Amerika akui Israel gagal setelah setahun kepung Gaza

>> Selasa, Jun 03, 2008

Al-Quds, Palestin: Pejabat tinggi Amerika di Jabatan Luar Negeri mengakui kepungan terhadap Semenanjung Gaza yang dikenakan Amerika Syarikat dan Zionis 'Israel' sejak dua tahun lalu telah gagal.

Blokade itu sendiri dilakukan untuk menekan penduduk Gaza dan memburuk populariti Hamas pada mata penduduk di Gaza.
Menurut kenyataan dari pejabat Amerika itu, akhbar Israel berbahasa Inggeris Jerusalem Post, mengatakan: "Tindakan berterusan Israel mengepung Semenanjung Gaza merupakan langkah yang salah, kerana langkah tersebut, yang pada asalnya ditujukan untuk melemahkan kekuatan Hamas, sebaliknya gerakan itu semakin harum dan disanjung di mata penduduk Gaza.”
Menurut informasi di harian itu, pihak jabatan Amerika itu akan menyampaikan hal ini kepada Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert yang dijangka akan tiba di Washington hari ini, Selasa 3 Jun.
Tambah pejabat Jabatan Amerika itu, “Kami ingin memberitahu kepada orang-orang Israel bahawa tindakan yang mereka ambil sejak Jun 2007 berkaitan dengan masalah Semenanjung Gaza tidak efektif untuk menutup perbatasan.”

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP