PAS kalah jika undi 79% keatas

>> Sabtu, Januari 17, 2009

Kemungkinan peluang PAS menang dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada hari ini digagalkan sekali lagi dengan jumlah keluar mengundi lebih 79 peratus keatas.
Dengan peratus keluar mengundi yang tinggi kebiasaannya bererti PAS kalah.
Satu yang amat pelik peratus keluar mengundi di Terengganu amat tinggi melebihi kekuar mengundi di negara maju dalam demokrasi.
Pada pilihan raya kecil Permatang Pauh keluar mengundi hanya 60 peratus lebih. Takkan orang Kuala Terengganu lebih cerdik dan terbuka pemikiran mereka tentang demokrasi melebihi orang Permatang Pauh.
Dengan jumlah undi tersebut sukar untuk diagak perubahan tetap melanda di Terengganu seperti di Pantai Barat Semenanjung.
Bagaimanapun ramai yang mengharapkan tsunami mampu menembusi Banjaran Titiwangsa. Sama sama kita doakan. Semoga kemenangan itu rahmat kepada kita. Jika kalah bermakna adalah yang PAS perlu perbetulkan.
Dalam kita kalut dengan PAS dan Umno rupanya ada calon bebas. Ia membawa perjuangan menolong orang miskin. Inilah perjuangan nabi-nabi membebaskan orang lemah dan orang miskin daripada perhambaan orang kaya dan berkuasa.
Dan inilah perjuangan Nabi Muhammad saw dan dijelaskan oleh Khadijah isteri nabi semasa menenangkan beliau selepas nabi dalam keadaan gementar kembali dari gua hira' apabila menerima wahya pertama.
Bukan soal negara kebajikan tetapi soal perjuangan Rasulullah saw yang mahu membebaskan kemiskinan dan orang lemah yang diperhambakan oleh pemerintah.

0 comments:

Catat Ulasan

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP