WARTAWAN terkenal Amerika Syarikat, Christopher Hedges, berkata para analisis di Amerika dan semua pihak yang berurusan dengan wilayah Timur Tengah sebaiknya tidak membenarkan rancangan Presiden George W. Bush untuk menyerang Iran.
Hedges yang menghabiskan tujuh tahun di Timur Tengah sebagai Ketua Biro Timur Tengah bagi akhbar The New York Times mengatakan, visi pemerintahan Bush untuk menyerang Iran `tidak boleh difahami.' Ia menyebut keinginan Bush menyerang Iran merupakan tindakan yang `bodoh'.
Hedges mengungkapkan semua itu dalam sesi soal jawab di Los Angeles Times Festival of Books 2008. "Sangat bodoh jika ingin menyerang Iran. Hampir tidak boleh difahami buat kami yang tahu persoalan Timur Tengah," ujar Hedges.
Ia menambahkan, AS akan menanggung konsekuensi yang sangat berat jika melakukan serangan itu dan akan menjadi tindakan yang kontra produktif bagi masyarakat AS dan masyarakat Timur Tengah.
Pada bulan Desember lalu, National Intelligence Estimate (NIE) melaporkan dengan yakin bahawa besar kemungkinan Iran tidak atau sedang membangun persenjataan nuklear dalam program nuklearnya.
0 comments:
Catat Ulasan