Kita yang sering bersyukur kerana nikmat patut rasa cemburu dengan orang Gaza. Mereka dipilih Allah mendapat syahid. Satu tingkat yang dijamin syurga oleh Allah SWT.
Bagaimana kita? Apakah kita tidak cemburu? Sahabat Nabi saw dahulu cukup cemburu apabila ada diantara mereka lebih beramal dan lebih bersedekah. Ini mengwujudkan saling berlumba untuk beramal dan bersedekah.
Umar sering berlumba dengan Abu Bakar dalam bersedekah sehingga beliau mengalah apabila Abu Bakar menyerahkan semua harta kepada jalan Allah. Apa yang tinggal pada kamu wahai Abu Bakar kata Rasulullah saw dan Abu Bakar menjawab: "Aku ada Allah dan Rasul."
Begitu juga dengan sahabat miskin cemburu sahabat yang kaya bukan kerana sahabat tersebut kaya tetapi kerana sahabat kaya itu beramal sama dengan sahabat miskin.
Sedangkan sahabat miskin tidak mampu beramal bersedekah sebagaimana sahabat kaya. Inilah cemburu yang ada pada sahabat Nabi kerana mahu saling mengejar melakukan kebajikan dan mendapat rahmat Allah.
Apakah kita tidak cemburu orang Palestin mendapat syahid sedangkan kita di sini senang lenang. Apakah bangsa kita ini?
-
0 comments:
Catat Ulasan