Aktivis ANSWER seru dunia boikot Dunkin Donuts kerana anti Islam

>> Isnin, Jun 02, 2008

AKTIVIS anti-perang dan anti-perkauman di Amerika Syarikat yang bergabung dalam organisasi ANSWER menyeru masyarakat dunia agar memboikot Dunkin Donuts, jaringan restoran antarabangsa yang khusus menjual pelbagai donat dan minuman kopi. ANSWER menilai Dunkin Donuts sudah bersikap anti-Arab dan anti-Islam.
ANSWER menilai Dunkin sudah bersikap anti-Arab dan anti-Islam kerana menuruti kemahuan golongan yang menuntut agar Dunkin menarik iklan onlinenya. Iklan tersebut dianggap menunjukkan sokongan terhadap teroris dan ekstrimis Muslim hanya kerana bintang iklannya Rachael Ray mengenakan kain khas penutup kepala yang biasa digunakan lelaki Arab berwarna hitam-putih.
Menurut laporan Associated Press, pihak Dunkin menerima banyak kenyataan mengutuk dari masyarakat atas iklan tersebut. Mereka menyatakan demikian menilai, kain khas Arab itu simbol jihad dan teroris Islam. Akhirnya pihak Dunkin memutuskan untuk tidak menayangkan lagi iklan itu dengan alasan iklan tersebut telah menimbulkan kesalahfahaman masyarakat.
Namun pihak ANSWER dalam kenyataannya menyesali tindakan Dunkin itu yang menarik iklannya. "Dunkin Donuts telah menyerah tanpa syarat dan menarik iklan produknya akibat tuduhan... bahwa bintang iklannya mengenakan kaffiyeh, kain tradisional yang sering dikenakan laki-laki Palestin," demikian menurut ANSWER.
ANSWER menilai Dunkin telah melakukan tindakan rasisme anti-Arab dan anti-Muslim kerana didapati telah membenarkan tuduhan sekelompok masyarakat yang prajudis dengan iklan tersebut. Untuk itu ANSWER menyeru "boikot Dunkin Donuts di seluruh dunia" sekaligus sebagai ingatan kepada pengusaha yang bersikap perkauman terhadap bangsa Arab dan Muslim.
Para aktivis ANSWER juga mengajak para penyokongnya untuk mengirimkan surat online ke pihak Dunkin Donuts menyatakan protes atas keputusan pengusaha itu dan mendesak pihak Dunkin untuk menyampaikan permohonan maaf keraan sudah bersikap anti-Arab.
Juru cakap ANSWER, Ben Becker memberitahu, sejak ANSWER menyeru boikot itu, dalam jangka masa 24 jam sahaja sudah lebih dari 7,300 surat elektronik berisi protes yang dikirim ke pihak Dunkin Donuts. (al-arby)

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP