Abbas sediakan payung bagi kejahatan Israel- Abu Marzuq

>> Rabu, Jun 04, 2008

Damaskus, Palestin: Wakil Ketua Biro Politik Gerakan Islam Hamas, Dr. Musa Abu Marzuq mengecam pertemuan antara Presiden Palestin Mahmud Abbas dengan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert di Jerusalem, Isnin, 2 Jun lalu.

Menurutnya pertemuan ini terjadi ketika Olmert mengalami kesulitan dalam karier politiknya kerana isu skandalnya dan tuduhan terhadap beliau dari para tokoh parti dalamannya sendiri lebih daripada parti lawannya.
Dalam kenyataan khusus kepada koresponden wartawan Infopalestin, Abu Marzuq mengatakan bahawa Olmert sedang bertolak menuju Rumah Putih untuk meminta bantuan dari keadaan isu dalam yang menyerangnya.
Sayangnya Olmert mendapati pihak Palestin juga memberikan bantuan kepadanya dan mendahulukan kepentingan Olmert daripada kepentingan tinggi bangsa Palestin.
Selanjutnya Abu Marzuq berkata, “Penjadualan waktu pertemuan tersebut sama sekali tidak sesuai. Ketika umat Palestin memperingati 41 tahun pendudukan al-Quds dan ketika keputusan Israel meneruskan keputusan membangun 884 unit perumahan Yahudi di al-Quds timur, maka terjadinya pertemuan ini. Ia umpama menjadi payung bagi meneruskan kejahatan Zionis Israel dan untuk memberi pengaruh langsung kepada politik Olmert secara umum.”
Beliau menegaskan bahawa intitusi yang mengambil keputusan dalaman Israel menginginkan pertemuan itu dilaksanakan pada waktu tersebut untuk `menyampaikan pesan kepada bangsa Palestin yang bermaksud bahawa siasatan yang dilakukan oleh autoriti Zionis Israel terhadap orang Palestin mendapat persetujuan dari para pemimpin tertinggi Palestin yang diwakili Presiden Mahmud Abbas. Dan langkah Israel itu yang diambil di al-Quds timur tersebut menunjukkan mereka akan terus di situ."
Abu Marzuq mengingatkan bahawa proses damai telah sampai kepada jalan buntu. Demikian juga perundingan yang sedang terjadi telah terbentuk halangan kerana langkah yang dipaksakan Israel. Menghadapi realiti ini sudah septutnya Presiden Abbas membuka dokumen perundingan nasional dan segera memulainya disamping menjadikan persatuan sebahagaian jalan untuk melawan penjajah.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP