Cubaan bunuh rakyat sendiri

>> Jumaat, September 28, 2007

Oleh Adnan Ibrahim

UMNO ada gaya tiru Presiden George Bush untuk melahirkan simpati orang ramai bagi melaksanakan cita-citanya menguasai Malaysia dalam pilihan raya umum nanti.
Bush mengorbankan bangunan tertinggi di dunia malah nyawa rakyatnya sendiri semata-mata menarik perhatian negara lain terhadap bahaya pengganas yang dicipta beliau.
Hasilnya dalam tempoh singkat bumi Afghanistan dan Iraq sebagai negara yang mempunyai minyak dan gas musnah dijajah.
Jadi tidak hairan kalau ada dakwaan mengatakan Umno boleh membuat perancangan sama tanpa mengira nyawa rakyatnya sendiri semata-mata mahu menerus hegemoni terutama di Kelantan.
Namun begitu Umno perlu sedar bahawa banyak pembongkaran yang mendedahkan serangan terhadap World Trade Center dan Pentagon pada 11 September 2001 (tragedi 911) merupakan perancangan Amerika.
Rakyat juga mengikuti pendapat pakar dalam siaran dunia di RTM1 dan ulasan berita di TV3 turut menganalisis Amerika merancang insiden tersebut kerana sehingga sekarang negara itu tidak mempunyai bukti terhadap pihak yang dituduh iaitu al-Qaeda untuk disabitkan bersalah.
Pakar akademik yang diundang untuk siaran TV terbabit mulai meragui Amerika begitu juga dengan Chandra Muzaffar penganalisis terkenal bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Daripada pengalaman kejatuhan Afghanistan dan Iraq kepada Amerika maka rakyat cukup berwaspada dengan tipu muslihat itu.
Oleh sebab itu seruan utama rakyat ialah adakan siasatan bebas kerana dikatakan ia melibatkan perancangan bersama Umno dan polis sepertimana dakwaan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali.
Suruhanjaya Diraja akan bertanggungjawab menyiasat dan mengeluarkan laporan atau kertas putih.
Banyak persoalan dikepala orang ramai yang mesti diselesaikan kerajaan terutama tembakan peluru hidup begitu mudah dilepaskan dalam perhimpunan awam?
Malah kata Mohamad Sabu pihak polis mengacu-acu pistol ke arah orang awam sedangkan perbuatan tersebut ditegah dalam disiplin senjata api.
Hujah yang cukup memerangkap Umno ialah kenapa Ahli Parlimen Umno tidak membawa usul tergempar mengenai rusuhan itu di sidang Dewan Rakyat.
Parlimen sebagai badan integriti adalah tempat sesuai bagi kerajaan mendedahkan rusuhan terbabit dan tindakan seterusnya yang perlu diambil oleh kerajaan.
Sebaliknya usul tergempar membabitkan isu itu dibawa pembangkang pada Selasa. Malah ditolak oleh Speaker.
Ini menyebabkan apa sebenarnya berlaku masih menjadi tanda tanya. Tetapi apa yang jelas kerajaan seolah tidak bersungguh menangani isu tersebut.
Apakah perancangan tersebut telah memakan diri. Ini kerana Umno cukup gundah apabila peristiwa tersebut dibandingkan dengan operasi babi di Melaka.
Apakah nilai nyawa manusia lebih murah berbanding babi di Melaka?
Sementara Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang menyifatkan tragedi tersebut merupakan bermulanya episod yang paling memalukan seluruh negara yang mana peristiwa ini bukan sahaja mencemarkan pembentangan Bajet 2008 tetapi juga mencemarkan perayaan ulang tahun kemerdekaan ke-50 iaitu tembakan lima kali oleh polis ke suatu ceramah umum yang mencederakan dua orang.
Mencetuskan konfrontasi di antara polis dan orang ramai yang berkumpul di situ. Kesan rasa ceria atau feel good minimal terhasil daripada Bajet 2008 habis berkecai dalam masa 24 jam oleh tindakan polis menembak lima kali ke arah satu ceramah umum serta laporan Ketua Audit Negara terhadap ketidakcekapan kerajaan dan pembaziran wang rakyat yang berterusan dan dahsyat.
Seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan kefahaman politik terkejut dengan apa yang berlaku itu khususnya dengan media aliran utama membawa tajuk berita menunjuk seperti, 750 orang pembangkang merusuh, rosakkan harta awam di Terengganu, 4 polis cedera, rusuhan di Kuala Terengganu, RM1 million damage, 23 held in riot, Ceramah clash, dan 23 held. and 7 injured in riot.
Mengapakah satu ceramah yang selalunya diadakan dengan aman, bersih iaitu satu
perikatan parti politik dan NGO yang berkempen terhadap pilihan raya yang bebas dan adil bertukar menjadi satu konfrontasi di antara polis dengan orang ramai.
Adakah pihak polis atau penganjur ceramah? Polis sendiri yang menanggung tuduhan ini apabila kenyataannya sendiri diberi publisiti penuh oleh media aliran utama sama ada media elektronik atau bercetak menimbulkan kesahihan kenyataannya kerana sejarahnya pernah membuktikan bahawa kenyataan rasmi sama ada dari pihak polis atau pihak berkuasa yang lain selalunya memberi pandangan dan kandungan yang diputarbelitkan dan berat sebelah.
Contoh yang paling baik merupakan kejadian Lebuh Raya Kesas pada 5 November 2000 di mana saya menghadirinya secara peribadi bersama-sama dengan orang ramai yang mengadakan perhimpunan mereka secara aman.
Sebaliknya pendemo telah dilayan seperti penjenayah oleh polis di mana polis menyembur gas pemedih mata dan pancutan meriam air.

0 comments:

Catat Ulasan

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP