Israel tubuh `Komando Iran" untuk serang Iran

>> Selasa, Jun 10, 2008

Israel tidak peduli benarkah dakwaan mengatakan Iran membuat senjata nuklear atau tidak? Negara Zionis itu tetap berkeinginan untuk melakukan serangan ke negera para mullah itu.
Sebab itu Israel diberitakan telah membentuk pasukan `komando Iran' dalam cawangan angkatan tentera udaranya sebagai persiapan jika perang terhadap Iran benar-benar terjadi.
Sumber ketenteraan Israel sendiri yang mengungkapkan adanya pasukan `komando Iran' itu, sedangkan pada kebiasaannya menolak mendedahkan mengenai ketenteraannya.
Laporan Press TV berdasarkan keterangan sumber tadi menyebut bahawa angkatan udara Zionis Israel telah melancarkan pembentukan `Komando Iran' sebagai sebahagian daripada kordinasi operasi yang akan dilakukan untuk menghadapi apa yang didakwa Israel `ancaman yang makin meningkat dari Teheran.'
Komando itu ditujukan untuk meningkatkan kordinasi misi pengeboman dengan brigade udara Israel yang ditugaskan menangani sistem misi Arrow dan Patriot, iaitu senjata pembunuh milik rejim Zionis.
Kebelakangan ini, Israel makin kencang melontarkan kenyataan retorisnya agar dunia segera menghentikan program nuklear Iran.
Minggu ini, Perdana Menteri Luar Israel Shaul Mofaz kembali menunding Iran sedang membuat persenjataan nuklear dan mengancam akan melakukan serangan ketenteraan ke Iran dengan bantuan AS, jika Iran tetap meneruskan program nuklearnya. (presstv)

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP