Satu pertiga bayi daripada 32 terbunuh sejak Mei, Israel kepung Gaza

>> Isnin, Jun 02, 2008

SEMENANJUNG GAZA: Bayi seramai satu pertiga daripada 32 orang awam terbunuh dalam bulan Mei sahaja sejak Israel melakukan kepungan di sini yang dibuat secara zalim menyekat keluar masuk rakyat dan barangan keperluan terutama bahan bakar untuk menjana elektrik.
Kekejaman tindakan Israel terhadap Gaza sejak dua tahun menyekat kehidupan dan kebebasan satu setengah juta rakyat Palestin telah member kesan sejak 11 bulan akhir ini yang mengakibatkan satu persatu rakyat Palestin meninggal dunia.
Berdasarkan data Europe Campain untuk pembebasan pengepungan keatas Semenanjung Gaza yang bertempat di Brussels, sebanyak 32 orang awam termasuk bayi Palestin meninggal dunia pada bulan Mei ini akibat terputus bekalan ubat dan larangan Israel untuk berubat ke luar Gaza kerana kepungan tersebut.
Data Europe Campain ini menjelaskan bahawa jumlah orang awam yagn menjadi mangsa kepungan selama bulan Mei ini menunjukkan peningkatan signifikan dibandingkan dengan bulan sebelumnya.
Pada bulan April jumlah warga Palestin yang meninggal akibat kepungan ini sebanyak 20 orang.
Data ini menyebut bahawa sejak awal kawalan kepungan pada pertengah Jun 2007 lalu, seramai 171 orang awam telah menjadi korban.
Europe Campain mengingatkan bahaya maut mengancam sebahagian besar penduduk kerana mereka tidak boleh mendapatkan ubat yang diperlukan serta tidak boleh meninggalkan Gaza kerana sekatan tersebut.
Sekatan tersebut juga turut memutuskan bekalan elektrik kerana bahan bakar yang tidak boleh dibawa masuk ke Gaza.
Akibatnya hospital dan pusat kesihatan tidak berfungsi dan mengancam nyawa pesakit terutama yang kritikal.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP