Rakyat Palestin meninggal dunia akibat diseksa di penjara Abbas

>> Rabu, Jun 04, 2008


Misi ganas Abbas di Tebing Barat
Hebron, Palestin: Sumber dipercayai di Palestina, memberitahu pada 3 Jun lalu, bahawa seorang warga Palestin meninggal dunia di penjara autoriti keamanan Presiden Mahmod Abbas akibat penyeksaan dan intimidation yang dialami selama 15 hari berada dalam penculikan pihak keamanan Abbas di Hebron, Tebing Barat.
Sumber itu menegaskan mangsa penculikan merupakan orang awam berusia 53 tahun ditahan di penjara keamanan Abbas `Dzahiriya' di selatan Hebron, wilayah selatan Tebing Barat, selama 15 hari.
Pada hari Selasa kemarin mangsa meninggal dunia kerana terus mengalami penyeksaan dan ketakutan selama masa ditahan tersebut.
Pihak keamanan Abbas mendakwa bahawa sebab kematian mangsa adalah kerana serangan jantung. Pihak keamanan Abbas menyatakan bahawa pihaknya telah membawa jasad mangsa ke lembaga perubatan rasmi untuk memastikan sebab kematiannya.
Disebutkan bahawa ini adalah untuk yang ketiga kalinya peristiwa serupa terjadi. Di mana warga Palestin meninggal dunia di penjara autoriti keamanan Abbas akibat penyeksaan hingga meninggal sejak pembunuhan Syaikh Majed Barghotsi di tangan pihak inteligen Abbas di Ramallah.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP