Bani Israel merupakan bangsa awal dalam dunia dan terdapat dalam banyak kitab Allah SWT. Berbanding dengan bangsa kita Melayu tidak ada dalam kitab Allah. Nabi kita Muhammad saw bila menyebut bangsa tersebut tidak dipanggil Israel tetapi Yahudi memandang kekejaman dan kezaliman melampau puak tersebut.
Puak Israel ini pula mahu dipanggil dengan panggilan Israel tidak mahu dipanggil Yahudi sesuai dengan sejarahnya dalam banyak kitab Allah.
Jadi mereka ini bukan sembarangan orang memahami ketuhanan dan peraturan dan undang-undang yang Allah tentukan kepada mereka. Ilmu mereka hebat kerana Nabi banyak daripada bangsa mereka. Keturunan yang pernah makan makanan syurga ketika Nabi Musa as mendoakan makanan dari langit.
Mereka kenal Muhammad saw dan tahu hukum-hukum Allah. Dan Mereka sebenarnya cukup tahu dan memahami hukum perang iaitu Allah mengharamkan perang pada bulan Muharam.
Tetapi Yahudi ini golongan yang memang sengaja mahu lawan Allah. Serangan keatas Palestin dilakukan awal Hijrah bulan Muharam. Dan memang Yahudi ini sengaja bertindak demikian mencabar kekuasaan Allah SWT.
Apa yang sedihnya kita umat Islam tidak mampu menolong agama Allah. Negara Islam yang kaya raya simpan duit di Amerika Syarikat menjadikan dana yang cukup kukuh untuk negara jahanam tersebut memerangi orang Islam, serang Iraq, serang Afghanistan.
Inilah masalah kita terlalu banyak munafik yang akhirnya menjadi mangsa ialah umat Islam Palestin, Afghanistan dan Iraq. Jadi kita bukan sahaja berdepan dengan musuh nyata seperti Yahudi dan Amerika bahkan musuh tersembunyi pemimpin dan mereka yang munafik membantu Yahudi dan Amerika secara tidak langsung memerangi umat Islam.
-
0 comments:
Catat Ulasan