Ada prikemanusiaankah Yahudi henti serang 10 Muharam?

>> Jumaat, Januari 09, 2009

Ada yang sifatkan Yhaudi henti perang sehari pada Rabu 7 Januari untuk beri peluang kepada misi kemanusiaan menjalankan tugas,
Sejak bila Yahudi ni baik. Lagikan Tuhan dia boleh lawan ini takat apa yang dikatakan kemanusiaan.
Pada hari Rabu lalu juga bersamaan dengan 10 Muharam. Hari yang penuh sejarah bagi orang Islam dan juga orang Israel.
Bagi Yahudi mereka berpuasa pada hari tersebut.
Nabi saw tinggal di Madinah, beliau melihat orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Beliau pun bertanya kepada mereka tentang hal tersebut. Maka orang Yahudi tersebut menjawab, “Hari ini adalah hari di mana Allah telah menyelamatkan Musa dan kaumnya, serta celakanya Firaun serta pengikutnya. Maka dari itu kami berpuasa sebagai rasa syukur kepada Allah”. Rasulullah saw berkata, “Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kalian”.
Dalam kitab Riyadhus Shalihin, Al-Imam An-Nawawi mensyarahkan maksud Rasulullah berkata demikian.
Ini kerana Nabi dan orang–orang yang bersama beliau adalah orang yang lebih berhak terhadap para nabi yang terdahulu. Allah berfirman,

إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِإِبْرَاهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ وَهَذَا النَّبِيُّ وَالَّذِينَ آَمَنُوا وَاللَّهُ وَلِيُّ الْمُؤْمِنِينَ

“Sesungguhnya orang yang paling berhak dengan Ibrahim adalah orang-orang yang mengikutinya dan nabi ini (Muhammad), serta orang-orang yang beriman, dan Allah-lah pelindung semua orang-orang yang beriman”. (Ali Imran: 68)

Maka Rasulullah saw adalah orang yang paling berhak terhadap Nabi Musa daripada orang Yahudi tersebut. Ini kerana mereka kafir terhadap Nabi Musa, Nabi Isa dan Muhammad. Maka beliau saw berpuasa Asyura dan memerintahkan manusia untuk berpuasa pula pada hari tersebut.
Beliau juga memerintahkan untuk menyelisihi Yahudi yang hanya berpuasa pada hari Asyura, dengan berpuasa pada hari kesembilan atau hari kesebelas beriringan dengan puasa pada hari kesepuluh (Asyura), atau ketiga-tiganya.
Iaitu puasa 10 Muharam lebih baik disertai puasa pada 9 Muharam atau 11 Muharam mengelak persamaan dengan Yahudi.

0 comments:

Catat Ulasan

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP