Taktik sekatan ekonomi Iraq di laksana di Gaza

>> Selasa, Januari 06, 2009

Langkah pertama rejim haram Yahudi memastikan Semenanjung Gaza lumpuh iaitu mengepung kawasan tersebut selama 18 bulan. Taktik ini seumpama Amerika Syarikat menggunakan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan sekatan ekonomi keatas Iraq.
Akhirnya ketenteraan udara Iraq lumpuh dan mudah bagi Amerika menyerang dan menawan Iraq.
Cara sama ini digunakan di Gaza. Apabila Hamas menang pilihan raya lalu dan memerintah Palestin, Yahudi mula memainkan peranan memecah belahkan umat Islam Palestin iaitu antara golongan Hamas dan Fatah yang disokong Mahmod Abas.
Dakyah Yahudi berjaya mencetuskan perang saudara antara kedua golongan tersebut dan memecahkan kawasan pemerintahan. Semenanjung Gaza diperintah Hamas dan Tebing Barat diperintah Mahmod Abas, Presiden Palestin.
Setelah pecah kawasan berjaya dilakukan Yahudi mula mengepung Gaza sehingga rakyat Gaza hidup dalam kesusahan. Pintu sempadan dengan Mesir pula tidak dibuka kerana Presiden Mesir, Hosni Mubarak geng Yahudi.
Yahudi menekan Mesir supaya sempadan tersebut tidak dibuka kerana mereka tidak mahu senjata dibawa masuk, sedangkan rakyat Palestin di Gaza mahukan makanan, ubatan dan keperluan harian serta bahan bakar.
Setelah 18 bulan Gaza dikepung dan Yahudi dapat memastikan Gaza mula lumpuh manakala rakyat yang tertekan keluar meninggalkan Gaza maka Yahudi menunggu bulan Muharam bulan yang diharamkan perang untuk memerangi Semenanjung Gaza.
Allah SWT tahu perancangan mereka dan mereka tahu Allah SWT tahu tetapi mereka adalah bangsa yang suka mencabar Allah. Ya Allah hancur puak Yahudi. Merekalah yang membawa kerosakan dimuka bumi mu ya Allah.

0 comments:

Catat Ulasan

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP