PAS sudah lama perjuangkan pendidikan dan perubatan percuma

>> Sabtu, September 08, 2007

Oleh Adnan Ibrahim

AKHBAR utama membesarkan pendidikan percuma sebagaimana diumumkan dalam Bajet 2008 tetapi hakikat sebenarnya itulah yang telah diperjuangkan PAS selama ini.

Bagaimanapun maklumat pendidikan percuma dan perubatan percuma sebagaimana dalam menifesto PAS setiap kali pilihan raya tidak sampai kepada awam. Kenapa? Sebabnya media dalam negara langsung tidak mahu memberi publisiti perjuangan percuma PAS itu walaupun dirasakan ia adalah terbaik.

Kenapa begitu sekali sikap media? Kerana tidak mahu menggugat kedudukan pemerintahan Umno.

Sepatutnya media melaporkan perkara yang baik terutama memberi keuntungan kepada rakyat? Sememangnya begitu tetapi media lebih menjaga kepentingan pemerintah daripada hak rakyat.

Kalau dahulu bila PAS memperjuangkan pendidikan percuma dan perubatan percuma kerajaan Umno berkata dimana PAS dapat duit untuk memberi segalanya percuma? Apabila kerajaan Umno boleh adakan sebahagian pendidikan percuma, perkara perbelanjaan tidak pula dipertikaikan.

Malaysia sebenarnya banyak sumber terutama pendapatan daripada hasil petroleum. Soalnya hasil tersebut selama ini sering dibelanja boros. Di nikmati sebahagian kroni Umno. Ia tidak diagih secara menyeluruh untuk rakyat menikmati hasil negara.

Sekarang ini baru sebahagian nikmat yang dirasa oleh rakyat. Sebab itulah lebih baik PAS memerintah kerana banyak perkara lagi yang boleh di nikmati rakyat sekiranya kerajaan itu mendapat berkat dan rahmat Allah.

0 comments:

Catat Ulasan

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP