Semenanjung Gaza, Palestin: Pemerintah Haniyah di sini mengecam serangan agresif Zionis Israel terhadap Semenanjung Gaza yang mengakibatkan tiga orang gugur syahid, Selasa (10 Jun).
Sehubungan itu, pemerintah Gaza, Haniyah tetap menegaskan sikapnya terhadap gencatan senjata yang harus dilakukan secara bersama-sama dan timbal balik iaitu menghentikan serangan agresif Zionis dan kepungan terhadap Semenanjung Gaza.
Jurucakap pemerintah Haniyah, Thaher Nunu mengatakan serangan yang dilakukan Israel itu kelmarin serta meningkatnya ancaman kekerasan dan keganasan terhadap warga Palestin di Gaza.
Pemerintah Haniyah menganggap serangan dan ancaman ini merupakan tindakan dan usaha Israel memberikan tekanan terhadap bangsa Palestin supaya mereka hidup dalam ketakutan.

“Namun kami tegaskan bahawa ancaman dan pembunuhan yang terus dilakukan ini tidak akan menggetarkan bangsa Palestin dan pemerintahnya untuk tetap berpegang teguh pada hak-hak dan prinsip-prinsip nasional,” ujarnya.
Nunu menegaskan, adalah hak bangsa Palestin untuk membela diri. Pemerintah Haniyah juga mengatakan: “Sikap kami terhadap usaha Mesir untuk merealisasikan gencatan secara timbal balik dan bersama-sama dengan menghentikan serangan dan kepungan demi kepentingan dan kemasalahatan bangsa kami. Dan kami seru kepada rakyat kami atas segala kemungkinan dan senario yang boleh sahaja terjadi.”
Pihaknya menyeru umat Arab dan Islam serta masyarakat dunia untuk mengambil sikap tegas atas serangan berterusan Israel terhadap bangsa Palestin dan menghentikan amalan teroris yang dilakukan tentera Israel.

Pemerintah Haniyah menyerukan agar dunia Arab, Islam dan masyarakat antarabangsa segera melakukan tekanan bagi mengakhiri kepungan zalim yang merupakan sebahagian dari kejahatan perang yang bertentangan dengan peraturan antarabangsa dan hukum kemanusiaan internasional.
0 comments:
Catat Ulasan