Kerajaan BN ajar kera mencuri

>> Jumaat, Jun 06, 2008

SEMALAM di Tanjung Bidara, ada beras (biras) saya dari Kampung Baru, Sri Gading bersungut memberitahu, dahulu (lebih kurang dua tiga bulan lalu) perjalanan dari Kampungnya ke Pantai Kelebang, beliau berbelanja RM30 untuk petrol kenderaan wiranya.
Dalam pertemuan dengan beliau di Tanjung tersebut, beliau berkata: "Semasa kita pergi ke Pantai Kelebang, saya belanja RM30 untuk perjalanan pergi dan balik."
"Tadi saya isi (petrol) RM50. Sudah nampak tinggal sikit. Dalam perjalanan nak balik nanti mungkin kena isi lagi, kalau tidak!... tidak sampai," ujarnya nampak riak kekesalannya terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga minyak begitu drastik sekali sehingga 78 sen menjadikan harga baru RM2.70.
Anak kedua sulongnya yang akan mengambil SPM tahun ini sempat juga mencelah. Sebelum itu beliau banyak bertanyakan soal politik dengan mak saudaranya.
"Jalan penyelesaiaannya tukar kerajaan!" kata saya. "Kenapa rakyat terutama orang Malayu dalam kepala mereka hanya BN sahaja boleh perintah?" tambah saya dalam hati yang mula mendidih betapa bencinya saya ketika itu kepada kerajaan BN.
Meluat, kalau ada pemimpin BN dekat depan masa ini barangkali rasanya mahu dicekik je. Kenapa kamu tidak mampus pemimpin BN supaya orang lain yang lebih layak dan lebih amanah memimpin negara yang kaya hasil mahsul. Tetapi kekayaan itu kamu sapu habis. Langsung tidak tinggal untuk hamba sahaya yang cukup setia.
Ingatlah rakyat terutama orang macam saya (Melayu), orang lain pun boleh memerintah. Tengok Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perintah Kelantan hampir 20 tahun, rakyatnya tidak kebulur pun macam Somalia. Kan kita berdoa minta rezeki dari Allah. Ke tak kenal Allah! bila pilihan raya tetap pangkah BN.
Kita ada 27 juta rakyat. Ramai yang sudah mengaji tinggi-tinggi. Dah sampai angkasa...tak cukup bumi nak tuntut ilmu. Nah! mereka inilah yang boleh tukar pemimpin BN. Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan calang orang...bekas Timbalan Perdana Menteri.
Jadi hapuslah minda anda yang telah dibasuh hanya Umno dan kuncu BN pandai perintah. Tukar kerajaan, insya Allah kita hidup senang. Kuasa undi kita itu untuk beri kesenangan kepada kita bukan untuk memayahkan hidup kita. Kita jangan tunggu sampai bangsa asing mari tukar kerajaan BN, macam Iraq.
Ini negara kita, minyak kita. Ingat kita dahulu sudah biar Inggeris cabut habis hasil mahsyul bawa ke negara mereka. Kali ini kita biar Umno dan kuncu serta keluarga mereka mengonggong harta negara.
"Zuppp...!!!" tangkas kera menyambar roti yang dibawa untuk `makan ditepi pantai' "Hoi kera sambar roti!!" jerit anak-anak biras membuatkan saya terkejut ketika tengah bermain perasaan mengutuk kerajaan Umno. Kutuk BN, kutuk BN, kutuk BN.
Rupanya bukan saya sahaja mengutuk BN, kera pun ikut sama kutuk. Saya beritahu beruk tu jangan kacau kita orang tengah kutuk BN. Mak saudara bebudak tu kata `babi negara' barangkali diambil pinjam cakap lepas Mahfuz dekat Parlimen. Ya lah parlimen tu imuniti... rembak la lagi mana tahu ada tafsiran baik lagi untuk BN. Mahfuz tentu ketawa baca, mentanglah negeri dia tu juara liga Malaysia.
Eh!!! apa pulak kera kutuk BN. Dia sambar makanan tu kerana lapar. "Bukan sambar la. Itu dah kes ragut," kata hati. Kera tu mencuri kerana tak cukup makan. Hakim boleh jatuh hukum hudud. Tetapi zaman kemelesetan pemerintahan Umar, hudud tidak dijatuhkan kepada pesalah namun undang-undang tetap ada bukan seperti fahaman Islam hadhari sahabat kita tu tuduh pemimpin kita Umar tidak laksana hudud.
Jadi kera tadi tidaklah dikenakan hudud. Mungkin pertama dia tu kera. kedua kalau dia manusia tidak juga dikenakan hudud kerana kerajaan BN sudah perabih makan dia... gomol dia (BN) sorang sapai habis tak tinggal untuk hamba rakyat. Kata BN: "Pembangunan!.. pembangunan!.. pembangunan!!!." Rakus sampai binatang pun hilang makanan.
Kata kera tadi: "Kamu (manusia) adalah lagi subsidi tapi kami subsidi pun tidak dapat. Buat permohonan nak tinggal dekat zoo... ya la nak merasa la juga makan free, duduk rumah flat pun jadilah. Tapi sampai sekarang tak lulus-lulus. Borang dah hantar bertimbun.
Ada manusia yang rapat dengan orang DBKL suruh saya hulur tangan bawah meja. Saya bukan apa, nantikan dia geli, ya la tangan berbulu tadok habuk."
Jadi BN ni bukanlah baik sangat. Dia mengajar kera mencuri. Sebab tu kera itu asyik mengutuk BN. Apakah kita nanti jadi macam kera? Curi untuk makan? Ragut untuk makan? Sambar untuk makan? Yang pastinya macam kera tu sudah ada kerana diajar oleh BN.
Sibuknya atau buat-buat sibuk di Tanjung Bidara sampai hari 5 Jun tu tidak up story dalam blog ni. Sesiapa yang berkunjung minta maaf banyak-banyak kerana saya telah mensia-siakan masa anda.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP