Mungkin boleh la untuk kutuk...kutuk...kutuk....bantah.....bantah.....bantah. Perdana Menteri kata kita kutuk sekeras-kerasnya.
Masa al-Zaidi lempar kasut kat muka Bush PM kita kata tak baik menjatuhkan maruah pemimpin. Kita tidak boleh buat macam tu kalau kita tidak suka kita boleh kutuk atau bantah sekeras-kerasnya, misalnya. Ini kata-kata PM kita.
Sekarang rakyat Malaysia lontar kasut kat patong Bush, apa kata PM kita.
Sebenarnya kita sudah tidak nampak dengan negara umat Islam untuk membantu Gaza. Hanya sekadar bersidang dengan kot dalam dewan air-con, dingin, sedingin negara umat Islam terhadap umat Islam Palestin.
Parlimen kita baru nak bersidang keselamatan PBB sudah keluar resolusi 14 menyokong dan satu berkecuali. Kali ini Amerika tidak guna kuasa veto untuk membatalkan resolusi tersebut. Tetapi apa PBB dan negara umat Islam boleh buat? Hanya tengok pok..pek..pek senyap. Balik tidur lena. Nyawa umat Islam tetap melayang.
Kita harus ingat OIC pernah cadangkan hantar tentera umat Islam sebagai pengaman di negara umat Islam. Kita tidak boleh harap lagi dengan PBB. Tetapi senyap tadok telur. Mana OIC ni? Kalaulah Malaysia berani hantar la tentera kita membantu Gaza. Sekarang bukan masa untuk berpokpekpokpek.
Satu perkara pelik lagi yang nak hantar ke Gaza hanya pasukan perubatan bukan tentera. Pasukan perubatan hanya untuk rawat yang cedera kenapa kita tidak hantar tentera yang boleh tolong orang Islam Gaza.
Selagi kita tidak berani bertindak demikian selagi itu Yahudi tidak takut kepada orang Islam. Kalau kita tengok peta pun Israel itu berada ditengah negara umat Islam bersempadan dengan Palestin yang terdiri Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, Mesir Jordan dan Lubonan.
Rejim haram Israel itu sebenarnya terkepung tetapi yang peliknya Israel boleh kepong Semenanjung Gaza.
Ini bertapa teruknya orang Arab langsung tidak mahu pertahan Islam. Mungkin mereka ambil sikap macam Bani Mutalib yang berdiam diri bila tentera bergajah serang Mekah dan mau meroboh Kaabah.
-
0 comments:
Catat Ulasan