Penyokong Presiden Palestin, Mahmod Abas, iaitu Fatah yang menguasai Tebing Barat mula berpecah. Ada antara mereka mula sedar musuh sebenar mereka iaitu Yahudi.
Sedangkan Hamas hanya musuh politik pilihan raya bukan berperang sesama sendiri tetapi oleh kerana ketamakan golongan Fatah maka sanggup memerangi saudara mereka sediri.
Golongan Fatah mahu menguasai Palestin kerana kuasa. Apabila ada kuasa ada wang iaitu sumbangan negara luar dan Barat kepada Palestin. Jadi duit ini dapatlah mereka pakat kongsi ramai-ramai. Kalau mereka tidak memerintah maka wang tersebut tidak disalurkan kepada mereka. Itulah yang menyebabkan mereka berperang dengan Hamas.
Malah setengah sanggup jadi tali barut Yahudi memberitahu kedudukan dan rumah pejuang Hamas. Hadiahnya mereka dapat wang. Sebab itu kita dengar berita tiba-tiba rumah pejuang Hamas dibom.
Akhirnya puak-puak munafik ini Allah SWT pisahkan mereka dengan pejuang Hamas. Golongan Hamas di Semenanjung Gaza dan Fatah di Tebing Barat.
Yahudi mengambil peluang ini dan menyifatkan mereka yang tinggal di Gaza sebagai penyokong Hamas.
Alhamdulillah sekarang timbul kesedaran pada orang-orang muda Fatah yang melihatkan saudara mereka dibom dan diserang. Mereka ini mula menyokong Hamas dan menyertai perjuangan mempertahankan bumi Palestin daripada terus dijajah Israel.
-
0 comments:
Catat Ulasan