Berani melawan arus 2008

>> Jumaat, Januari 02, 2009

Kalau ada anugerah kepada mereka yang berani pada tahun lepas 2008 terutama dalam melawan arus maka saya meletakkan Muntazer al-Zaidi orangnya.
Seorang wartawan yang berani bertindak dalam satu majlis semua memuji dan berbangga dengan Presiden Amerika Syarikat, Goerge Bush. Beliau berani melawan arus.
Di Malaysia mungkin orang ramai sudah melupakan Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi kerana keberaniannya menjelaskan kebenaran walaupun terpaksa menghadapi pelbagai ancaman terhadap keluarganya. Malah beliau amat berani kerana ia amat jarang dilakukan oleh mereka yang makan gaji.
Mereka yang makan gaji bulanan tidak akan bertindak sedemikian sebagaimana beliau menjelaskan kebenaran dalam majlis penerangan dan ceramah semasa pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh yang secara tidak langsung memberi ancaman kepada periuk nasi beliau.
Dan ternyata hasil keberaniannya, beliau ditukar ke tempat lain. Beliau mungkin memaklumi kesan itu semua akibat daripada tindakan beliau melawan arus. Tetapi kebenaran mengatasi segalanya. Itulah keimanan yang hebat yang ada pada beliau dan tidak ada pada kita.
Kalau ada anugerah beliaulah orang yang hebat kerana beliau berani melawan arus. Orang lain berani kerana dalam kelompok mereka tetapi beliau berani kerana bersama dalam kompok yang beliau terpaksa melawan arus.
Sikap seumpama ini hanya terpilih oleh Allah dan kita mendoakan semuga beliau ikhlas dan istiqomah dalam perjuangannya.
Selain itu kita juga memuji Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin kerana keberanian beliau melawan arus dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kerana Islam beliau bersedia dihukum dalam keputusan Majlis Tertinggi PKR apabila beliau orang yang berdepan dalam majlis yang dianjurkan Majlis Peguam yang membangkitkan kemarahan umat Islam.

0 comments:

Catat Ulasan

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP