergi Tebing Barat jadi geng Mahmod Abas. Tetapi itupun kamu harus ingat ejen Yahudi yang kebanyakaan orang di Tebing Barat orang Fatah la tu yang banyak beri maklumat kepada Yahudi sehingga ramai pejuang Islam Hamas mati di bom.
Maklumat diberikan sehingga mereka mampu menjejak persembunyian pejuang Hamas tersebut dan mengebom rumah pejuang.
Tetapi ada juga sedang mereka menjejak rumah pejuang Hamas mereka terkepung dengan pejuang Hamas. Jadi puak Yahudi mahu selamatkan tentera mereka meletakkan ejen ini sebagai petunjuka jalan mereka. Jadi kalau mati pun mati la ejen tu dulu. Yahudi ini mahu selematkan orang mereka dan tali barut ini perisai tentera mereka. Nasib la jadi tali barut Yahudi.
Blog Archive
-
▼
2009
(308)
-
▼
Februari
(9)
- Baik anda tulis dalam note displin...disiplin....d...
- Tergelak bila Mahathir pun keliru senario Perak
- Pemimpin pemimpin sombong mereng iseng
- Kawan sudah tertekan jangan kita tambah tekanan
- Wanita perlu ambil pengajaran akibat kebebasan seks
- PKR perlu perbetulkan masalah sosial dalam AMK
- Nanti ada yang panggil mufti rasuah
- Satu kapal dua kepten
- Pergi Gaza serah nyawa kepada Yahudi
-
▼
Februari
(9)