Rakyat diingatkan bersatu dalam mainan politik pemerintah yang semakin ganas. Kita sudah berada di peringkat kedua keganasan selepas konspirasi peringkat pertama menyebabkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dipenjara.
Kita harap konspirasi II akan dilawan oleh reformasi II dalam keadaan negara mula dilanda thunami II selepas thunami pertama menyaksikan lima negeri jatuh kepada pakatan rakyat pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Adalah dijangkakan thunami II akan berlaku dalam bulan September ini sebagaimana yang dijanjikan Anwar.
Konspirasi II bersama dengan isu liwat peringkat II setelah isu liwat pertama berjaya menghumbankan Anwar ke penjara.
Liwat II mainan kotor pihak tertentu sama dengan golongan yang mereka cipta fitnah untuk membunuh Hang Tuah dalam legenda Melayu.
Apa pengertian sebenar legenda Melayu itu yang kita pelajari? Ia menceritakan golongan tamak kuasa yang mereka cipta fitnah ini tetap akan wujud pada setiap masa dan zaman.
Ceritakan ini menyedarkan kita bahawa akan tetap ada golongan walaupun sehebat mana tamadunnya kerana ketamakan dan gila kuasa.
Kisah gila kuasa dan tamak juga terdapat dalam al-Quran dan sirah sahabat. Kalau kita tidak mengambil iktibar tentang sejarah lalu kita boleh terperangkap dalam hidup hari ini.
-
0 comments:
Catat Ulasan