Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi antara pemimpin paling berani dalam lemah. Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berani menaikkan harga minyak sehingga 78 sen tetapi tidak bagi Abdullah.
Kita jangkakan kenaikan mendadak dan begitu tinggi sebagai langkah mempertahankan harga bagi 5 atau 10 tahun akan datang tetapi ia bukan jaminan kepada rakyat dibawah pemerintahan Abdullah.
Sebagai contoh kenaikan 30 sen dua tahun lalu pun tidak sampai tiga tahun. Kenaikan 30 sen telah dikritik Mahathir kerana semasa pemerintahannya tidak pernah berlaku kenaikan sedemikian tinggi. Inikan pula 78 sen.
Mungkin dalam kepala Abdullah naik sikit harga minyak, harga barang tetap naik. Jadi lebih baik naik banyak. Pandai juga Abdullah.
Tetapi apa yang mendesak sangat Abdullah sampai begitu tinggi. Tak cukup lagi nak sapu atau bedal habis kazanah negara.
Daripada sumber yang dipercayai Abdullah sebenarnya cukup suka harga minyak mentah dunia naik. Ini menambah pendapatan dan keuntungan negara daripada minyak. Minyak Malaysia bermutu tinggi. Kita jual minyak mentah dengan harga yang tinggi dan beli petrol serta diesel mutu rendah. Ini kata Najib timbalan Abdullah sebelum pilihan raya umum lalu.
Keuntungan inilah yang disembunyikan kepada rakyat. Mereka dok besar-besarkan minyak mentah naik dan kegunaan minyak dalam negara terpaksa naik. Macamlah negera kita sama seperti Singapura, Indonesia, Thailand yang tidak ada minyak. Mereka senyap tentang Brunei jiran kita juga tu Abdullah.
Abdullah banyak sangat janji pembangunan wilayah pembangunan iskandar (wpi), koridor timur, utara, tengah dan negeri timur Sabah dan Sarawak. Jadi duit keuntungan itulah yang mahu ditunaikan janjinya. Projek ini boleh naik harga lagi bagi kat anak, menantu dan geng kapitalis. Masyuuuk pun bertambah.
Kalau rakyat tanya kenapa harga projek makin naik. Mudah je jawab harga barang sudah meningkat. Inilah masa aku mahu bedal duit habis. Rakyat peduli apa lima tahun lagi kita buat baik lepas tu dia undi kita lagi. Naik minyak sekarang pun jauh lagi mengundi nanti lepas ni rakyat lupa la.
Dalam tulisan saya kali ini tak tulis Pak Lah dah pasal sakit hati pak lah tu manja sangat jadi saya dah guna nama penuh dia supaya dia ingat dia tu sapa.
Abdullah kamu tidak berterus terang dengan rakyat memerintah negara. Kamu sumbunyikan hasil pendapatan negara daripada minyak yang sepatutnya rakyat nikmati bersama tetapi kamu mahu makan sorang.
Hancur...hancur..hancur Umno..pi jatuh BN.
0 comments:
Catat Ulasan