Kita sering dengar pengacara tv baik kerajaan mahupun swasta selalu mengucapkan syukur dalam masa musibah menimpa orang lain.
Semalam pengacara kanak-kanak swasta tv9 pun terikut berkata demikian mungkin terikut dengan orang yang lebih tua daripada mereka.
Kita telah memberi pengajaran yang tidak betul kepada kanak-kanak tersebut.
Ucapan bersyukur yang tidak kena pada tempat.
Kita bersyukur kerana Allah memberi kita nikmat. Dalam masa kita membicarakan pemberiaan Allah kepada kita supaya kita tidak sombong dan bongkak. Kata-kata syukur itu untuk kita merendahkan diri kepada Allah dan mendekatkan diri kita kepada Allah. Ini kerana ucapan syukur sedemikian membentuk jiwa kita kepada sentiasa berterima kasih kepada Allah atas segala nikmat dan rahmat yang diberikan kepada kita.
Bukan untuk kita berkata syukur dalam masa kita membicarakan penderitaan dan musibah orang lain. Orang Palestin juga saudara kita kenapa kita boleh berkata demikian dalam masa saudara kita menderita.
Kita bagi contoh. Bagaimana rasa kanak-kanak tersebut kalau ibu atau bapa beliau meninggal. Patutkah kanak-kanak tersebut berucap syukur kerana saya belum meninggal. Tidak sepatutnya kita berkata demikian atau tidak mungkin kita akan berkata demikian kerana diri kita ketika itu cukup bersedih atas kematian saudara kita itu. Jadi cukup jelas orang Palestin juga saudara kita kerana maksud ayat al-Quran "Orang beriman itu sesungguhnya bersaudara" sudah tentu kita turut bersedih.
Jika kita bersedih ini bermakna kita menyelami dan memahami perasaan umat Islam kita di sana. Jika kita tidak bersedih bermakna kita tidak merasa orang Palestin itu saudara kita.
Jadi bagi orang Islam apabila mereka bersedih atau mendengar saudara mereka bersedih maka kita patut berkata "Innalillah........." bermakna Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepadaNya kita akan dikembalikan.
Orang Islam itu apabila hujung kaki rasa sakit maka hujung kepada pun ikut rasa sakit.
-
0 comments:
Catat Ulasan