Oleh ADNAN IBRAHIM
PENGUMUMAN Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung penggunaan dakwat sebagai tanda di jari atau kuku pada pilihan raya umum akan datang memberi petanda awal menjawab kepada tuduhan yang mengatakan berlaku pengundian lebih daripada sekali oleh satu individu.

Langkah ini membayangkan ke arah pilihan raya yang lebih adil walaupun ia tidak memenuhi keseluruhan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih & Adil (Bersih) dan pembangkang. Bagaimanapun sekurangnya ia menjawab hujah pembangkang.
Polemik mengutarakan isu dakwat sebagai tanda ini boleh mengatasi ketidakadilan pilihan raya? SMS 013-3354513 pendapat anda, e-mail nanbinjari@gmail.com atau fax 03-40253307 sebanyak 450 perkataan dengan mencatatkan polemik.

Sebelum itu Polemik menerima pandangan SMS 013-642xxxx mengatakan kejayaan pembangkang bergantung kekuatan roh pembangkang, mental, physikal, emosi, psycholigikal, interpersonal dan dimensi kewangan.
Sementara SMS 013-983xxxx menyifatkan pilihan raya awal hanya cetusan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu melihat pengaruh pembangkang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri.
Katanya: “Benarkah pilihan raya umum ke 12 akan diadakan sebelum April 2008? Umum mengetahui bahawa tarikh akhir pilihan raya umum adalah sekitar Jun 2009 tetapi umum juga mengetahui bahawa semua peringkat bercakap pasal tarikh pilihan raya.
Saya berpendapat pilihan raya umum akan diadakan selepas April 2008. Pak Lah hanya mahu melihat kekuatan dan pengaruh Anwar sahaja.
Belum pernah dalam sejarah politik Malaysia pihak kerajaan menwar-warkan persiapan pilihan raya umum lebih awal.
Kenapa kebanyakan Umno Bahagian bercakap soal pemilihan lebih daripada persiapan pilihan raya umum malahan sudah ada negeri yang mencalon Naib Ketua Pemuda, Khairil Jamaluddin untuk Ketua Pemuda. Pilihan raya umum ke 12 lebih awal hanya polemik politik Pak Lah,”
Dalam perkembangan lain, terdapat maklumat mengatakan bahawa Perdana Menteri dilihat gagal mencari tarikh sesuai pilihan raya berikutan perkembangan politik yang membimbangkan Umno dan beliau sendiri sebagai pemegang rekod `Mr Clean’.

Bagaimana Pak Lah mahu membersihkan imejnya dengan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan melantik Abdullah adalah satu kesilapan tetapi beliau membela tindakannya itu dengan berkata: “saya tidak tahu apa ada dalam hati dia. Dia Mr. Clean…hari-hari cuci dengan Fab (sabun basuh).” `Pak Lah cuba meluruskan jambatan tetapi Mahathir tetap mahu bengkok’ membawa sama erti dengan kekecohan pembinaan jambatan bengkok mengantikan tambak Johor.
Serangan Mahathir bukan setakat pemimpin Umno malah turut menyifatkan orang Melayu bacul kerana akan mengundi Umno pada pilihan raya walaupun parti itu meletakkan “tunggul’ sebagai calon. Sehubungan itu beliau mengajak orang Melayu mengikut contoh pengundi Cina yang tidak mengundi kerana parti tetapi mengundi calon yang diletakkan. “Saya kecewa dengan kaum saya…kalau letak tunggul kayu pun mereka akan sokong kerana tunggul kayu itu tunggul Umno,” katanya. Nampaknya belum pun sempat Pak Lah bertemu Tengku Razaleigh Hamzah untuk menambah kekuatan pengaruh Umno Kelantan, keadaan di Kedah mula goyah.
Sejarah membuktikan perpecahan dalaman boleh menyebabkan Umno kalah dan terlepas beberapa negeri.
Sejarah membuktikan perpecahan dalaman boleh menyebabkan Umno kalah dan terlepas beberapa negeri.
Menyelamatkan rekod bersih Pak Lah yang sudah mula berada `dihujung tanduk’ menyebabkan sukarnya menentukan tarikh pilihan raya. Apa sudah jadi dengan ramalan feng shui?
Kata Mahathir lagi: “Sekarang kesetiaan kepada pemimpin lebih daripada setia kepada raja. Kalau tak sanggup menentang itulah nasib kita…kalau tak berani menentang, kita akan jadi kuli di negara kita sendiri.”
Sementara laman pro Umno berpendapat gelombang reformasi tahun 1998 yang dicetuskan oleh Anwar mungkin akan bergema kembali
Kini gema dan laungan yang hampir sama dibawa pula oleh Mahathir. Bezanya, Anwar dipecat, Dr. Mahathir pula mengajak orang berjuang kerana merasakan penggantinya, Abdullah melakukan banyak kesalahan sehingga kepada ungkapan “menjual agama, bangsa dan negara”.
0 comments:
Catat Ulasan