Terseksa selagi BN memerintah

>> Rabu, Jun 04, 2008

Pagi tadi saya sedang menyiapkan artikal berhubung kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahril Samad bahawa petrol dan diesel nanti akan ditentukan mengikut pasaran global. Bermakna tidak ada lagi subsidi.
Kata setengah profesor dalam satu program di TV9 rakyat tidak perlu lagi diberi tongkat. Macamlah rakyat Malaysia gaji sama banyak dengannya. Tidak sedarkah beliau bahawa pendapatan perkapita rakyat Malaysia masih RM1,500 sebulan.
Harga petrol kalau ikut pasaran semasa sama seperti Singapura RM5.20 seliter. Mampukah kita sedangkan pendapatan perkapita rakyat Singapura lebih RM7,500 sebulan.
Singapura bukan pengeluar minyak tetapi kita ada minyak di Terengganu, Sabah dan Sarawak. Siapa yang dapat hasil minyak tu. Takkanlah asyik pemerintah sahaja yang dok pulun apa yang boleh rakyat kecap daripada minyak tu. Nasiblah kita kerana asyik memberikan BN perintah Malaysia.
Dok dalam syok menulis, alih-alih TV melaporkan minyak dah naik harga, nasiblah badan

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP