"BN naik minyak naik, BN turun minyak minyak turun," laung pengdemontrasi dari Masjid Jamek Kampung Baru menuju jalan Tunku Abdul Rahman.
Sebelum sembahyang jumaat di majid tersebut, pihak jawatankuasa masjid meminta para jemaah solat jumaat tidak berkumpul dalam kawasan masjid. Tidak diketahui apa tujuannya atau dia tu orang Umno.
Atau tidak mahu libatkan masjid dengan masalah himpitan dan kemiskinan rakyat. Jangan macam tu, masjid hak Allah. Tu yang dikatakan `rumah Allah' dan Allah ambil tahu semua hal termasuk minyak naik harga. Allah pun tahu berapa pendapatan dan keuntungan Malaysia perolehi daripada kenaikan harga dunia walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi nak sembunyikan dari rakyat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahril Abdul Samad kata kita bukan negara kaya mengambil respon daripada tajuk berita saya dekat harakahdaily. Shahril makin pandai berbelit. Maksud kita bukanlah Malaysia tu negara kaya tetapi hasil jualan minyak mentah dengan kenaikan yang tinggi menambah lumayannya pendapatan negara. Kitakan jual minyak Shahril.
Tak apalah kalau pihak AJK masjid tadok batu tapi rakyat yang dah terhimpit masih ada teloq. Rakyat tahu masjid bukan hak AJK masjid. Itu hak Allah. Jadi orang ramai tak layan sangat perangai penakut orang ajk masjid ni. Puak ni bukan keturunan tolong menolong sesama muslim, kalau hujung rambut rasa sakit hujung kaki pun turut ikut sakit. Jenis tu gelap biru tadok senstiviti, tadok kepekaan. Tak macam orang Cina dan India lebih sensitif.
Orang Korea penternak lembu bukanlah sampai 100,000 tapi mereka turun demo support penternak. Bantu, tolong demo sama. Itu sifat orang bukan Islam yang telah diambil daripada peribadi dan akhlak dari Islam sebaliknya kita ni mengaku je Islam tapi perangai tak srupa Islam.
Berbalik pada demo tadi, sebagaimana dikatakan tadi hinanya pandangan setengah puak ajk masjid kepada para pendemo tetapi kami disambut dengan gah oleh orang ramai dan peniaga kedai disepanjang jalan Tunku Abdul Rahman dan peniaga pasar di Chow Kit.
Walaupun polis halang kita hendak ke KLCC tetapi Allah bagi petunujuk kepada kita sehingga kit dapat melalui jalan tersebut. Malah kita dapat sambutan yang baik daripada mereka tadi dan pengguna jalan raya lain yang ikut beri respon bunyikan hon tanda sokongan.
Bila kita lalu jalan tersebut makin bertambah sahabat kita rupanya jadi tak sia-sia. Itulah dalam gambar nampak ramai sepanjang jalan tunku abdul rahman tersebut.
Inilah yang saya katakan sayu hati kita merasakan kemenangan berdemontrasi bila kiri kanan kita ikut memberi sokongan. Tingkah laku ini sebenarnya jarang berlaku semenjak saya ikut berdemontrasi. Inilah `goh' para demo disanjung oleh mereka yang mungkin tidak kesempatan. Mereka rasa prang yang berdemo inilah yang memperjuangkan nasib mereka bukan lagi kerajaan BN. Selamat tinggal BN, kami doakan kamu jatuh kerana telah zalimi rakyat yag miskin. ingat doa orang kena zalim tiada hijat dengan Allah.- gambar akan menyusul kemudiaan.
-
0 comments:
Catat Ulasan