Lepas habis perang di Semenanjung Gaza Palestin, maka tentera Malaysia kita bersuara mahu hantar pasukan perubatan ke Gaza mahu bantu rakyat Palestin katanya.
Kita dengar kita boleh ketawa pecah perut. Kenapa tentera tidak hantar pasukan perang dan peralatan perang lawan Yahudi. Kita bantu orang Islam yang sedang dilanyak Yahudi. Salah ke?
Secara tidak langsung juga tentera kita selamatkan nyawa orang Palestin di Gaza.
Kerja perubatan tu serah la kepada ngo perubatan dan doktor-doktor ramai yang mahu bertugas.
Atau tentera kita sudah tadok `batu'. Kata orang potong bagi makan anjing lagi baik.
Jadi kita tengok sia-sia sajalah kita adakan sidang khas Parlimen. Sekadar lepas geram sedangkan ada kuasa dan peralatan lebih hebat daripada pejuang Hamas tetapi takut.
Pejuang Hamas tu apa yang ada tetapi berani lawan Yahudi dengan kekuatan berkali ganda. Hamas ada apa? Tetapi Yahudi semua ada jet tempur, jet bunuh, helikopter sebut sahaja semua ada. Dekat darat pulak kereta kebal yang tak lut bersepah.
Hamas? Apa ada. Tetapi mereka berani kerana Allah. Mahu selamatkan agama Allah. Mahu selamatkan bumi Islam. Tetapi puak-puak yang mengaku Islam cuba mengelak katanya perang Yahudi itu bukan lawan agama.
KIta orang Islam sangat lah kecewa kita kata kalau perang itu bukan lawan Islam. Al-Quran dah banyak cerita kisah Yahudi. Yahudi pun tahu al-Quran ada cerita kisah dia dalam al-Quran. Dia pun tahu hadis Nabi saw. Sebab itu dia mahu hapus Hamas dan Hizbullah.
Puak Arab lain dia tak kisah sebab dia boleh sembelih macam dia sembelih Saddam Hussein. Masalah pada kita orang Islam sendiri tidak baca dan kaji al-Quran sebab itu Yahudi berani duduk ditengah negara orang-orang Islam seperti Lubnan, Jordan, Syria dan Mesir.
Tetapi kata Nabi saw masih terdapat golongan yang tinggal sekitar Baitulmaqdis yang tetap mempertahankan Islam mereka itu ialah Hamas dan Hizbullah.
Ulama Arab ni bila Hizbullah kena serang dia kata biarlah itu syiah tetapi bila Hamas kena serang dia senyap seribu bahasa.
tentera kita tak payah jadi tentera jadi ngo perubatan lagi bagus
>> Rabu, Januari 28, 2009
Semua berkomplot hapus Hamas
>> Khamis, Januari 22, 2009
Tetapi keagungan dan kekuasaan hanya pada Allah SWT. Allah tetap menolong mereka yang menolong agama Allah. Mereka itulah Hamas.
Dalam semua tok Arab dan umat Islam ketakutan dengan kuasa besar tetapi Hamas dilimpahkan kekuatan tersembunyi bersama tentera Allah SWT berjuang mempertahankan bumi dan maruah Islam daripada hinaan Yahudi dan Amerika serta sekutunya termasuk PBB dan tok arab yang turut bersekongkol.
Tok-tok Arab ini merupakan golongan munafik lebih teruk daripada Yahudi. Mesir pemerintah mereka Hosni Mubarak sanggup bunuh orang Palestin yang mahu menyelamat diri ke negeri mereka.
Mesir juga meletup terowong-terowong binaan Palestin untuk membawa masuk barangan keperluan seperti ubat dan makanan. Terowong ini terpaksa dibina berikutan Yahudi menutup dan mengepung umat Islam Palestin di Semenanjung Gaza hampir dua tahun iaitu sejak Hamas memerintah Gaza.
Semenanjung Gaza hanya bersempadan dengan rejim haram Israel dan Mesir tetapi Mesir bertindak sama dengan negara haram Yahudi itu.
Satu lagi golongan yang berkomplot dengan Yahudi membunuh umat Islam Palestin iaitu Presidennya, Mahmod Abas.
Manusia Hosni dan Abas tidak tahu siapa da Yahudi. Apakah dia tidak tahu siapa yang bunuh Yeser Arafat? Presiden Cuba pun tahu. Kita hairan orang Islam ini dia rasa orang Yahudi baik untuk mereka.
Laporan kematian Yaser yang tidak diumumkan banyak menimbulkan tanda tanya. Inilah puak puak Yahudi diperanan oleh Mosad.
Khaled Masel hampir terbunuh oleh gerakan jahat ini yang cuba meracun beliau. Tetapi ia sempat dihidu oleh pejuang Islam dan dapat menangkat peracun tersebut. Akhirnya tawanan ini dibuat tawaran untuk membebaskan Syekh Yasin yang sahid dibom Yahudi.
Meraka lupa siapa yang bunuh Saddam Husein. Walaupun yang jatuh hukuman itu tok Arab tetapi dalang disebalik itu Yahudi kerana Saddam menggunakan senjata mengebom Yahudi.
Baiklah kamu wahai Hosni dan Abas dengan Yahudi nanti kamu akan mati dbunuh Yahudi.
PAS kalah jika undi 79% keatas
>> Sabtu, Januari 17, 2009
Kemungkinan peluang PAS menang dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada hari ini digagalkan sekali lagi dengan jumlah keluar mengundi lebih 79 peratus keatas.
Dengan peratus keluar mengundi yang tinggi kebiasaannya bererti PAS kalah.
Satu yang amat pelik peratus keluar mengundi di Terengganu amat tinggi melebihi kekuar mengundi di negara maju dalam demokrasi.
Pada pilihan raya kecil Permatang Pauh keluar mengundi hanya 60 peratus lebih. Takkan orang Kuala Terengganu lebih cerdik dan terbuka pemikiran mereka tentang demokrasi melebihi orang Permatang Pauh.
Dengan jumlah undi tersebut sukar untuk diagak perubahan tetap melanda di Terengganu seperti di Pantai Barat Semenanjung.
Bagaimanapun ramai yang mengharapkan tsunami mampu menembusi Banjaran Titiwangsa. Sama sama kita doakan. Semoga kemenangan itu rahmat kepada kita. Jika kalah bermakna adalah yang PAS perlu perbetulkan.
Dalam kita kalut dengan PAS dan Umno rupanya ada calon bebas. Ia membawa perjuangan menolong orang miskin. Inilah perjuangan nabi-nabi membebaskan orang lemah dan orang miskin daripada perhambaan orang kaya dan berkuasa.
Dan inilah perjuangan Nabi Muhammad saw dan dijelaskan oleh Khadijah isteri nabi semasa menenangkan beliau selepas nabi dalam keadaan gementar kembali dari gua hira' apabila menerima wahya pertama.
Bukan soal negara kebajikan tetapi soal perjuangan Rasulullah saw yang mahu membebaskan kemiskinan dan orang lemah yang diperhambakan oleh pemerintah.
Dah agak dah menghabiskan beras je
>> Rabu, Januari 14, 2009
Bincang punya bincang dalam Parlimen akhirnya ada la beberapa ketetapan tapi akhirnya Malaysia masih bergantung dengan negara second besar daripada Amerika Syarikat seperti Cina bagi nak imbangi kononnya kuasa besar Amerika.
Tetapi perkara penting seperti hantar tentera OIC ke Palestin tidak berani kerana takut kepada Amerika nanti dia chop tolong pengganas. Sebab itu sampai sekarang Malaysia tidak iktiraf Hamas.
Dalam dok bincang tu timbul pulak masalah bantuan nak bagi kepada siapa. Hendak bagi ke Mahmod Abas ke? Mahmod Abas tu tidak berperang.
Jadi akhirnya tetaplah Hamas keseorangan dalam mempertahankan tanah air mereka. Tiada siapa yang tolong. Kalau ada yang sanggup tolong pun untuk berubat mangsa yang cedera. Hantar makanan tetapi kita tidak tahu apa nasib pejuang kita mempertahankan Palestin.
Sidang khas parlimen petang ini apakah ia menghabiskan duit?
>> Isnin, Januari 12, 2009
Mungkin boleh la untuk kutuk...kutuk...kutuk....bantah.....bantah.....bantah. Perdana Menteri kata kita kutuk sekeras-kerasnya.
Masa al-Zaidi lempar kasut kat muka Bush PM kita kata tak baik menjatuhkan maruah pemimpin. Kita tidak boleh buat macam tu kalau kita tidak suka kita boleh kutuk atau bantah sekeras-kerasnya, misalnya. Ini kata-kata PM kita.
Sekarang rakyat Malaysia lontar kasut kat patong Bush, apa kata PM kita.
Sebenarnya kita sudah tidak nampak dengan negara umat Islam untuk membantu Gaza. Hanya sekadar bersidang dengan kot dalam dewan air-con, dingin, sedingin negara umat Islam terhadap umat Islam Palestin.
Parlimen kita baru nak bersidang keselamatan PBB sudah keluar resolusi 14 menyokong dan satu berkecuali. Kali ini Amerika tidak guna kuasa veto untuk membatalkan resolusi tersebut. Tetapi apa PBB dan negara umat Islam boleh buat? Hanya tengok pok..pek..pek senyap. Balik tidur lena. Nyawa umat Islam tetap melayang.
Kita harus ingat OIC pernah cadangkan hantar tentera umat Islam sebagai pengaman di negara umat Islam. Kita tidak boleh harap lagi dengan PBB. Tetapi senyap tadok telur. Mana OIC ni? Kalaulah Malaysia berani hantar la tentera kita membantu Gaza. Sekarang bukan masa untuk berpokpekpokpek.
Satu perkara pelik lagi yang nak hantar ke Gaza hanya pasukan perubatan bukan tentera. Pasukan perubatan hanya untuk rawat yang cedera kenapa kita tidak hantar tentera yang boleh tolong orang Islam Gaza.
Selagi kita tidak berani bertindak demikian selagi itu Yahudi tidak takut kepada orang Islam. Kalau kita tengok peta pun Israel itu berada ditengah negara umat Islam bersempadan dengan Palestin yang terdiri Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, Mesir Jordan dan Lubonan.
Rejim haram Israel itu sebenarnya terkepung tetapi yang peliknya Israel boleh kepong Semenanjung Gaza.
Ini bertapa teruknya orang Arab langsung tidak mahu pertahan Islam. Mungkin mereka ambil sikap macam Bani Mutalib yang berdiam diri bila tentera bergajah serang Mekah dan mau meroboh Kaabah.
Kita patut cemburu dengan orang Gaza yang dipilih Allah mendapat makam syuhada
Kita yang sering bersyukur kerana nikmat patut rasa cemburu dengan orang Gaza. Mereka dipilih Allah mendapat syahid. Satu tingkat yang dijamin syurga oleh Allah SWT.
Bagaimana kita? Apakah kita tidak cemburu? Sahabat Nabi saw dahulu cukup cemburu apabila ada diantara mereka lebih beramal dan lebih bersedekah. Ini mengwujudkan saling berlumba untuk beramal dan bersedekah.
Umar sering berlumba dengan Abu Bakar dalam bersedekah sehingga beliau mengalah apabila Abu Bakar menyerahkan semua harta kepada jalan Allah. Apa yang tinggal pada kamu wahai Abu Bakar kata Rasulullah saw dan Abu Bakar menjawab: "Aku ada Allah dan Rasul."
Begitu juga dengan sahabat miskin cemburu sahabat yang kaya bukan kerana sahabat tersebut kaya tetapi kerana sahabat kaya itu beramal sama dengan sahabat miskin.
Sedangkan sahabat miskin tidak mampu beramal bersedekah sebagaimana sahabat kaya. Inilah cemburu yang ada pada sahabat Nabi kerana mahu saling mengejar melakukan kebajikan dan mendapat rahmat Allah.
Apakah kita tidak cemburu orang Palestin mendapat syahid sedangkan kita di sini senang lenang. Apakah bangsa kita ini?
Perlu memahami pengertian syukur secara Islam
Kesilapan kita ialah memahami syukur itu apabila kita hanya merasa nikmat Allah SWT sahaja sedangkan apabila musibah kita tidak pernah pernah bersyukur.
Memang dari segi pengertian jika sekiranya kita ditimpa musibah maka kita perlu bersabar dan tidak pernah ada mereka yang ditimpa musibah mengucapkan syukur. Kenapa?
Mungkin tahap makam kita tidak tinggi. Mungkin taraf kita makam awam. Tetapi sekiranya mereka yang makam tinggi mereka boleh bersyukur walaupun ditimpa musibah.
Ini pemahaman yang betul dalam Islam bila mengucapkan syukur kita kepada Allah. Tetapi dalam rancangan tv kita memahami mereka yang mengucap syukur kerana mereka dapat nikmat dalam masa orang lain ditimpa musibah.
Ini pemahaman yang sudah tidak betul pada orang Islam. Pemikiran ini perlu diubah dan diperbetulkan supaya sesuai dengan Islam. Dengan ini akan melahirkan kecintaan kita kepada Islam dan orang lain.
Jika tidak kita tidak akan merasa nikmat persaudaraan Islam. Kita mengambil sikap aku... aku, kamu.... kamu.
Apa yang penting pihak tv patut memperbesarkan supaya umat Islam mengadakan Qunud Nazilah sesuai kita sebagai umat Islam yang jauh daripada mereka melainkan mereka yang mampu dan sering ke luar negari boleh mengadakan akej menyelamat Semenanjung Gaza.
Kita tidak perlu dengar momokan umat Islam kuatkan ekonomi baru mampu lawan Amerika atau Israel tetapi apakah bila kita kuat ekonomi kita berani lawan mereka. Kita bimbang bila kita kuat ekonomi kita jadi sayang ekonomi dan takut mati.
Mereka yang berjuang di Palestin tidak kuat ekonomi tetapi kecintaan mereka kepada Allah melebihi daripada segalanya jadi mereka berani melawan Israel.
Mereka tetap mahu berjuang Islam walaupun diberi tekanan dan kepongan oleh Israel dan Mesir. Kalau mereka mahu kuatkan ekonomi dan sayangkan nyawa lebih baik mereka menjadi pelarian lari ke negara Arab lain seperti Mesir meninggalkan dan serahkan Gaza kepada Israel. Nyawa selamat harta selamat boleh hidup senang lenang.
Tetapi mereka percaya dengan hadis bahawa diakhir zaman ada satu golongan Arab yang masih pertahankan Islam. Sahabat Rasulullah saw bertanya kepada Nabi: Siapa mereka? Merekalah orang-orang Palestin.
Jangan kita kata syukur masa orang lain bersedih
>> Ahad, Januari 11, 2009
Kita sering dengar pengacara tv baik kerajaan mahupun swasta selalu mengucapkan syukur dalam masa musibah menimpa orang lain.
Semalam pengacara kanak-kanak swasta tv9 pun terikut berkata demikian mungkin terikut dengan orang yang lebih tua daripada mereka.
Kita telah memberi pengajaran yang tidak betul kepada kanak-kanak tersebut.
Ucapan bersyukur yang tidak kena pada tempat.
Kita bersyukur kerana Allah memberi kita nikmat. Dalam masa kita membicarakan pemberiaan Allah kepada kita supaya kita tidak sombong dan bongkak. Kata-kata syukur itu untuk kita merendahkan diri kepada Allah dan mendekatkan diri kita kepada Allah. Ini kerana ucapan syukur sedemikian membentuk jiwa kita kepada sentiasa berterima kasih kepada Allah atas segala nikmat dan rahmat yang diberikan kepada kita.
Bukan untuk kita berkata syukur dalam masa kita membicarakan penderitaan dan musibah orang lain. Orang Palestin juga saudara kita kenapa kita boleh berkata demikian dalam masa saudara kita menderita.
Kita bagi contoh. Bagaimana rasa kanak-kanak tersebut kalau ibu atau bapa beliau meninggal. Patutkah kanak-kanak tersebut berucap syukur kerana saya belum meninggal. Tidak sepatutnya kita berkata demikian atau tidak mungkin kita akan berkata demikian kerana diri kita ketika itu cukup bersedih atas kematian saudara kita itu. Jadi cukup jelas orang Palestin juga saudara kita kerana maksud ayat al-Quran "Orang beriman itu sesungguhnya bersaudara" sudah tentu kita turut bersedih.
Jika kita bersedih ini bermakna kita menyelami dan memahami perasaan umat Islam kita di sana. Jika kita tidak bersedih bermakna kita tidak merasa orang Palestin itu saudara kita.
Jadi bagi orang Islam apabila mereka bersedih atau mendengar saudara mereka bersedih maka kita patut berkata "Innalillah........." bermakna Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepadaNya kita akan dikembalikan.
Orang Islam itu apabila hujung kaki rasa sakit maka hujung kepada pun ikut rasa sakit.
Ada prikemanusiaankah Yahudi henti serang 10 Muharam?
>> Jumaat, Januari 09, 2009
Ada yang sifatkan Yhaudi henti perang sehari pada Rabu 7 Januari untuk beri peluang kepada misi kemanusiaan menjalankan tugas,
Sejak bila Yahudi ni baik. Lagikan Tuhan dia boleh lawan ini takat apa yang dikatakan kemanusiaan.
Pada hari Rabu lalu juga bersamaan dengan 10 Muharam. Hari yang penuh sejarah bagi orang Islam dan juga orang Israel.
Bagi Yahudi mereka berpuasa pada hari tersebut.
Nabi saw tinggal di Madinah, beliau melihat orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Beliau pun bertanya kepada mereka tentang hal tersebut. Maka orang Yahudi tersebut menjawab, “Hari ini adalah hari di mana Allah telah menyelamatkan Musa dan kaumnya, serta celakanya Firaun serta pengikutnya. Maka dari itu kami berpuasa sebagai rasa syukur kepada Allah”. Rasulullah saw berkata, “Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kalian”.
Dalam kitab Riyadhus Shalihin, Al-Imam An-Nawawi mensyarahkan maksud Rasulullah berkata demikian.
Ini kerana Nabi dan orang–orang yang bersama beliau adalah orang yang lebih berhak terhadap para nabi yang terdahulu. Allah berfirman,
Ø¥ِÙ†َّ Ø£َÙˆْÙ„َÙ‰ النَّاسِ بِØ¥ِبْرَاهِيمَ Ù„َÙ„َّØ°ِينَ اتَّبَعُوهُ ÙˆَÙ‡َØ°َا النَّبِÙŠُّ ÙˆَالَّØ°ِينَ Ø¢َÙ…َÙ†ُوا ÙˆَاللَّÙ‡ُ ÙˆَÙ„ِÙŠُّ الْÙ…ُؤْÙ…ِÙ†ِينَ
“Sesungguhnya orang yang paling berhak dengan Ibrahim adalah orang-orang yang mengikutinya dan nabi ini (Muhammad), serta orang-orang yang beriman, dan Allah-lah pelindung semua orang-orang yang beriman”. (Ali Imran: 68)
Maka Rasulullah saw adalah orang yang paling berhak terhadap Nabi Musa daripada orang Yahudi tersebut. Ini kerana mereka kafir terhadap Nabi Musa, Nabi Isa dan Muhammad. Maka beliau saw berpuasa Asyura dan memerintahkan manusia untuk berpuasa pula pada hari tersebut.Beliau juga memerintahkan untuk menyelisihi Yahudi yang hanya berpuasa pada hari Asyura, dengan berpuasa pada hari kesembilan atau hari kesebelas beriringan dengan puasa pada hari kesepuluh (Asyura), atau ketiga-tiganya.
Iaitu puasa 10 Muharam lebih baik disertai puasa pada 9 Muharam atau 11 Muharam mengelak persamaan dengan Yahudi.
Fatah berpecah
>> Selasa, Januari 06, 2009
Penyokong Presiden Palestin, Mahmod Abas, iaitu Fatah yang menguasai Tebing Barat mula berpecah. Ada antara mereka mula sedar musuh sebenar mereka iaitu Yahudi.
Sedangkan Hamas hanya musuh politik pilihan raya bukan berperang sesama sendiri tetapi oleh kerana ketamakan golongan Fatah maka sanggup memerangi saudara mereka sediri.
Golongan Fatah mahu menguasai Palestin kerana kuasa. Apabila ada kuasa ada wang iaitu sumbangan negara luar dan Barat kepada Palestin. Jadi duit ini dapatlah mereka pakat kongsi ramai-ramai. Kalau mereka tidak memerintah maka wang tersebut tidak disalurkan kepada mereka. Itulah yang menyebabkan mereka berperang dengan Hamas.
Malah setengah sanggup jadi tali barut Yahudi memberitahu kedudukan dan rumah pejuang Hamas. Hadiahnya mereka dapat wang. Sebab itu kita dengar berita tiba-tiba rumah pejuang Hamas dibom.
Akhirnya puak-puak munafik ini Allah SWT pisahkan mereka dengan pejuang Hamas. Golongan Hamas di Semenanjung Gaza dan Fatah di Tebing Barat.
Yahudi mengambil peluang ini dan menyifatkan mereka yang tinggal di Gaza sebagai penyokong Hamas.
Alhamdulillah sekarang timbul kesedaran pada orang-orang muda Fatah yang melihatkan saudara mereka dibom dan diserang. Mereka ini mula menyokong Hamas dan menyertai perjuangan mempertahankan bumi Palestin daripada terus dijajah Israel.
Apa hal So Lek yang kau dok sebut hudud ke nak berzina lagi
Tiba-tiba je bekas Menteri Kesihatan, Chua So Lek yang dikait dengan video lucah sebut hudud bila komen tentang PAS.
Apa yang So Lek faham tentang hudud? Atau Hang takut kena rotan pasal Hang berzina dalam video.
Kita nak bagi So Lek ni faham la pertama Hang tu bukan Islam jangan takut pasal hudud kerana setakat ini yang digubal di Terengganu undang-undang itu dikuatkuasa kepada orang Islam. Hang selamat punya. Jangan bimbang. Jadi Hang tak perlu komen la pasal tu nanti sensitif.
Apa lagi kalau tak faham jangan komen. Jangan dok dengar pemimpin Umno yang tak reti basa tu cakap yang bukan-bukan tentang hudud.
Lagi pun kalau takat kes video So Lek tu jangan bimbang kerana hukum hudud tu memerlukan empat saksi video tak boleh jadi saksi. Jadi jelas So Lek memang terlepas punya dari kena hudud. Cuma kalau video tu orang Islam dia kena hukum takzir la. Tu pn nak tuduh kena ada bukti.
Takut nanti konspirasi politik nak jatuhkan si anu dan si anu jadi hukuman tu mesti adil.
Taktik sekatan ekonomi Iraq di laksana di Gaza
Langkah pertama rejim haram Yahudi memastikan Semenanjung Gaza lumpuh iaitu mengepung kawasan tersebut selama 18 bulan. Taktik ini seumpama Amerika Syarikat menggunakan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan sekatan ekonomi keatas Iraq.
Akhirnya ketenteraan udara Iraq lumpuh dan mudah bagi Amerika menyerang dan menawan Iraq.
Cara sama ini digunakan di Gaza. Apabila Hamas menang pilihan raya lalu dan memerintah Palestin, Yahudi mula memainkan peranan memecah belahkan umat Islam Palestin iaitu antara golongan Hamas dan Fatah yang disokong Mahmod Abas.
Dakyah Yahudi berjaya mencetuskan perang saudara antara kedua golongan tersebut dan memecahkan kawasan pemerintahan. Semenanjung Gaza diperintah Hamas dan Tebing Barat diperintah Mahmod Abas, Presiden Palestin.
Setelah pecah kawasan berjaya dilakukan Yahudi mula mengepung Gaza sehingga rakyat Gaza hidup dalam kesusahan. Pintu sempadan dengan Mesir pula tidak dibuka kerana Presiden Mesir, Hosni Mubarak geng Yahudi.
Yahudi menekan Mesir supaya sempadan tersebut tidak dibuka kerana mereka tidak mahu senjata dibawa masuk, sedangkan rakyat Palestin di Gaza mahukan makanan, ubatan dan keperluan harian serta bahan bakar.
Setelah 18 bulan Gaza dikepung dan Yahudi dapat memastikan Gaza mula lumpuh manakala rakyat yang tertekan keluar meninggalkan Gaza maka Yahudi menunggu bulan Muharam bulan yang diharamkan perang untuk memerangi Semenanjung Gaza.
Allah SWT tahu perancangan mereka dan mereka tahu Allah SWT tahu tetapi mereka adalah bangsa yang suka mencabar Allah. Ya Allah hancur puak Yahudi. Merekalah yang membawa kerosakan dimuka bumi mu ya Allah.
Rejim Israel sengaja serang kerana hendak lawan Allah
>> Ahad, Januari 04, 2009
Bani Israel merupakan bangsa awal dalam dunia dan terdapat dalam banyak kitab Allah SWT. Berbanding dengan bangsa kita Melayu tidak ada dalam kitab Allah. Nabi kita Muhammad saw bila menyebut bangsa tersebut tidak dipanggil Israel tetapi Yahudi memandang kekejaman dan kezaliman melampau puak tersebut.
Puak Israel ini pula mahu dipanggil dengan panggilan Israel tidak mahu dipanggil Yahudi sesuai dengan sejarahnya dalam banyak kitab Allah.
Jadi mereka ini bukan sembarangan orang memahami ketuhanan dan peraturan dan undang-undang yang Allah tentukan kepada mereka. Ilmu mereka hebat kerana Nabi banyak daripada bangsa mereka. Keturunan yang pernah makan makanan syurga ketika Nabi Musa as mendoakan makanan dari langit.
Mereka kenal Muhammad saw dan tahu hukum-hukum Allah. Dan Mereka sebenarnya cukup tahu dan memahami hukum perang iaitu Allah mengharamkan perang pada bulan Muharam.
Tetapi Yahudi ini golongan yang memang sengaja mahu lawan Allah. Serangan keatas Palestin dilakukan awal Hijrah bulan Muharam. Dan memang Yahudi ini sengaja bertindak demikian mencabar kekuasaan Allah SWT.
Apa yang sedihnya kita umat Islam tidak mampu menolong agama Allah. Negara Islam yang kaya raya simpan duit di Amerika Syarikat menjadikan dana yang cukup kukuh untuk negara jahanam tersebut memerangi orang Islam, serang Iraq, serang Afghanistan.
Inilah masalah kita terlalu banyak munafik yang akhirnya menjadi mangsa ialah umat Islam Palestin, Afghanistan dan Iraq. Jadi kita bukan sahaja berdepan dengan musuh nyata seperti Yahudi dan Amerika bahkan musuh tersembunyi pemimpin dan mereka yang munafik membantu Yahudi dan Amerika secara tidak langsung memerangi umat Islam.
Berani melawan arus 2008
>> Jumaat, Januari 02, 2009
Kalau ada anugerah kepada mereka yang berani pada tahun lepas 2008 terutama dalam melawan arus maka saya meletakkan Muntazer al-Zaidi orangnya.
Seorang wartawan yang berani bertindak dalam satu majlis semua memuji dan berbangga dengan Presiden Amerika Syarikat, Goerge Bush. Beliau berani melawan arus.
Di Malaysia mungkin orang ramai sudah melupakan Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi kerana keberaniannya menjelaskan kebenaran walaupun terpaksa menghadapi pelbagai ancaman terhadap keluarganya. Malah beliau amat berani kerana ia amat jarang dilakukan oleh mereka yang makan gaji.
Mereka yang makan gaji bulanan tidak akan bertindak sedemikian sebagaimana beliau menjelaskan kebenaran dalam majlis penerangan dan ceramah semasa pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh yang secara tidak langsung memberi ancaman kepada periuk nasi beliau.
Dan ternyata hasil keberaniannya, beliau ditukar ke tempat lain. Beliau mungkin memaklumi kesan itu semua akibat daripada tindakan beliau melawan arus. Tetapi kebenaran mengatasi segalanya. Itulah keimanan yang hebat yang ada pada beliau dan tidak ada pada kita.
Kalau ada anugerah beliaulah orang yang hebat kerana beliau berani melawan arus. Orang lain berani kerana dalam kelompok mereka tetapi beliau berani kerana bersama dalam kompok yang beliau terpaksa melawan arus.
Sikap seumpama ini hanya terpilih oleh Allah dan kita mendoakan semuga beliau ikhlas dan istiqomah dalam perjuangannya.
Selain itu kita juga memuji Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin kerana keberanian beliau melawan arus dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kerana Islam beliau bersedia dihukum dalam keputusan Majlis Tertinggi PKR apabila beliau orang yang berdepan dalam majlis yang dianjurkan Majlis Peguam yang membangkitkan kemarahan umat Islam.
Kita bermewah membakar wang dalam masa umat Islam Palestin di bunuh
>> Khamis, Januari 01, 2009
Kita bersedih umat Islam Palestin di bunuh. Pemimpin negara Islam hanya mampu mengutuk seperti kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak boleh menjatuhkan maruah pemimpin ketika mengulas Muntadzar al-Zaidi melempar kasut ke muka Goerge Bush Presiden Amerika. Kata Pak Lah cukup lah kita mengutuk tingkah laku pemimpin itu.
Nyawa orang Islam kita dibunuh hancur lebur cukup hanya kita kata kutuk Bush. Sedangkan hukum bunuh balas bunuh. Hukum tumbuk balas tumbuk.
Tetapi betul kita ini orang simpati dengan nasib sesama Islam kita yang dibunuh lalu kita mengeluarkan kenyataan mengutuk Amerika dan Israel? Betul ke tu?
Kalau betul sudah tentu kita merasa sedih kematian umat Islam di Palestin. Sudah tentu kita tidak menyambut tahun baru dengan bermewah dan meriah. Menghabis dan membakar wang berjuta ringgit kerana mercun dan bunga api. Ini yang kerajaan ajar pada rakyat. Sebab itu rakyat tetap suka bakar mercun walaupun dilarang. Sepatutnya wang itu kita salurkan kepada umat Islam Palestin bukan dibakar untuk puaskan hawa nafsu kita.
Negeri sembilan membatalkan hiburan selama seminggu kerana kematian Yang Dipertua Besar negeri itu. Kenapa ramai umat Islam Palestin meninggal kita tetap bersuka ria? Tiada rasa keprihatinan. Tiada kesedihan. Apa punya hati kita ini.
Dubai membatalkan sambutan tahun baru kerana mengingatkan tragedi pembunuhan umat Islam di Palestin yang diserang rejim kejam Israel.
Yang pelik pulak kerajaan Mesir tangkap 45 ahli Ikhwan yang mengadakan demontrasi mengutuk serangan Israel. Apa yang hebat artis Hollywood memboikot barangan Yahudi kerana serangan itu.
Inilah dunia umat Islam sebab itulah kita boleh dibuli Amerika dan Yahudi kerana kita sendiri tidak prihatin dengan sesama umat Islam kita. Kita tidak perasaan. Gelap hati daripada menjiwai nasib orang kita di Palestin.
Blog Archive
-
▼
2009
(308)
-
▼
Januari
(15)
- tentera kita tak payah jadi tentera jadi ngo perub...
- Semua berkomplot hapus Hamas
- PAS kalah jika undi 79% keatas
- Dah agak dah menghabiskan beras je
- Sidang khas parlimen petang ini apakah ia menghabi...
- Kita patut cemburu dengan orang Gaza yang dipilih ...
- Perlu memahami pengertian syukur secara Islam
- Jangan kita kata syukur masa orang lain bersedih
- Ada prikemanusiaankah Yahudi henti serang 10 Muharam?
- Fatah berpecah
- Apa hal So Lek yang kau dok sebut hudud ke nak ber...
- Taktik sekatan ekonomi Iraq di laksana di Gaza
- Rejim Israel sengaja serang kerana hendak lawan Allah
- Berani melawan arus 2008
- Kita bermewah membakar wang dalam masa umat Islam ...
-
▼
Januari
(15)