Ulama membisu jalan BMC sebab itu Islam dilihat tidak semasa dan membantu

>> Isnin, Jun 02, 2008

SEDIH juga menengok perjuangan penduduk Bandar Mahkota Cheras mempertahankan hak mereka. Yang ramai bersimpati dan bantu turun bersama penduduk adlaah golongan aktivis sama ada daripada parti politik pembangkang dan juga NGO iaitu pertubuhan bukan kerajaan.

Sebaliknya golongan ulama sepi sedangkan ada hadis antara maksudnya termasuk mereka yang membuat kebaikan itu ialah membuang kayu yang menghalang laluan orang ramai.

Benteng yang mahu dibina oleh konglomerat itu untuk kepentingan perniagaan mereka semata-mata sehingga sanggup menutup laluan orang ramai yang telah sedia terbiana awal. Kerana mahukan duit rakyat jalan tersebut ditutup. Bermakna meletakkan penghalang pada jalan yang telah dilalui orang ramai.

Ulama hanya membisu sedangkan dalam Islam telah jelas kepentingan awam terbela tetapi tiada siapa yang keluar fatwa. Fikirlah ulama ini semasa dan kepentingan ramai. Ulama sepatutnya kedepan isu ini tetapi sikap kita hanya tunggu dan lihat menyebabkan pihak lain yang membuat kerja amal kebaikan. Sedangkan kerja hak kita.

Sementara Malaysiakini melaporkan siasatan terhadap kes `cubaan membunuh dan merusuh' minggu dekat benteng kontroversi di Bandar Mahkota Cheras dapat diselesaikan dalam masa dua hari lagi, kata polis.

Tiga daripada empat suspek – Cheok Kem Hoo, 21, Chan Siew Meng, 31, Chang Jiun Mein, 21, – dipanggil memberi keterangan di balai polis Kajang pagi tadi.Seorang lagi suspek Chang Jian Haur, 23 – abang Jien Mien – turut hadir.

Mekanik itu mengalami kecederaan teruk apabila didakwa dipukul 20 anggota polis pada Selasa lalu dan oleh itu diberi pengecualian untuk memberi keterangan pada hari ini.

Beliau disambung ikat jamin sehingga 11 Jun, manakala tiga lagi suspek diberi jaminan polis sehingga 10 Jun.

Sebelum itu, kabinet hari telah mengarahkan supaya jalan akses yang digunakan oleh penduduk BMC bagi mengelak membayar tol Lebuh raya Cheras-Kajang dibuka kepada lalulintas.
Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed kemudiannya membuat pengumuman rasmi mengenainya apabila mengadakan pertemuan dengan kira-kira 300 penduduk taman perumahan tersebut.

Keputusan itu tidak dibuat kerana ihsan kerajaan Barisan Nasional. Ia dibuat setelah kuasa rakyat bangkit sehingga darah mengalir. Kepada saya, keputusan kerajaan itu dibuat kerana takut lebih banyak darah yang mengalir.

Rabu lalu, dalam berita bertajuk "BMC fracas: Police beat up youth" Malaysiakini melaporkan bagaimana polis mengganasi Chang Jiun Haur, 21, sehingga berlumuran darah.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP