Kesilapan kita ialah memahami syukur itu apabila kita hanya merasa nikmat Allah SWT sahaja sedangkan apabila musibah kita tidak pernah pernah bersyukur.
Memang dari segi pengertian jika sekiranya kita ditimpa musibah maka kita perlu bersabar dan tidak pernah ada mereka yang ditimpa musibah mengucapkan syukur. Kenapa?
Mungkin tahap makam kita tidak tinggi. Mungkin taraf kita makam awam. Tetapi sekiranya mereka yang makam tinggi mereka boleh bersyukur walaupun ditimpa musibah.
Ini pemahaman yang betul dalam Islam bila mengucapkan syukur kita kepada Allah. Tetapi dalam rancangan tv kita memahami mereka yang mengucap syukur kerana mereka dapat nikmat dalam masa orang lain ditimpa musibah.
Ini pemahaman yang sudah tidak betul pada orang Islam. Pemikiran ini perlu diubah dan diperbetulkan supaya sesuai dengan Islam. Dengan ini akan melahirkan kecintaan kita kepada Islam dan orang lain.
Jika tidak kita tidak akan merasa nikmat persaudaraan Islam. Kita mengambil sikap aku... aku, kamu.... kamu.
Apa yang penting pihak tv patut memperbesarkan supaya umat Islam mengadakan Qunud Nazilah sesuai kita sebagai umat Islam yang jauh daripada mereka melainkan mereka yang mampu dan sering ke luar negari boleh mengadakan akej menyelamat Semenanjung Gaza.
Kita tidak perlu dengar momokan umat Islam kuatkan ekonomi baru mampu lawan Amerika atau Israel tetapi apakah bila kita kuat ekonomi kita berani lawan mereka. Kita bimbang bila kita kuat ekonomi kita jadi sayang ekonomi dan takut mati.
Mereka yang berjuang di Palestin tidak kuat ekonomi tetapi kecintaan mereka kepada Allah melebihi daripada segalanya jadi mereka berani melawan Israel.
Mereka tetap mahu berjuang Islam walaupun diberi tekanan dan kepongan oleh Israel dan Mesir. Kalau mereka mahu kuatkan ekonomi dan sayangkan nyawa lebih baik mereka menjadi pelarian lari ke negara Arab lain seperti Mesir meninggalkan dan serahkan Gaza kepada Israel. Nyawa selamat harta selamat boleh hidup senang lenang.
Tetapi mereka percaya dengan hadis bahawa diakhir zaman ada satu golongan Arab yang masih pertahankan Islam. Sahabat Rasulullah saw bertanya kepada Nabi: Siapa mereka? Merekalah orang-orang Palestin.
-
0 comments:
Catat Ulasan