Keuntungan daripada kritikan Mahathir

>> Jumaat, September 28, 2007

Oleh Adnan Ibrahim

SETELAH melalui perbincangan bagaimana sukar pembangkang menghadapi pilihan raya umum akan datang berikutan pengaruh pemain politik sudah mula tenggelam manakala perpecahan dalaman Umno tidak berlaku walaupun ada cetusan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi ia tidak sehebat pada 1987 dan 1997.

Kali ini angka tujuh (2007) yang menjadi truama kepada Umno muncul setiap 10 tahun, mungkin menjanjikan kelegaan apabila gaya politik Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menutup bimbit perpecahan tersebut.

Anda boleh memberi maklum balas disamping idea memastikan rakyat mendapatkan keuntungan politik. Hantarkan e-mail kurang daripada 450 perkataan kepada nanbinjai@gmail.com atau SMS, 013-3354513 dengan mencatatkan polemik.
Suara kekecewaan Mahathir tentang sambutan kehadiran tidak memuaskan dalam majlis pertemuan dengan blogger, penulis bebas, tokoh politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, membayangkan hakikat sebenar politik negara.
Apakah langkah politik Pak Lah tidak memecat Mahathir daripada Umno, bermakna ia mengelak perpecahan Umno? Atau apakah rakyat perlu kepada dimensi baru untuk membuat perubahan kepada politik negara?


Apakah Mahathir dikalangan pemain politik hebat seperti Anwar Ibrahim yang mampu memberi pulangan kepada pembangkang dengan menawan Terengganu dan Tengku Razaleigh Hamzah dengan Kelantan.

Anwar dan Mahathir dilihat sukar dibuat penyatuan sebab itu ia diambil kesempatan sepenuhnya oleh Pak Lah. Dengan keadaan ini terpulang kepada kebijaksaan pembangkang dalam menangani pertembungan politik tersebut.

“Ya! Allah, kacau-bilaukanlah persatuan mereka, pecah belahlah kesatuan mereka dan jadikanlah mereka ghanimah bagi kaum muslimin.” Ini antara doa yang sering diminta oleh pejuang Islam dalam menghadapi musuh sama ada dalam peperangan mahupun politik.
Apa yang penting rakyat mesti disedarkan daripada terus lena.

Pembangkang hendaklah memastikan pertambahan kerusi Dewan Rakyat kerana secara tidak langsung ia menaikkan imej Parlimen yang kian lesu dan tidak bermaya. Pada kerajaan Parlimen tidak dianggap keutamaan disebabkan kekuatan pembangkang di Dewan Rakyat seolah tidak wujud.

Umno mempunyai kewangan yang banyak dalam menghadapi pilihan raya umum nanti. Pembangkang sudah tentu tidak mampu lawan wang dengan wang.

Prinsip PAS tidak boleh duit lawan dengan duit. Ia mesti duit lawan dengan akidah. Bagaimanapun macam mana akidah itu diimplementasikan kepada perjuangan? Kerana itu perlu kepada pengorbanan. Wang dan harta perlu dikorbankan walaupun duit bukan lawan dengan duit.

Firman Allah dalam surah al-Anfaal, ayat 72: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah.

Kalau tidak ada pengorbanan tidak dinamakan perjuangan. Dalam era politik menawan hati pengundi perlu ada usaha kebajikan maka pengorbanan harta benda amat diperlukan.

Hamas di Palestin sebelum menyertai pilihan raya bertindak sebagai pertubuhan kebajikan bagi rakyat Palestin. Begitu juga dengan Parti Keadilan Sejahtera (PKS) di Indonesia.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 215: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan". Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).”

Mungkin sudah sampai masanya ahli PAS lebih melihat kepada `periuk’ rakyat.
Akidah, pegangan dan kepercayaan serta keyakinan juga memainkan peranan penting disamping kebajikan tersebut kerana ia membentuk insan berprinsip dan sukar menjual diri serta perjuangan dengan wang ringgit.

Ia penting dalam keadaan menghadapi rasuah politik. Orang yang mengambil kesempatan menjual diri hasil daripada populariti dalam parti. Inilah ujian berat yang menimpa pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kalau mendengar pengakuan bekas reformasi seperti Norazimah Mohd Nor di gelar Sri Kandi perjuangan reformasi, di tangkap sebanyak 9 kali atau lebih dikenali Nora, tentang penglibatan orang baru dalam PKR boleh membayangkan prinsip tersebut mudah digadai.

0 comments:

Catat Ulasan

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP