Buang Mohamad Sabu di Parlimen Kuala Terengganu kerana ada yang membesarkan isu syiah

>> Khamis, Disember 25, 2008

Nasib Mohamad Sabu iaitu Naib Presiden PAS agak malang kerana tidak berpeluang bertanding dalam pilihan raya kecil di Parlimen Kuala Terengganu dimana tempat beliau bertanding masa pilihan raya umum Mac lalu.
Terdapat sumber memberitahu orang Terengganu sengaja menimbul dan membesarkan isu syiah supaya nama Mohamad Sabu tidak menjadi pilihan kepada rakyat tempatan di Kuala Terengganu.
Saya pun pelik hebat benar rakyat Terengganu sehingga boleh menjadikan isu syiah sebagai keutamaan calon. Sedangkan kerajaan Malaysia mula menjalinkan hubungan yang erat dengan Iran tidak menimbulkan isu syiah.
Kenapa kita dapat pemimpin Terengganu yang sempit dan dangkal? Patut la kita payah menang kerana sombong tidak bertempat. Nabi ada memuji puak Salman al-Farisi kita pula buat musuh.
Tetapi pembalasan tu sekejap saja. Dengar khabarnya PAS tak berani umum calon masa ceramah di Kuala Ibai walaupun nama calon dikatakan telah diputuskan.
Bila Wan Farid diumumkan bertanding bagi calon Umno, PAS terpaksa tangguh kena cari calon muda juga. Jika tidak ramai pengundi muda akan beri pada Wan Farid.
Walaupun Wan Farid dikaitkan dengan isu `tembak orang' di Batu Buruk tetapi masih ramai rakyat Kuala Terengganu tidak pasti kerana kes tersebut masih dalam mahkamah.
Manipulasi akhbar juga memainkan peranan penting sehingga menutup kejadian sebenar di Batu Buruk dan menyukarkan rakyat Kuala Terengganu menilai kebenaran.

Read More...

Muntazer al-Zaidi patah tulang dipukul

>> Rabu, Disember 17, 2008

Ramai tertanya-tanya tentang nasib Muntazer al-Zaidi apabila ditahan polis Iraq selepas melempar kasut ke muka Presiden jahanam Amerika Syarikat, George Bush.

Kita rasa dalam kotak pemikiran kita dengan rakyat seluruh dunia hampir sama. Melakukan tindakan nekad dan berani terhadap pemimpin bongkak yang mahu menguasai dunia dan negara Islam itu bererti seksaan padahnya.

Memang betul al-Zadi diseksa. Siapa yang menyeksanya? Orang Islam di Iraq. Tali barut penjajah negara jahanam Amerika. Inilah pemikiran dunia ketiga mudah dijajah dan tidak sedar mereka dijadi hamba Amerika.

Memang terdapat sumber sahih diberitahu oleh saudara al-Zaidi, bernama Durgham katanya Zaidi mengalami patah tulang di bahagian tangan dan rusuknya.

Perkara ini dilaporkan oleh AFP pada 16 Dismber lalu.

"Tulang tangan dan rusuknya patah, juga terdapat koyakan di bahagian mata dan tangannya," kata Durgham.

Menurut Durgham, saudara lelakinya itu ditahan oleh pasukan Iraq dibawah komando Muaffaq al-Rubaie, di kompleks Zon Hijau di Baghdad Tengah. Disyaki agen pasukan keselamatan Iraq yang mematah tulang al-Zaidi.

Sementara sokongan terhadap al-Zaidi berterusan dari pelbagai negara. Bahkan Presiden Venezuela, Hugo Chavez ikut memuji tindakan yang dilakukan al-Zaidi. Di kota al-Sadar, ribuan rakyat Iraq mendesak bantahan umum agar menuntut al-Zaidi dibebaskan.

Read More...

Ceramah secara langsung malam ini 14 Disember

>> Ahad, Disember 14, 2008

Ceramah Perdana bersama YAB Dato' Seri Ir Mohd Nizar (MB Perak) dan YAB Dato' Seri Azizan Abd Razak (MB Kedah), pada 14 Disember 2008 bertempat di Kompleks PAS Batu 9, Kota Sarang Semut, Jam 9.00 malam menerusi WEBTV3.
Anda boleh klik WebTV PAS - TV3 disebelah kanan blog ini.

Read More...

Dendam Yahudi tidak berkesudahan

>> Isnin, Disember 08, 2008

Selamat hari raya Adiladha kepada semua umat Islam dan ummah dunia. Serangan orang Yahudi terhadap masjid di Tebing Barat, Palestin dengan tulisan menghina Nabi saw.

Tulisan dengan cat "Mati untuk orang Arab" dan penghinaan terhadap Nabi saw "Muhammad seekor babi" dalam bahasa Ibrani menunjukkan dendam orang Yahudi yang tidak berkesudahan terhadap Nabi saw dan orang Arab.

Golongan Yahudi ini tidak boleh menerima ketentuan Allah SWT bahawa nabi akhir zaman daripada bangsa Arab. Sirah ini menaikkan nama bangsa Arab berbanding Yahudi menyebabkan mereka cukup dengki dengan Arab dan Muhammad saw.

Read More...

Pihak masjid perlu buat kerja korban secara terbuka kepada semua kariah bukan dihadkan kepada golongan mereka sahaja

>> Ahad, Disember 07, 2008

Ia sebagai langkah memakmurkan masjid. Hari ini raya korban dan inilah peluang untuk kita menarik ramai kariah ke masjid bergotong royong. Kita beramai-ramai dan saling bantu membantu mengerjakan korban.
Bukan kita hadkan kepada orang kita sahaja sehingga mengadakan tali halangan supaya orang lain yang tidak kena mengena dengan kerja korban tidak boleh masuk untuk turut membantu sama.
Cara ini kita telah mengasingkan masyarakat bersama kita. Masyarakat yang ingin membantu dan meraikan hari raya pulang ke rumah selepas sembahyang raya sehingga mereka tidak merasa kebesaran hari raya korban yang sepatutnya dirai bersama.
Jadi kita harap pihak masjid baunglah pemikiran sempit dan tamak. Kalau ada pemikiran yang terfikir nanti korban tidak cukup untuk dibahagi kerana ramai sangat pekerja. Itulah menunjukkan tumpul dan sempit sangat pemikiran pihak masjid. Pihak masjid jenis ini rasa terlalu tamak dalam hatinya.
Tidak semua mereka yang datang ingin bersama merai dan membantu hendak sangat kepada daging korban kalau ada yang bagi mereka akan ambil kalau tidak dapat tidak kenapa. Rezeki Allah itu lebih hebat lagi.
Jadi kita harap pihak masjid ini terbuka lah pemikiran jadi macam orang kampung yang buat korban dekat masjid dan surau tidak halang orang ramai hendak datang membantu. Makin ramai tambah meriah dan makin cepat.
Kita ambillah yang baik dari kampung itu untuk kita realisasikan di bandar. Buanglah pemikiran sempit dan kolot yang dijajah oleh sifat tamak itu. Kita terbukakan pemikiran kita supaya ibadah korban mendatangkan kebaikan sehingga membentuk orang ramai menyukai dan menyangi masjd.
Jadikanlah ibadah itu peluang untuk menarik orang ramai ke masjid? Kenapa kita hendak menghalang orang ke masjid? Kenapa kita tidak mahu bersama dengan orang kampung yang ingin datang dan membantu kita? Kenapa harus ada sekatan dan pas tertentu? Lihat dan dengarilah hikmat korban. Islam akan rugi kalau mempunyai orang masjid seperti ini.

Read More...

Kenapa pembangunan cerun bukit masih berlaku, apakah ia berkait dengan rasuah

>> Sabtu, Disember 06, 2008

Peraturan tidak membenarkan pembangunan dicerun bukit sudha lama dibuat berikutan negara kerap kali berlaku tanah runtuh yang meranap rumah, jalan raya dan nyawa tetapi kenapa pembangunan ditempat tersebut masih juga berlaku.
Pembangunan di Bukit Antarabangsa telah lama diluluskan iaitu sebelum Pakatan Rakyat memerintah sebaliknya dalam masa tersebut banyak projek perumahan di luluskan. Kenapa ni Khir Toyo?
Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan peraturan tersebut makin dikuatkuasakan selepas mengambil alih pemerintahan bulan Mac lalu. Jadi kelulusan projek tersebut berlaku sebelum PR memerintah.
Jadi Pak Lah yang nak bising sangat kerajaan negeri Selangor kena kuatkuasakan pembangunan di cerun bukit dilarang ni apa hal? Pak Lah kena sedar sikit masa sapa berlaku ni. Ke ada rasuah.
Kita harap Pak Lah patut menyesali kerana puak kamu memerintah menyebabkan bencana ini berlaku.

Read More...

Pemuda PAS jangan ghairah menghukum guna otak supaya bijaksana

Apakah penganjuran kempen I Dance termasuk perkara mungkar yang patut dicegah kerajaan negeri Pulau Pinang yang menerapkan slogan amal makruf nahi mungkar.

Majlis Fatwa tidak mengharamkan tarian jalanan tersebut. Konsepnya sama bolasepak jalanan. Kalau ia didakwa mendatangkan masalah sosial kerajaan bolehkan melakukan kawalan terhadap program tersebut bukan membantah dan melarangkan daripada dianjurkan program yang menjadi kesukaan anak muda sekarang.

Pemuda PAS Pulau Pinang kena pastikan dua kenyataan berbeza antara kawalan dan bantahan. Pemuda PAS jangan menimbulkan pemusuhan dengan anak muda yang ada ketikanya mahukan hiburan selagi tidak bercanggah dengan Islam tidak sebagaimana yoga yang difatwakan haram oleh Majlis Fatwa.

Kita harap pemuda PAS lebih baik memberi idea bagaimana program tersebut boleh selari dengan syariat Islam bukannya asyik menghukum melulu sedangkan arak yang dinaskan haram pun kita mahu ia diminum dan dijual secara kawalan supaya umat Islam tidak terlibat. Apa salahnya kita mengambil pendekatan ini kepada anak muda. Terpulang kepada otak pemuda PAS bagaimana hendak memastikan program tersebut tidak memberi impak besar kepada masalah sosial.

Read More...

Kemusnahan ekonomi Amerika kerana menyerang negara Islam

>> Selasa, Disember 02, 2008

Buat pertama kali Presiden Amerika Syarikat, George Bush mengakui tiada senjata pemusnah di Iraq dan menyalahkan perisikan tenteranya yang memberi maklumat tidak betul.
Beliau berkata demikian ketika diwawancara oleh ABC News.
Ikhlaskan pengakuan Bush itu setelah ramai jiwa tidak berdosa hapus kerana senjata ganas tentera Amerika.
Atau sekadar pengakuan menarik simpati rakyatnya dan negara umat Islam lain setelah beliau berjaya menjajah Iraq dan Afghanistan.
Atau beliau cukup terasa banyak wang dibelanjakan bagi mencapai maksud beliau menguasai negara Islam. Perbelanjaan yang cukup besar itu menyebabkan kemusnahan ekonomi Amerika yang cukup teruk. Perbelanjaan yang tidak keseimbangan antara dalam negara dan misi luar negaranya. Rakyat Amerika cukup kesal dengan tumpuan dan perbelanjaan besar dasar luarnya dan kesannya mula terasa bagi Amerika.
Bagi mengatasi masalah rumit tersebut rakyat Amerika terpaksa memilih Presidennya daripada kulit hitam yang sukar diterima oleh kaum kulit putih. Bagi mereka (kulit putih) ini jalan penyelamat daripada kemusnahan kaum mereka sendiri.

Read More...

Kerusi tak berhati perut

>> Ahad, November 30, 2008

Kawan kita dekat Kuala Terengganu baru sahaja meninggal. Orang kata tanah masih merah lagi, tok laki dah galak nak nikah lagi.
Itulah kerusi mungkin kerana handsome atau kerusi bertatah emas. Menjadi rebutan orang politik.
Jahatnya orang politik ni langsung tidak terasa kawan tu baru sahaja meninggal. Belum tanam lagi dah berkira sapa bertanding. Keluar kenyataan tetap pertahankan kerusi daripada dicabul orag lain.
Terasa juga keluarga Datuk Razali Ismail. Sabar aje lah itu karenah orang politik. Lambat persediaan kerusi dikebas orang. Yang dok berkira sangat nak rebut kerusi tu Umno dan PAS tak tahu la kalau PKR mah campur tangan tapi berani ke dia berdepan dengan Mustafa Ali.
Datuk Mustafa ni hebat orangnya kalau berdepan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim beluam tentu lagi Anwar boleh menang. Lain la kalau Anwar berdepan dengan Dr Hatta Ramli, Khalid Samad atau Husam Musa. Anwar boleh buat sambal je tu.
Pasal tu Khalid janganlah marah kalau orang pecat daripada Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor kerana demo tidak ada ketokohan mempertahankan hak PAS bila berurusan dengan PKR. Kalau sikap macam ni bila PAS nak menang pilihan raya umum akan datang.
KHalid ni pun silap nama sama dengna sahabat Nabi saw. Patutnya ikut sifat khalid apabila dipecat mengetuai pasukan perang bersikap lebih dengan rapat Allah bukan marah orang lain. Kalau khalid sahabat Nabi saw nak buat macam Khalid Samad pun boleh jumpa orang Yahudi berpakat tetapi Khalid diam tidak guna pula alat komunikasi orang Yahudi untuk lawan balik Khalifah Umar.
Berbalik pada kerusi tadi saya syukur juga la ada pihak berlapik sebelum buat kenyataan tentang bertanding di Kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Adalah tu beberapa pemimpin PAS. Comel la tu. Sekurang-kurang jaga hati keluarga arwah Razali.
Tapi nak wat ghuana tu la perangai orang politik. Belum menang pelbagai janji bila menang pelbagai alasan.

Read More...

Kerajaan menyesal kesilapan naik harga minyak

>> Rabu, November 12, 2008

Apa yang sebenarnya berlaku ialah kekesalan kerajaan yang tidak berkesudahan apabila menaikkan harga minyak.
Kenaikan itu menyebabkan kenaikan inflasi yang paling tinggi berlaku dalam sejarah negara. Sekarang mahu 30 peratus potongan bulanan KWSP mahu diberi kepada rakyat supaya rakyat berbelanja bagi merancakkan aliran duit negara.
Jika rakyat tidak berbelanja ekonomi terus lembab, tidak bermaya. Ini tindakan spontan rakyat yang memberi kesan kepada negara.
Walaupun kerajaan sudah menyesal tapi masih bengong kerana hendak pertahankan golongan korporat dan konglomerat yang telah beri sumbangan kepada mereka pada pilihan raya umum lalu.
Sebab itu kerajaan tidak berani desak mereka turun harga barangan sebaliknya guna media burukkan peniaga bawah tidak turun harga barang setelah harga minyak turun.
Dengan menggunakan wang KWSP pula rupanya kerajaan tidak menyesal sangat pun kerana menaikkan harga minyak Mei lalu. Cuma kerajaan mahu terus cari jalan rancakkan ekonomi tetapi tidak berani arahkan pembekal dan pemborong turunkan harga barang.
Pembekal dan pemborong duduk semeja bulat dengan menteri bila berunding harga sesuatu komoditi naik. Jadi kalau mahu turunkan harga barang kenapa tidak boleh semeja pula. Apakah dah banyak sangat politik wang dalam pilihan raya umum lalu terpaksa serah pembekal dan pemborong buat keputusan bukan menteri.
Teruknya negara kita

Read More...

Berjuanglah untuk masyarakat bukan berpolitik

Tersenyum kambing bila terbaca ada pihak Protes mengaku harga minyak turun kerana bantahan dan tunjuk perasaan pihaknya selepas kenaikan harga minyak.

Hendak tahu apa dia senyum kambing kena tanya Menteri Asas Tani, Datuk Mustafa Mohamad atau mahu lebih jelas lagi tanya menteri berilmu, Menteri Pelajaran, Datuk Hishamuddin Husein.

Sejak bila Protes di tubuh iaitu semasa kenaikan harga minyak 30 sen daripada RM1.62 kepada RM1.92 tahun lalu. Semasa itu rancaklah protes maklumlah dekat pilihan raya. Selepas pilihan raya minyak diumum naik hingga 70 sen.

Walaupun ada demo besar di Kampung Baru selepas kenaikan minyak dan perhimpunan di stadium tetapi apa yang jelasnya tiada kesungguhan selepas itu mahu memastikan minyak turun. Anwar Ibrahim dalam debat 15 Julai pula berkata bersedia turun 50 sen.

Rakyat mahu harga minyak turun rendah daripada kenaikan 30 sen menjadikan RM1.92 tetapi kerana tiada pilihan lain yang ditawar pemimpin politik jadi setakat itu Anwar jadi pilihan.

Read More...

Bomoh kampung temui ubat luka diabetis sebelum doktor Amerika lagi

>> Isnin, Oktober 27, 2008

Bomoh kampung sudah lama menemui ubat untuk luka kepada mereka yang berpenyakit kencing manis. Seorang kenalan yang ditemui di Surau Buluh Kampung Tengah Cukai, Kemaman, menceritakan bagaimana datuknya yang juga terkenal sebagai bomoh mengubati sendiri luka dikaki beliau.
Luka yang tidak sembuh dan mengundang bau yang tidak enak itu menyebabkan ahli keluarga mahu beliau di rawat di hospital. Sebaliknya bomoh tersebut meminta ahli keluarganya mencari madu lebah.
"Kamu pergi cari madu lebah," kata bomoh kepada anak buahnya. Selepas madu itu diperolehi beliau mahu meminta anak buahnya tidak menganggu dan mahu merawat sendiri lukanya.
Selang seminggu keluarga bomoh tersebut mahu menemui bomoh tersebut dan diizinkan masuk. Ahli keluarga yang hadir terkejut kerana mendapati luka dikaki beliau sudah sembuh.
Madu yang diminta cari oleh bomoh tersebut dijadikan ubat bagi menyembuhkan luka dikaki beliau.
Cuma saya tidak pasti sama ada bomoh itu masih hidup atau tidak kerana kenalan tersebut mencerita secara gopoh kerana hajat beliau ke tempat lain. Saya pun tidak sempat bertanya panjang. Lagi pun masa itu orang masih menyambut raya. Masing-masing sibut dengan urusan raya.
Saya menceritakan ini kerana terbaca berita mengatakan doktor dari Amerika Syarikat menggunakan madu untuk mengubati luka penyakit kencing manis. Maknanya siapa yang lebih hebat? Cuma orang Melayu ini tidak besar kepala. Tidak mahu menunjuk-nunjuk.

Commission on Scientific Signs of Qur’an & Sunnah adalah lembaga pengkajian aspek Sains dan teknologi dalam al-Qur’an dan Sunnah.
Didirikan pada tahun 1987 di bawah suvervisi Rabithah Alam Islami di Makkah Al-Mukarromah.
Pengasasnya adalah seorang ulama asal Yaman, Syekh Abdul Majid Zendani. Beliau adalah seorang ahli farmasi yang sangat menguasasi sains moden, tafsir dan hadits. Sekarang dipimpin oleh Syekh Dr. Abdullah Al-Mushlih, seorang ulama Saudi Arabia.

Majalah Al-I’jaz Al-Ilmi No 30, Jumadil Akhir 1429
Seorang doktor wanita Amerika mengakui kebenaran yang disebut al-Quran al-Karim dan dijelaskan Rasul Saw lebih dari 14 abad silam.
Kebenaran tersebut ialah dalam madu lebah terdapat kandungan ubat untuk manusia.
Pengubatan terhadap penyakit diabetis merupakan bahagian manfaat perubatan yang luar biasa yang terkandung dalam madu lebah yang sudah di rekmen dalam dunia kedoktoran Islam.
Yang baru dari penemuan tersebut ialah kalangan ilmuan Amerika merekomendasikan keharusan merujuk (mejadikan referensi) kepada warisan Islam terkait dengan pengubatan melalui madu lebah.
Pada tahun 2002, Catherina Hulbert, seorang warga negara Amerika mengalami kecelakaan jalan raya yang mengakibatkan kakinya luka parah. Ketika kecelakaan itu dia sudah menderita penyakit diabetis.
Seba itu lukanya tidak sembuh walaupun pelbagai ubat dan anti biotik digunakan. Masalah seperti itu dialami selama lapan bulan.
Setelah melihat kondisi lukanya yang tidak juga baik, maka Dr Jennifer Eddy dari fakulti kedoktoran Universiti Wisconsin menganjurkan untuk menggunakan madu lebah sebagai ubat yang disapu di tempat luka.
Setelah beberapa bulan melakukan rawatan dengan madu lebah tersebut luka kaki Catherina Hulbert pun sembuh secara total. Kes tersebut menyebabkan Dr Jennifer Eddy memperoleh sokongan dari Akedemi Amerika Untuk Doktor Keluarga di wilayah Wisconsin untuk meneruskan kajiannya khusus pengubatan melalui madu lebah.
Dr Jennifer juga menjelaskan, sebelumnya dia juga pernah mengubati salah seorang pesakit diabetis yang sedang menghadapi fonis amputasi setelah berbagai pengubatan yang dijalankan pesakit mengalami kegagalan.
Dr Jennifer juga menambah bahawa terbuktilah sudah di kalangan para ahli medik bahawa mengubati luka akibat diabetis dengan madu lebah memiliki manafaat yang banyak, khususnya bagi para pengidap penyakit diabetes di dunia ketika ini seramai 200 juta orang.
15 % dari mereka mengalami sampai ke tingkat kronik atau membusuk sebagai akibat dari hilangnya deria rasa di kaki mereka.
Pembelanjaan operasi amputasi di Amerika saja mencapai USD 11 juta pertahun. Jennifer menambah, kes Catherina Hulbert merupakan contoh nyata bagi para penderita diabetes yang mungkin diselamatkan dari kehilangan anggota tubuh mereka dengan biaya yang sangat ringan.
Seperti yang diketahui bahawa penderita diabetes mengalami penurunan kelancaran darah dalam pembulu darah mereka dan lemahnya tingkat imuniti terhadap berbagai penyakit. Ditambah lagi antibiotik yang diberikan untuk mengubati luka diabetes tidak bermanfaat disebabkan bakteri Staphylococcus Aurous akan membentuk perlawanannya sendiri. Sedangkan madu lebah menciptakan perlawanan terhadap bakteria dengan berbagai cara.
Sebab itu dianggap sebagai pengubatan paling efektif bagi penyembuhan luka akibat diabetes.
Dalam madu lebah juga terdapat zat asam yang mudah berinteraksi dan tingkat kelembaban yang rendah sehingga menyebabkan madu lebah tersebut mudah membunuh bakteria.
Di tambah lagi adanya enzim yang mengeluarkan acid hydrogen yang berfungsi membersihkan luka sehingga mudah membunuh semua bakteria yang ada.
Akhirnya, sesungguhnya pengubatan dengan madu lebah telah menjadi masalah yang sangat menarik perhatian para ilmuan di bidang kesihatan seluruh dunia, khususnya pusat yang memerangi berbagai penyakit dan organisasi kesihatan antarabangsa dalam keadaan meningkatnya pelbagai jenis bakteria yang mampu melawan ubat antibiotik lainnya.
Dr Jennifer juga menekankan keharusan mendahulukan pengubatan dengan madu kerana pembusukan akibat diabetes bukan perkara mudah.
Sungguh benarlah firman Allah dalam al-Qur’an surah Annah : 68 – 69 :
وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ (68) ثُمَّ كُلِي مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (69)
Dan Tuhan Penciptamu mewahyukan kepada lebah: "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia".(68) Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan. (QS Annahl : 68 – 69)

Read More...

Jahatnya raya hingga anakku tak mahu puasa syawal

>> Khamis, Oktober 16, 2008

Hendak salahkan siapa? Ustaz-ustaz pun setuju beraya buat rumah terbuka dalam bulan syawal. Ustaz ni bila bak makan tak ada yang nak dikritiknya, semua kira setuju baik cakap kat radio ke, tv ke.
Tidak sedarkan Ustaz ni kerana rumah terbuka sambut raya keterlaluan menyebabkan anak-nak kita payah nak berpuasa enam hari di bulan syawal.
Kalangan ustaz ni juga yang setuju tahlil makan arwah. Ini semua pasal makan. Pasal makan pasal duit kalangan ustaz belakangkan sirah sebenar Rasulullah apabila berlaku kematian.
Masa zaman Rasulullah saw jiran yang datang bawa makanan untuk hiburkan keluarga simati yang sedang bersedih.
Tapi zaman kita ni pelik pasal ustaz tak tegah kerana makan punya pasal. Sepatutnya terang ajaran sebenar. Jangan berselindung kerana mahu membesarkan perut sahaja.
Orang yang sedang bersedih jangan kita tambah kepayahan kepada mereka. Ini bukan orang beriman namanya kerana tidak beriman seorang itu selagi dia tidak mengasihi muslim lain sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.
Tapi kita tengok amalan ini payah untuk kita lakukan. Bila makan kita pentingkan diri sendiri. Bahagian sedap tu kalau boleh kita sahaja yang mahu, orang lain kemudian kira. Kita tidak boleh contohi Saidina Umar mengutamakan rakyatnya makan bahagian yang enak daripada keutamaan dirinya.
Kalau ada orang macam Umar dalam PAS rasanya kita tidak perlu Anwar kita boleh menang dengan keupyaan sendiri. Kerana akhlak Islam itu indah.
Ada kawan saya kata itu soal kecil tetapi soal kecil lah menunjukkan sama ada mulia atau tidak akhlak pemimpin. Daripada soal kecil itu menunjukkan mereka ikhlas atau tidak memperjuangkan Islam. Contoh yang lebih jelas ialah kisah pemuda Perak berbaju pagoda baiki tayar seorang ustaz yang terkandas di negeri itu. Servis terbaik dan percuma. Sebab itu dia terpilih oleh Allah menjadi Menteri Besar, Perak.
Berbalik pada rumah terbuka syawal, ia benar-benar menganggu anak-anak kita untuk berpuasa enam hari syawal.
Sepatutnya kita orang Islam keutamaan makan itu dibuat pada bulan Ramadhan terutama meraikan orang miskin, anak yatim dan lain-lain. Lagi besar pahala kerana amalan bulan Ramadan itu berlipat kali ganda pahalanya.
Tetapi kita tidak ambil kesempatan itu sepenuhnya kerana kalangan Ustaz ini tidak menjelas perkara sebenar. Ustaz kaki makan ni dia kira sapu untuk makan sahaja tidak jelaskan mana yang lebih keutamaan.
Sepatutnya bagi yang ada duit sekadar untuk adakan satu majlis makan, buatlah pada bulan Ramadan. Lagi besar pahala terutama yang makan itu orang miskin dan anak yatim. Boleh diniatkan untuk arwah. Lagi untung.
Tetapi kalau dibulan puasa tidak buat majlis makan tiba-tiba syawal buat makan. Apa untungnya kita menjadi orang Islam. Kita tidak memberi keutamaan kepada Ramadan sebalik lebih kepada rumah terbuka bulan syawal.
Kerana itulah kita lebih terikut dengan Barat bukan kerana Islam. Sebab itu kita kena kaji semula pemikiran dan pemahaman hidup kita tentang Islam. Kita sekarang makin tidak faham dan keliru denagn Islam kerana telah dirasuki cara hidup barat.

Read More...

Kereta Hasbullah ditembak polis

>> Ahad, Oktober 12, 2008

Pagi ini saya buka Harakahdaily tertarik dengan tajuk Kereta Hasbullah ditembak polis? diruang Catatan Wartawan. Rupanya sahabat saya dari Kuala Lipis menulis. Beliau wartawan Harakah Temerloh, Basiron Abdul Wahab.
Tajuk story beliau cukup menarik pembaca. Tajuk seperti ini jarang kita ketemui dalam akhbar atau online negara kita tetapi mungkin ia perkara biasa di negara barat.
Mungkin juga orang lain seperti saya mahu maklumat lebih lanjut mengenai cerita tersebut. Cerita tentang bagaimana dengan nasib pengguna lain selain Hasbullah. Ini kerana Hasbullah memotong kenderaan lain bermakna bagaimana nasib pengguna jalan raya yang dipotong Hasbullah apakah mereka tidak ditembak.
Bagaimanapun kita memahami Basiron cuti raya jadi bukanlah menjadi tugas beliau untuk mencari pengguna kenderaan lain. Apa lagi pengguna tersebut bukan orang kampung beliau tidak seperti Hasbullah yang datang kepada beliau untuk jadi bahan tulisan.
Seperti Basiron gurau dengan Hasbullah saya juga mahu katakan kepada beliau doa selamat mudah sahaja. Sama-sama pakat doa lah. Tetapi perkara utama yang perlu dibuat dalam keadaan macam itu ialah sujud syukur. Setengah ulama kata tak perlu ada wuduk pun terus boleh sujud syukur.
Tetapi apa yang payahnya gurauan Basiron ialah memahaminya sepertimana kefahaman orang Melayu `doa selamat' bererti buat `kenduri doa selamat'. Inilah yang memeningkan Hasbullah. Sudahlah kawan tu perlu keluar belanja baiki cermin dan kereta rosak ditembak sebaliknya ditambah lagi beban dengan kawan kita yang suruh buat doa selamat.
Kita harus ingat Islam itu tidak memayahkan umatnya. Maksud hadis: "Tidak beriman seorang itu selagi tidak mengasihi sahabatnya seperti mana mengasihi diri sendiri." Jadi Hasbullah ditimpa musibah jadi jangan kita bebankan beliau dengan kenduri doa selamat.
Kita lah yang sepatutnya doakan keselamatan untuk beliau dan bebanan yang beliau tepaksa tanggung. Jadilah kita manusia yang memahami bukan menindas masa sahabat kita ditimpa bencana. Begitulah juga dengan kenduri arwah. Ingatlah masa orang tengah bersedih kita kalangan ustaz bebankan mereka suruh sediakan makan untuk mereka bertahlil. Ada ke patut. Barangkali puak ini tahu makan je kerja dia tak da makan tak da tahlil.

Read More...

Sahabat seperjuangan meninggal di Mekah

>> Ahad, September 07, 2008

Agak lama saya tak menulis kerana marah dan maki broadband maxis tetapi pagi tadi saya dapat SMS yang cukup mengejutkan saya dan secara tidak langsung terlintas sahabat rapat yang telah pergi. Kerana ini saya terpaksa juga menulis walaupun cukup benci dengan kelambatan maxis.
Semasa sahur tadi ada sahabat dari kampung hantar SMS bertulis "Abg Li (Kg Ramli) meninggal d Mekah 1.30 am tadi (Maghrib). Al-Fatihah semoga d cucuri rahmat atas rohnya."
Saya nak sahih betul ke Abang Ali, imam Surau Ramli Batu 5 1/3 dekat simpang ke Kampung Lalang meninggal, lalu menghubungi balik.
Mie bagi tahu: "Abang Li imam kita tu la katanya." Saya tanya balik: "Abng Li buat umrah ke." Jawab Mie: "Abang Li pergi dengan isteri dia."
Jadi sahihlah guru pertama saya dalam politik Islam atau siasah syariah pada 1985 kembali ke rahmatullah di Mekah. Isteri saya secara spontan berkata: "Best la meninggal di Mekah," bila diberitahu Abang Li yang pernah beliau ziarah pada hari raya telah meninggal.
Termenung juga dengar perkataan ringkas itu. Teringat juga sahabat-sahabat yang ke Mekah mendoakan supaya meninggal di sana. Walaupun saya tidak sempat hendak buka buku tetapi teringat juga hadis yang pernah saya baca mengenai kelebihan meningal di Mekah dan Madinah.
Mereka yang mengetahui hadis ini akan mendoakan supaya Allah mengambil rohnya di dua tanah tersebut.
Teringat juga betapa banyak mehnaj dan tribulasi yang dilalui Abang Ali sejak mula menegakkan PAS di Binjai dan sehingga akhir kehidupannya tetapi bila beliau meninggal di Mekah dalam bulan Ramadan menunjukkan betapa ujian yang dilalui selama ini dibalas oleh Allah dengan kemuliaan yang cukup tinggi.
Abang Ali atau nama penuhnya Mohd Ramli Embong mempunyai kesabaran yang cukup tinggi walaupun banyak tuduhan dilemparkan kepada beliau.
Saya juga pernah dituduh mempelajari ilmu sesat oleh orang kampung kerana pergi ke surau beliau atau surau orang PAS di Binjai.
Sebelum saya berminat dengan PAS, saya melihat beliau dan orang PAS di situ seperti orang asing kerana di pulau oleh masyarakat kampung, diberi gambaran yang cukup buruk dan jahat.
Walaupun begitu kesedaran hasil daripada mendengar ceramah ustaz Ghazali Hasbulah yang berani menegur kesalahan pemimpin mengubah fahaman saya bahawa Islam itu bukan ibadah sahaja.
Daripada situ saya bertambah minat mendengar ceramah hingga penceramah Tuan Guru Abdul Hadi dan mengikut kawan sertai Tabligh. Dan kemudian rapat dengan surau Abang Li.
Bagaimanapun saya lah manusia yang paling gagal bila beliau meninggal. Saya rasa cukup kecewa kerana insan yang mempunyai khazanah ilmu dan pengalaman yang banyak di kampung Binjai meninggal sebelum sempat saya menunaikan hasrat saya.
Saya bercita-cita untuk membukukan perjuangan beliau serta serta sejarah penubuhan PAS bersama sahabat beliau menegakkan Islam di kampung Binjai.
Beliau juga mengharapkan saya dapat membantu beliau menyaman kerajaan negeri Terengganu kerana mengantung beliau daripada jawatan Imam di Masjid Binjai, Batu 4 1/2.
Beliau memperolehi jawatan itu semasa PAS memerintah negeri itu pada pilihan raya umum 1999.
Pada tahun lepas beliau digantung daripada bertugas jawatan tersebut. Saya ajukan perkara ini kepada sahabat di Kuala Terengganu supaya mengambil tindakan tetapi saya tidak tahu apa cerita selanjutnya.
Namun begitu bukanlah perkara saman yang mahu ditegakkan tetapi soal kebenaran dan Abang Li juga sebenarnya orang yang bertanggungjawab dengan amanahnya. Beliau setiap kali memastikan masjid tersebut selamat sebelum meninggalkan masjid selepas solat Isyak. Beliau tidak nanti tok siak yang melakukannya.

Read More...

حكومة هنية: التيار الانقلابي وصل إلى مرحلة خدمة الاحتلال والنيابة عنه في القتل والإرهاب

>> Ahad, Julai 27, 2008

أعطت تعليماتها لكشف الجناة وتعهدت بتقديمهم للعدالة

الطفلة سيرين كان من بين ضحايا مجزرة شاطئ غزة


غزة - المركز الفلسطيني للإعلام
أكدت الحكومة الفلسطينية الشرعية برئاسة إسماعيل هنية أن مجزرة شاطئ غزة، التي ارتكبت مساء أمس الجمعة (25/7) "تحمل دلالات سياسية توضح وصول التيار الانقلابي إلى مرحلة خدمة الاحتلال والنيابة عنه في القتل والإرهاب".
وقالت الحكومة في بيان لها، عقب اجتماع طارئ صباح اليوم السبت (26/7) ناقشت خلاله التفجيرات التي وقعت يوم أمس، "إنها وقفت على تداعيات هذه الجريمة البشعة ومؤشراتها وانعكاساتها وآخر نتائج التحقيق الذي تجريه الأجهزة الأمنية الخاصة بالجهة التي تقف خلف هذا العمل الإجرامي، الذي أكدت أنه يحمل دلالات سياسية توضح وصول التيار الانقلابي إلى مرحلة خدمة الاحتلال والنيابة عنه في القتل والإرهاب".
ونعت الحكومة في البيان الذي تلقى "المركز الفلسطيني للإعلام" نسخة منه الشهداء الذين ارتقوا إلى العلا "ونتقدم من شعبنا ومن عوائلهم الكرام بأحر التعازي سائلين المولى العلي القدير ان يدخلهم واسع رحمته وجنانه".
وشددت على أن الهدف الحقيقي لهذه العمليات الإجرامية هو "ضرب حالة الهدوء والأمن الذي يعيشه قطاع غزة لذلك"، مؤكدة "أننا لن تسمح لأي جهة كانت أو أي فئة العبث في ساحتنا الأمنية الداخلية وقالت "سيبقى القطاع واحة للأمن بإذن الله".
وأعلنت أنها أصدرت توجيهاتها إلى وزارة الداخلية والأجهزة الأمنية الشرطية بسرعة الكشف عن المتورطين في هذه الجريمة البشعة، متوعدة بأن "يد العدالة ستطالهم وينفذ فيهم الأحكام العادلة والحازمة ليكونوا عبرة لكل من تسول له نفسه التجرؤ على الدم الفلسطيني".
واعتبرت أن "محاولة تبرير بعض الناطقين في سلطة رام الله والناطق باسم الرئاسة نبيل أبو ردينه للعمل الإجرامي الذي وقع وإلقاء التهم العارية عن الصحة جزافاً يؤشر إلى وجود مخططات خطيرة تذكر بعمليات اغتيال سابقة".
وقالت: "في الوقت الذي تؤكد فيه الحكومة على حرية العمل السياسي؛ فإننا نفرق بين العمل السياسي والعمل الإجرامي والتخطيط لعمليات إرهابية من النوع الذي وقعت يوم أمس وإعطائها الغطاء التنظيمي".
وشددت الحكومة على أن ما تروجه مواقع ووسائل حركة "فتح" الإعلامية وما يسمى تلفزيون فلسطين من الاحتفال بالهجمات الإجرامية التي وقعت يوم أمس "مؤشر حقيقي حول الأهداف السياسية لهذه العمليات الإجرامية".
ودعت الفصائل الفلسطينية إلى اتخاذ مواقف حاسمة جراء هذه العمليات الإجرامية ورفع الغطاء التنظيمي عن أي جهة يثبت تورطها فيها مشددة على التفريق بين سلاح المقاومة وسلاح الفوضى والفلتان وفلول التيار الانقلابي.

Read More...

Gaza police spokesman: We seized big amounts of munitions

GAZA, (PIC)-- Islam Shahwan, the Gaza police spokesman, on Saturday said that his forces managed to seize big amounts of weapons and ammunition used by remnants of the coup trend within Fatah to spread security chaos in the Gaza Strip.
Shahwan told the PIC that the seized explosive devices were the same used in the attack on the house of MP Marwan Abu Ras.
He said that among the weapons and ammunition seized were RPGs that were being prepared for use to create more security chaos.
The spokesman said that the police force was pursuing certain leads and that the truth would be unveiled before the masses when the culprits and their inciters are captured.
The recent spate of arrests aimed at certain persons known for their involvement in previous disorderly incidents, he explained, adding that the measure is part of a security plan to uncover the culprits.
All those involved in criminal acts would stand trial and all those not involved would be released, he asserted.

Read More...

Memang berdisiplin tapi tidak dluar seolah mahu perang

>> Sabtu, Julai 26, 2008

SEMALAM jumpa orang Kampung Pasir Gajah Kemaman Terengganu. Dia cerita malu dengan Ahli Parlimennya, Datuk Ahmad Shabery Cheek kerana berani berdebat dengan Anwar tetapi akhirnya gagal dan bawa malu orang kampung sebagai title menteri.
Sebelum itu saya ada terima panggilan telefon dari Chukai Kemaman. Mat Awi kawan saya cerita orang cukup malu dengan Ahmad Shabery. Hujahnya cukup memalukan. Awalnya sahaja yang menarik selepas itu dah mula nak mengata. Soalan yang ditanya lain yang dicakap.
Betul laman Pemuda Umno kata `kantoi'. Nasib malanglah Shabery cuba menonjol dalam Umno tetapi gagal. Peluang nak bertanding Naib Presiden akhirnya tak kecapaian. Shabery mungkin mahu pergi jauh dalam karier politiknya tetapi langkah yang diambil akhirnya membunuh masa depan beliau.
Mat Awi ada juga bertanyakan kerana beliau menonton secara langsung di tv katnya hebat debat, boleh diadakan lagi, penonton pun berdisiplin.
Saya kata memang berdisiplin kerana saya ada dalam dewan Tun Nasir Dewan Bahasa dan Pustaka itu hari tetapi mereka tidak nampak dekat luar nak masuk dewan.
Suasana macam nak perang. Sebab itu Anwar yang lihat keadaan polis dan pasukan keselamatan lebih ramai daripada penonton ketika sampai di program tersebut terasa malam itu juga beliau akan ditangkap.
Anwar hebat orangnya walaupun keadaan tertekan dengan cara polis tangani beliau tetapi mampu meneruskan hujah dengan tenang dan meyakinkan walaupun ada Bernama kata belum cukup mampan.... Kalau nak mampan bagi Anwar jadi Perdana Menteri la Bernama.
Hari Ahad lalu di Shah Alam di program Paksi berjumpa dengan Suria kawan kat harakah dulu. Tanya dia tak tengok debat? Dia kata tak kena arah balik awal. Suruh kosongkan DBP dan polis kawal habis. Itulah cerita belakang tabir debat. Manis di tv bila buka baju berterabur pekung.

Read More...

IOF kidnap father of girl that filmed soldier shooting handcuffed detainee

>> Khamis, Julai 24, 2008

RAMALLAH, (PIC)-- IOF troops on Wednesday kidnapped Jamal Omaira, the father of the girl who filmed an IOF soldier while shooting at a handcuffed, blindfolded Palestinian detainee in Na'lin village west of Ramallah city a few days ago.
The soldier said that he was following orders of his commander who ordered him to shoot at the helpless detainee.
In the meantime, large numbers of IOF troops stormed the city of Tulkarem and Qufin village searching for Islamic Jihad activist Fadi Kittana, who survived an assassination attempt on Tuesday night.
The soldiers detained Ahmed Abu Abed from the same village after wreaking havoc in his home and other stormed homes in the village.
In Qalqilia, a commercial strike was observed on Wednesday at the call of the national committee to break the Israeli siege. The committee said that the city has been under Israeli siege for a year amidst absolute disregard on the part of the unconstitutional government of Salam Fayyad.
Meanwhile, the Israeli occupation authority intensified security presence in Jerusalem and its vicinity following the bulldozer attack by a Palestinian driver on Tuesday that wounded 19 people and ended with shooting down the driver.
The incident was followed by an assault by members of a Jewish religious institute on two Palestinians in Jerusalem that nearly killed them.
In another development, an Israeli officer who was critically shot by an attacker in occupied Jerusalem almost ten days ago was proclaimed dead today.
The Qassam Brigades, the armed wing of Hamas Movement, on Wednesday issued a statement in Gaza describing attacks in occupied Jerusalem as a natural response to Israeli occupation's daily crimes in the West Bank.
The armed wing underlined that no power in the world could stand in the way of a people fighting for liberation.

Read More...

البردويل: حركة "حماس" لن تعترف بعباس رئيساً بعد نهاية ولايته

أكد أن الحركة لن تسمح بوجود فراغ دستوري

غزة – المركز الفلسطيني للإعلام


أكدت حركة المقاومة الإسلامية "حماس" تمسكها بالقوانين الناظمة للعمل السياسي في البلاد، وأكدت أنها "لن تقبل بأي تأويلات تلوي عنق القانون الفلسطيني من أجل التمديد للرئيس محمود عباس سنة أخرى لتتزامن الانتخابات الرئاسية مع الانتخابات التشريعية".
وشددت على أن "الرئاسة سوف تنتقل قانونيا في 9 كانون أول (يناير) من العام المقبل إلى رئيس المجلس التشريعي الفلسطيني الدكتور عزيز دويك المعتقل حالياً في السجون الإسرائيلية ومن ينوب عنه الآن هو الدكتور أحمد بحر".
وأوضح عضو المجلس التشريعي الفلسطيني عن حركة المقاومة الإسلامية "حماس" والناطق باسم كتلتها البرلمانية الدكتور صلاح البردويل في تصريحات لـ "قدس برس" أن "حماس" متمسكة بالقانون، وأنها لن تعترف بالرئيس بعد انتهاء ولايته في 9 كانون ثاني (يناير) المقبل.
وقال: "نحن في "حماس" لدينا مذكرة قانونية مفصلة جوهرها القانون الأساسي الواضح وضوح الشمس فيما يتعلق بمدة ولاية الرئيس وهي أربع سنوات، وبالتالي أي فتوى تشريعية تصدر مخالفة للقانون الأساسي فهي ليست ذات معنى، وبالتالي فنحن بعد التاسع من كانون الثاني (يناير) المقبل لن نعترف بالرئيس عباس رئيسا وسوف نجرده من هذه الصفة، ليتولى المجلس التشريعي الرئاسة لمدة 60 يوما ويمكن أن تمدد شهرا لحين الانتهاء من الانتخابات الرئاسية"، على حد تعبيره.
ودعا البردويل رئيس السلطة محمود عباس إلى الامتثال للقانون والعمل على إحراز توافق وطني ضروري لأي انتخابات مرتقبة، وقال: "المطلوب من الرئيس أن يعلن عن انطلاق الحملة الانتخابية أو أن يدعو لجنة الانتخابات المركزية للتحضير للانتخابات الرئاسية، ذلك أن ولاية الرئيس التي بدأت يوم 9 كانون ثاني (يناير) عام 2005 تنتهي يوم 9 من كانون ثاني (يناير) 2009، ولن يعترف به بعدها رئيسا للسلطة، وسوف نجرده من صفة الرئاسة، ولن نسمح بوجود فراغ دستوري. ونحن نعرف أن الدعوة إلى انتخابات رئاسية لا يمكنها أن تتم إلا بالتوافق، ومن هنا فنحن نعتقد أن الوقت قد حان للرئيس محمود عباس أن يدرك أنه لا إسرائيل ولا أمريكا ستحميه، وأن الشرعية الديمقراطية وحدها الكفيلة بمنحه الشرعية"، كما قال.

Read More...

Mahu promosi Islam sebaliknya dituduh pengganas

>> Rabu, Julai 23, 2008

AMERIKA SYARIKAT: Kumpulan fanatik Amerika menentang rancangan sebuah organisasi muslim di sini untuk menjalankan kempen Islam mengenai Ramadan. Kumpulan tersebut menilai kegiatan badan muslim tersebut sebagai bentuk baru serangan teroris di Amerika.

Islamic Circle of North Amerika merupakan salah satu wadah warga Muslim Amerika merancang akan mengadakan kempen aman untuk memberikan informasi tentang Islam yang sebenar.

Informasi tentang akhlak Rasulullah Muhammad Saw, yang selama ini banyak disampaikan secara bias oleh media massa Barat. Kampan itu dijangka dilakukan ketika menyambut Ramadan pada bulan September depan. Mereka akan membuat poster iklan tentang Islam serta tentang Nabi Muhammad saw yang akan dipasang di keretapi bawah tanah di New York City sepanjang bulan Ramadan.

Namun kumpulan di AS itu menentang kegiatan tersebut. Mereka mengatakan, promosi keIslaman yang dilakukan bertepatan dengan bulan ketika berlakunya serangan 11 September yang menghancurkan menara berkembar World Trade Center di New York, dan itu merupakan bentuk baru serangan teroris ke negara AS.

Read More...

Perundingan kepentingan Islam, Melayu atau tawaran jawatan

KALAU meniliti tulisan Dr Khir di http://nanbinjai.wordpress.com bermakna Umno membuat tawaran Menteri Besar dan exco kepada PAS. Kuasa dan pangkat la tu.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula kata pertemuan awal untuk mengetahui tawaran Umno kepada PAS.
Sejauh mana maksud untuk ada kerjasama dengan Umno itu terpulang pada niat pemimpin. Jadi kalau dilihat susur galur itu, yang dikatakan untuk kepentingan Islam atau bangsa Melayu mungkin dijadikan perisai menangkis serangan ahli, penyokong dan orang ramai serta Umno setelah terperangkap dengan ketidakkejujuran.
PAS tidak akan parah kalau kita bercakap benar. Kalau rancangan kita baik kenapa kita perlu takut kepada kejujuran.
Bagi rakyat lebih baik pemimpin bincang masalah minyak naik, barang naik, bebaskan tahanan ISA, keharmonian tanpa fitnah jahat tetapi bagi pemimpin berapa kerusi menteri, exco.
Kata Farit renunglah.

Read More...

Tidak timbul fitnah kalau tidak buat kerja dalam gelap

>> Selasa, Julai 22, 2008

Harakahdaily masih lagi menyiarkan posting Siumankah untuk mengatakan PAS bekerjasama dengan Umno? Tidak semena-mena bertiup kencang cerita PAS sedang berunding dengan Umno untuk mengadakan kerjasama atau pakatan politik, kononnya demi ketuanan politik Melayu. Entah siapa yang memulakannya, tetapi ia telah tersebar luas di blog-blog dan juga berkeliaran dalam SMS. -->
Ramai juga peminat politik yang percayakan desas-desus ini kerana mungkin logik juga kalau hendak dicarikan sebab mengapa PAS perlu bekerjasama dengan Umno. Tetapi ramai yang memandang jelek kepada perbuatan ini jika PAS berhasrat demikian.
Tidak timbul isu ini benar atau tidak, kerana saya sudah pun menafikan adanya rundingan sulit untuk `mengahwinkan' PAS dengan Umno. Lagipun perkahwinan politik seperti ini mungkin `tidak sah' kerana antara PAS dan Umno memang tidak `sekufu'. PAS mempunyai dasar Islam, sedangkan Umno beraqidah Islam Hadhari. Jika Umno itu `ahli Kitab' ada juga tendensinya, tetapi dengan Islam Hadhari ini PAS terpaksa menjauhkan diri.
Kalau kena pukul dibalas pukul.
Kalau menuduh orang kafir tetapi orang itu tidak kafir kembali kepada si tuduh itu kafir.
Kalau kata orang tidak siuman sedangkan orang itu ada kebenarannya jadi yang tuduh itu apa?
Kalau ada kebenaran buat apa kerja dalam gelap. Nabi Muhammad saw buat kerja dakwah secara sir pada peringkat awal di Mekah kerana tekanan. Apakah PAS terkena tekanan? Hingga terpaksa melakukan dakwah secara senyap.
Jangan kelirukan keadaan, jangan perbodohkan ahli dan penyokong. Kita kena fikir orang bukan Islam sokong kita nanti apa kata mereka.
Kerja dalam gelap ni orang nak berkhalwat. Malah banyak tidak baiklah kerja dalam gelap ni. Nak buat tahjud pun disuruh pasang lampu.
Apa yang baik kerja dalam gelap kalau tidak mencuri. Bila orang dedah kita kata orang itu tidak ikhlas apa la nasib kita.
Sudah la kerja dalam gelap kita sudah jadi pembohong pulak kerana nak nafikan tidak ada pertemuan atau perundingan. Akhirnya kita terperangkat. Layakkah kita berpemimpinkan pembohong? Jangan taksud pemimpin kerana mereka bukan maksum. Mereka boleh dikritik selagi tidak bercanggah dengan al-Quran dan Hadis.

Read More...

Israel makin menggila permainkan gencatan senjata

RAMALLAH, PALESTIN: Penjajah Zionis Israel, makin menggila mempermainkan gencatan senjata dengan mengelidah secara paksa rumah awam dan perkampungan di Kota Nablus, wilayah utara Tebing Barat, Isnin lalu.
Mereka menculik 25 orang warga awam, diantaranya dua orang wanita salah satunya anggota dewan legislatif Palestin Muna Manshur.
Sumber tempatan mengatakan pasukan penjajah Zionis Israel menyerbu kota sekitar pukul 2 petang dan mengepung rumah Aleg Muna Manshur dekat rumah sakit pemerintah Rafidia. Pasukan penjajah Israel memasuki rumah secara paksa dan menyelongkar isi rumah. Mereka juga menahan anak-anak Muna Manshur setelah diikat dan ditangkap. Pasukan Israel juga menyita peralatan computer dan perabutan lain dalam rumah.
Pasukan Israel juga menyerbu tempat bersembunyi dan menculik 9 mahasiswa Universiti Nasional Najah selepas menyerang sejumlah mahasiswa dengan memukulan selepas berjaya menahan para pemuda di tempat perniagaan. Pasukan Israel juga menyita 6 komputer milik mahasiswa.
Dalam serbuan di Kota Nablus tersebut pasukan penjajah Israel juga menculik tokoh penting di bidang ekonomi dan sosial. Sumber menyebutkan terdengar suara ledakan ketika pasukan penjajah Israel melakukan penyerbuan dan menyelongkar rumah tersebut.

Read More...

Cat Steven saman artikal memfitnah beliau fanatik

>> Isnin, Julai 21, 2008

Penyanyi muslim Yusuf Islam yang terkenal dengan nama Cat Steven difitnah oleh artikal yang disiar World Entertainment News Network pada bulan Mei 2007 dan disebar secara meluas oleh Contactmusic.com sebuah laman web yang diakses lebih 2.2 juta sebulan.
Artikal tersebut menyebut beliau sebagai muslim fanatik dan mengatakan bahawa Yusuf enggan berbicara dengan perempuan yang tidak bertudung.
Yusuf Islam menyerahkan kepada peguamnya, Adam Tudor untuk diambil tindakan di mahkamah tinggi di London.
Menurut Tudor, dalam artikelnya World Entertainment News Network menulis bahawa penyanyi lagu "Morning Has Broken" itu "seorang yang sexist dan fanatik, menolak berbicara atau memberi respon pada peminat perempuannya yang tidak mengenakan jilbab dalam majlis pemberian penghargaan."
Selain itu, kata Tudor, artikel tersebut mendakwa terdapat keterangan dari pengurus Yusuf yang mengatakan bahawa "Yusuf Islam tidak mahu bercakap dengan perempuan mana sekalipun kecuali isterinya. Terutama mereka yang tidak mengenakan tudung, perbualan seperti itu dilakukan dengan menggunakan orang perantaraan."
Tudor menegaskan bahawa artikel itu telah mempermalukan kliennya, memberi kesan yang salah tentang sikap kliennya terhadap kaum perempuan dan merupakan pencemaran nama baik yang sangat serius berkait dengan agama yang dianuti Yusuf Islam.
Tudor tidak menyebutkan berapa besar tuntutan ganti rugi yang diajukannya ke pengadilan atas artikel tersebut. Namun, jika terbukti artikel itu telah mencemarkan nama baik Yusuf Islam, semua pembayaran ganti rugi akan diserahkan Yusuf Islam kepada organisasi amal yang dikelolanya, Small Kindness.
World Entertainment News Network pula bila mengetahui disaman mereka menyampaikan permohonan maaf dan mengatakan, "Kami sekarang menerima bahawa tuduhan ini... seluruhnya sama sekali tidak berasas dan Yusuf tidak pernah menimbulkan kesulitan dan berinteraksi dengan kaum perempuan, sama ada untuk alasan agama atau untuk alasan lainnya."
Cat Steven, penyanyi balada asal Inggeris menjadi seorang muslim menjelang akhir tahun 1970-an. Ia kemudian mengubah namanya kepada Yusuf Islam. Sejak menjadi seorang Muslim, ia meninggalkan dunia muzik setelah sebelumnya mencetak berbagai album muzik yang terjual sekitar 60 juta rekod. Lagu-lagunya yang terkenal selain "Morning Has Broken" antara lain "Wild World" dan "Moonshadow." Usianya kini 59 tahun.

Read More...

Sejak bila kita kenal pemimpin Umno ikhlas

SAYA terbaca kenyataan salah seorang yang dikatakan ikut serta pertemuan dengan Umno. Katanya dia kecewa dengan pemimpin Umno yang menghebahkan tentang pertemuan tersebut dan menganggapnya Umno tidak ikhlas.
Saya akhirnya kecewa kerana kita pernah laungkan berkali-kali jangan masuk dua kali dalam satu lubang.
Akhir-akhir kita juga yang kena. Selepas itu kita nak salahkan pemimpin Umno. Kalau ikut hadis itu siapa yang patut kita salahkan.
Kita perlu lihat sejak bila Umno nak jaga kepentingan Melayu. Itu hanya politik murahan Umno. Banyak bukti yang akan kita dedahkan nanti jelas menunjukkan Umno hancurkan Melayu malah mereka tidak sedar sampai sekarang pun.
Tidak tahulah pertemuan tersebut kerana tertarik dengan tawaran Uno disamping dalam masa sama gagal menyangi kehebatan Anwar dlaam pakatan rakyat.

Read More...

Mohon maaf mesti serius jangan permainkan dengan lagu P Ramlee

BERCAKAP tentang kejujuran saya teringat dengan pemimpin pihak penganjur Protes di Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya, beberapa minggu lalu.
Akhbar menyiarkan permohonan maaf beliau sebagaimana satu lagu yang dinyanyikan oleh P Ramlee.
Dalam masa ummah berakhlak membantah sebaliknya kita masih lagi boleh gelak dan membuat permohonan maaf secara tidak serius.
Sepatutnya kesalahan kerana kealpaan dan kecuaian kita sehingga berlaku peristiwa tunjuk punggung diminta ampun dan bertaubat dengan Allah secara bersungguh-sungguh barulah zahirnya orang melihat permohonan maaf secara ikhlas.
Sebaliknya kalau lagu itu dijadikan mohon maaf saya kesian kepada ummah yang mengharapkan kejujuran sebaliknya hanya melihat permohonan maaf secara main-main.

Read More...

Ummah mahukan kejujuran selamatkan Malaysia

DALAM keadaan pemimpin negara jauh daripada akhlak mulia maka ramai yang beralih kepada menyokong PAS. Bukan Islam terutama Hindu menyokong PAS kerana mereka berakhlak sebagai makhluk tuhan bukan seperti pemimpin Umno berlagak tuhan.
Saya menghadiri program PAS bersama bukan Islam di sebuah hotel di Kuala Terengganu ketika saat menjelang pilihan raya umum 8 Mac.
Apa yang disuarakan oleh kaum India beragama Hindu ialah: "Kita menyokong PAS kerana ia ada Tuhan, kita tidak sokong Umno kerana ia berlagak macam Tuhan."
Kenapa sampai peringkat begitu sekali dihujahkan wakil India dalam majlis tersebut. Bagaimana pun apa yang jelas mereka tidak bersetuju dengan ISA kerana menyekat kebebasan pemimpin mereka berdemontrasi dan ditahan dibawah ISA.
Tahanan ISA menyekat kebebasan dan kuasa ini hanyalah layak bagi Tuhan bukan bagi manusia yang menyekat hak kebebasan. Jadi bila mereka menggunakan sewenangnya ISA maka mereka itu berlagak Tuhan.
Begitulah pincangnya manusia kerana tidak kembali kepada kitab Allah. Manusia ini bergelar dan memakai nama orang Islam dengan sewenang-wenangnya mengguna kuasa tanpa mengambil kira hak dan larangan Allah. Mereka menindas manusia kerana pangkat, kuasa dan kekayaan.
Mereka yang menentang kuasa itu dihumban ke penjara tanpa berbicaraan, tanpa keadilan. Siapakah lagi yang diharapkan oleh ummah kalau tidak kerana pembangkang dan PAS bagi mengubah keadaan tersebut. Jadi harapan orang jangan kita musnahkan.
Kita telah membina kejayaan sebaliknya tindak tanduk kita meruntuh hanya sekelip mata. Sesiapa tidak menghalang diadakan muzakarah tetapi hendaklah memastikan ISA dihapuskan, minyak dan harga barang diturunkan.
Orang miskin dapat pembelaan, orang kaya menunaikan tanggungjawab, keselamatan dan keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran, hak bernegara, antarabangsa, masyarakat, kejiranan dan kedamaian. Ini merupakan tanggungjawab negara Islam.
Negara Islam bukan negara hukum. Negara Islam adalah kesejahteraan dan kedamaian. Keselamatan dan keamanan. Keindahan dan kemakmuran.
Bagi mencapai itu semua hendaklah pemimpin bertanggungjawaban terhadap Islam. Kita bukan semata hanya mahu berkuasa tetapi kuasa tidak ada pelaksanaan. Wang zakat masih diseleweng, maksiat berleluasa kerana kuasa sekadar boneka tetapi gaji ambil.
Akhirnya Islam juga dilihat tidak baik dan sempurna. Berjagalah kita jangan sampai kita orang kata Islam tidak elok.
Lihat harakahdaily. Presiden PAS hari ini membidas kenyataan yang dimainkan sesetengah pihak berhubung isu kerjasama PAS dan Umno dengan penegasan bahawa ianya merupakan fitnah semata-mata.
Lihat pula yang ini harakahdaily. PAS tidak menafikan bahawa memang telah ada pertemuan antara pimpinan tertinggi parti dengan YAB Perdana Menterti yang juga selaku Presiden Umno, bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan bangsa Melayu.
Jangan sampai orang kata kita tidak jujur. Orang tidak tanya apakah ada kerjasama tetapi adakah perundingan?

Read More...

Kejamkah bapa?

SEMASA di Pekeliling tengahari tadi terserempak dengan satu dramatik seorang bapa memukul anak.
Si bapa yang terlalu asyik melihat nombor bas untuk rupa-rupanya si anak sudah tidak ada disebelah.
Bukan main marah lagi si bapa kepada anaknya. Dipukul anaknya dengan payung, ditampar pipi anak dan ditarik serta dipulas telinga anaknya.
Anak lelaki dianggarkan berusia dalam lingkungan 4 tahun itu menangis sambil tangan meminta tidak mahu buat lagi apabila si bapa bertanyakan: "Mahu buat lagi. Bapak suruh duduk... duduk sini jangan menghilang!"
Kalau dilhat sepintas lalu memang kejam bapa tersebut memukul dan memarahi anak depan orang ramai. Ada yang perhati tetapi tidak berani tegur tindakan bapa tersebut.
Mungkin juga kerana memikirkan tindakan bapa tersebut betul kerana kebimbangan anaknya takut hilang macam Sharline yang sampai sekarang tidak jumpa.
Bapa tersebut bertindak kasar kerana sebelum itu anak telah dilarang jangan berada jauh daripada beliau tetapi ialah budak-budak mana boleh duduk diam. Apa yang dilarang itulah yang dibuat.
Apa pun terharu juga ada bila melihat anak yang dipukul sehingga menangis itu meleleh air hingus dan si bapa mengeluarkan sapu tangannya mengesat lelehan tersebut.
Itulah kasih sayang seorang bapa. Pukul anak kerana sayang walaupun yang melihat kata kejam. Mereka yang kata kejam, apakah akan mereka kata bila anak tersebut tiba-tiba hilang?
Dituduhnya nanti bapa cuai sedangkan bapa ada juga tanggungjawabnya untuk memastikan mereka sampai ke destinasi. Atau mahu disalahkan bas rapid yang lambat sampai? Itu kena tanya Khairy.

Read More...

Siapa provokasi siapa?

>> Khamis, Julai 10, 2008

Kumpulan band Carburetor Dung dakwa ada pihak yang provokasi sehingga berlaku serangan keatas aksi band terbabit. Serupa la orang politik cakap.
Tetapi kita nak juga tanya siapa provokasi siapa? Apakah kumpulan band terbabit mempunyai agenda lain.
Kenapa tidak, selepas isu aksi tunjuk buntut, ia tersebar meletup habis main populariti lah member kita ni. Ya lah macam Faizal Tahir daripada kita tak kenal jadi kenal
Hendakkan populariti mudah senang je buat tak senonoh, banyaklah diperkatakan orang. Heboh satu dunia. Tapi kalau buat baik belum tentu lagi gembaq habis.
Fikirlah Carburetor Dung! hang yang jadi isu besar. Sebaliknya matlamat protes langsung tidak tercapai tenggelam kerana band kamu.
Sakitnya hati kami sebagai rakyat yang mahukan kejayaan protes setelah berhabis wang dan minyak datang ke Stadium Petaling Jaya di Kelana Jaya 6 Julai lalu.

Read More...

Pujian pada anak muda berakhlak kemulian yang tinggi

>> Rabu, Julai 09, 2008

SAYA mungkin terlewat memberi komen perhimpunan protes di Stadium Petaling Jaya di Kelana Jaya, 6 Julai lalu. Bagaimanapun tidak terlewat untuk saya memuji dan mengangkat topi kepada anak muda dalam perhimpunan tersebut.
Mungkin ada yang beranggapan anak muda yang menyertai protes kenaikan harga minyak turut sama protes kumpulan rock bawah tanah, tidak terbuka (boleh diistilahkan katak bawah tempurung).
Inilah suara yang saya dengar daripada mereka yang kecewa melihat orang ramai dalam perhimpunan tersebut menghalang kumpulan rock daripada terus beraksi.
Walaupun bagi mereka menyifatkan orang ramai yang protes kumpulan rock tidak open minded tetapi anak muda yang tidak terbuka inilah sebenarnya penegak akhlak mulia di Malaysia.
Kalau anak muda boleh ikut buka baju seluar kerana ikut aksi penyanyi tetapi anak muda kita sesungguhnya berjiwa dan berakhlak mulia. Mereka boleh menegur mungkar bukan terikut dengan mungkar. Merekalah penyelamat maruah Islam dan tanah air.
Kalau ada yang kata band kami diprovokasi tetapi anggapan itu mungkin juga tidak tepat. Anak muda menegur awal kerana kenal siapa dia kumpulan band tersebut yang pernah buka baju.
Demokrasi bukan melalak, buka baju dan buka seluar tetapi itu budaya Barat yang mahu diterap kepada anak muda. Jangan kita silap tafsir demokrasi.
Anak muda sedia menegur band terbabit daripada meneruskan aksi apabila melihat pemimpin penganjur program berdiam diri.
Oleh kerana kebengitan muzik rock, teguran mulut jadi tenggelam. Akhirnya tangan mereka yang bertindak menegur. Memanglah kalau tidak dibaling dengan botol mungkin lolongan tersebut diteruskan.
Dengan keadaan bengit itu hanya botol air dan batu boleh menghentikan aksi tak senonoh dalam keadaan pemimpin hanya berdiam kaku. Penganjur langsung tidak menggunakan pembesar suara supaya kumpulan rock tersebut berhenti.
Saya akui terdapat juga anak muda PAS yang minat dengan muzik rock tetapi penyampaian mereka biarlah kena pada tempat kerana terdapat juga anak muda berjiwa matang tidak gemar dengan hiburan yang melampau.
Kita berhimpun untuk sampaikan mesej tetapi dengan kebisingan muzik langsung menenggelamkan lirik yang ingin disampaikan. Senikata tidak difahami. Ia tidak lebih kepada hiburan untuk melompat dan khayal.
Bukan tidak boleh berhibur tetapi masa band tersebut tidak sesuai. Perhimpunan tersebut mewakili semua peringkat umur dan generasi.
Protes sepatutnya tunjuk perasaan. Luahan perasaan. Bukan masa berhibur. Bagaimana rakyat tengah bersedih dengan kenaikan harga minyak kita boleh jamu mereka dengan hiburan.
Biarlah hiburan untuk bangsawan bertahta. Kita rakyat marhen tidak leka dengan hiburan kerana kita sebenarnya sakit. Sakit hati dan sakit jiwa dengan kenaikan harga minyak.
Kenapa hati kita yang sakit disogok dengan hiburan? Apakah hiburan dapat menolong kita yang sakit?
Hanya mereka yang berkata agama itu candu sahaja yang berubat sakit dengan hiburan tetapi bagi kami biarlah Allah yang memberi kesembuhan kepada sakit tadi.
Adnan Ibrahim

Read More...

Pemimpin maksiat negeri terima bala

>> Selasa, Julai 08, 2008

Hujan itu rahmat bagi menyubur dan mengurangkan kepanasan bumi. Hujan lebat yang tidak dijangka dan diramalkan rupanya juga terselindung rahmat Allah yang lain iaitu bagi menyedarkan pemimpin serta mereka yang bergelar bertahta dan rakyat Selangor.
Tiada siapa sangka Shah Alam dan Klang tiba-tiba banjir besar. Ramai rakyat terkandas ke tempat kerja dan terlewat. Kerugian harta benda akibat banjir usah kira. Prodoktivi hari Selasa lalu merundum jatuh. Selangor rugi besar.
Siapa yang buat banjir bencana ini? Bukankah Allah? Kenapa ditimpanya bala kepada kita? Renunglah Selangor. Apa yang telah kamu buat sehingga mengundang kebencian Allah?
Apakah bala ini seperti ditimpa semasa kerajaan Umar iaitu musim kemarau dan kelaparan? Bezanya kerajaan Umar kerajaan beriman dan kerajaan Selangor kerajaan Islam. Tentulah bala kerajaan beriman merupakan ujian daripada Allah keatas orang beriman tetapi bala kepada Selangor kenalah kita fikir dan muhasabah.
Apakah yang kita lakukan dua tiga hari ini? Mungkin Allah masih sayang kepada kita kerana memberi pengajaran dalam sekejap masa. Ya! ujian Allah kepada kita.
Kita harap bala ini untuk memberi pengajaran dan kesedaran kepada kita. Dua kejadian maksiat di Shah Alam dan Kelana Jaya, Ahad lalu dianjur dan direstui pemimpin. Rakyat yang tidak berdaya hanya mampu sebar risalah walaupun pemimpin daripada golongan rakyat ini yang berkuasa.
Sepatutnya bukan risalah yang disebar tetapi tangan yang menegur kerana kuasa pada kita. Kalau masa Umno boleh kita kata kuasa pada Umno tetapi sekarang kuasa pada kita apa lagi alasan kita.
Pemimpin patut berterima kasih bila ada rakyat tegur daripada kelalaian kita. Seperti Umar gembira bila ada rakyatnya tegur dengan mata pedang kalau beliau seleweng daripada landasan Islam. Ini menunjukkan kelalaian boleh berlaku dan perlu ada teguran serta peringat memperingati.
Bagaimanapun di Selangor peringatan telah diberi awal lagi sebelum berlangsungnya maksiat tetapi kita tetap teruskan. Ini bermakna kita mengundang kemurkaan Allah. Sepatutnya pemimpin yang ada kesedaran menyekat maksiat tetapi diserahkan kepada rakyat yang beriman.
Kenapa tidak pemimpin yang menyekat? Apakah kerana malu alah? Sayangkan kuasa? Pangkat? Atau kita telah jadi gila kuasa, gila harta, gila pangkat sehingga kita yang berkuasa tidak mampu menegur yang bertahta. Kita pernah hina mufti kerana tidak berani tegur bertahta tetapi bila kita ada kuasa kita juga malu alah atau paling tepatnya daripada berselindung istilah malu alah ialah takut terlucut kuasa.
Ingat pemimpin berkuasa ia adalah amanah Allah. Jangan memimpin kerana habuan dunia maka perintah Allah dikebelakangkan. Mungkar tidak lagi ditegah kerana sayangkan kuasa.
Rasulullah saw pernah ditawarkan kuasa pemerintahan oleh kaum Qhuraisy sebaliknya menolak tawaran tersebut, kerana apa? Kerana Nabi saw diberi kuasa dan kekayaan dengan pangkat raja, perdana menteri, presiden, menteri atau exco tetapi tidak diberi kuasa cegah mungkar.
Jadi fikirlah adakah kuasa kita untuk amal makruf nafi mungkar atau kuasa untuk dapat wang bulanan, harta dan kekayaan serta populariti dan kemasyhuran.

Read More...

Konspirasi II = Liwat II vs Reformasi II = Thunami II

>> Ahad, Jun 29, 2008

Rakyat diingatkan bersatu dalam mainan politik pemerintah yang semakin ganas. Kita sudah berada di peringkat kedua keganasan selepas konspirasi peringkat pertama menyebabkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dipenjara.
Kita harap konspirasi II akan dilawan oleh reformasi II dalam keadaan negara mula dilanda thunami II selepas thunami pertama menyaksikan lima negeri jatuh kepada pakatan rakyat pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Adalah dijangkakan thunami II akan berlaku dalam bulan September ini sebagaimana yang dijanjikan Anwar.
Konspirasi II bersama dengan isu liwat peringkat II setelah isu liwat pertama berjaya menghumbankan Anwar ke penjara.
Liwat II mainan kotor pihak tertentu sama dengan golongan yang mereka cipta fitnah untuk membunuh Hang Tuah dalam legenda Melayu.
Apa pengertian sebenar legenda Melayu itu yang kita pelajari? Ia menceritakan golongan tamak kuasa yang mereka cipta fitnah ini tetap akan wujud pada setiap masa dan zaman.
Ceritakan ini menyedarkan kita bahawa akan tetap ada golongan walaupun sehebat mana tamadunnya kerana ketamakan dan gila kuasa.
Kisah gila kuasa dan tamak juga terdapat dalam al-Quran dan sirah sahabat. Kalau kita tidak mengambil iktibar tentang sejarah lalu kita boleh terperangkap dalam hidup hari ini.

Read More...

Najib dipersimpangan

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaliegh Hamzah mendedahkan tidak ada pelan peralihan kuasa Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak.
Ini bermakna pengumuman Abdullah baru-baru ini bahawa akan berlaku pemindahan kuasanya kepada Najib bila tiba masa itu hanya perbicangan mulut. Juga tidak diberitahu bila waktunya.
Pengumuman Abdullah itu dilihat bagi meredakan tekanan daripada puak bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.
Sementara Ku Li telah melancarkan kempennya dalam hasrat menentang Pak Lah dalam pemilihan kali ini. Ku Li dijangka mendapat sokongan puak Mahathir dan Najib. Itu pun sekiranya Najib tetap membisu bagi menyatakan akan bertanding menentang Presiden.
Jika ini berterusan Najib dijangka menghadapi masalah sekiranya Ku Li menang menentang Pak Lah. Apakah percaturan Najib seterus dalam menghadapi saat genting ini? Apakah cita Najib kepuncak merundum ditengah jalan?

Read More...

Debat turun minyak Anwar, Shabery di DBP pada 15 Julai

>> Sabtu, Jun 28, 2008

Debat `Hari ini perintah esok turun harga minyak' antara Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Chik di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 15 Julai.

Read More...

Janji makmur manifesto BN rupanya bawa celaka

>> Khamis, Jun 26, 2008

Adnan Ibrahim
Pengundi terutama yang memangkah Barisan Nasional (BN) akhirnya tertipu dengan janji makmur sebagaimana yang ditawarkan dalam manifesto BN pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak pada 4 Jun lalu, bertentangan dengan janji BN ketika pilihan raya umum lalu untuk memberi kemakmuran kepada rakyat.
Sebelum ini Umno menuduh kerajaan Pakatan Rakyat gagal menunaikan janji manifesto pilihan raya umum lalu, terutama di Selangor. Kemampuan kerajaan PKR Selangor sering dipertikai.
Umno mengambil peluang menyerang negeri itu melalui media massa kononnya PKR gagal tunai janji manifesto walaupun berkali diterangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa kerajaannya memerintah hanya beberapa bulan.
Bagaimanapun katanya kerajaannya telah berjaya menunaikan banyak perkara sementara selebihnya akan dilakukan secara berperingkat.
Persoalannya, siapa pada hakikat sebenarnya telah memungkiri janji secara terang dan nyata? Bagi kerajaan Pakatan Rakyat, mereka sedang berusaha menunaikan janji manifesto walaupun mungkin sebahagiannya mengambil masa kerana melibatkan undang-undang, kewangan dan pentadbiran serta kajian semula tentang data sosial ekonomi rakyat.
Tetapi Umno secara nyata dan terangan telah melanggar janji dan memungkiri apa yang telah ditaburkan kepada rakyat sebelum pilihan raya umum 8 Mac iaitu 'Selamat, Aman dan Makmur'.
BN begitu manis serta lunak mengajak rakyat supaya terus menyokong mereka dengan kempen 'Selamat, Aman dan Makmur' sehingga rakyat termakan hasutan dan bersedia memberi peluang BN memerintah negara lagi walapun ketika itu pembangkang turut menawarkan janji manifesto yang terbaik.
Rupanya kemanisan BN seperti gula bukannya madu dan akhirnya membawa penyakit kencing manis. Siapa yang termakan dakyah manis kempen BN akhirnya terasa sakit hati kerana minyak naik sedangkan sebelum itu dijanjikan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak bahawa minyak tidak naik.
Bagi yang sudah tahu rupa paras dan tipu helah BN sudah lama 'sakit hati' tetapi mereka yang baru 'sakit hati' makin bertambah lebih 'sakit' kerana boleh dimaki hamun orang yang bertanggung jawab menaikkan harga minyak.
Makmur sebagaimana dijanjikan BN sudah terasa tidak makmur lagi. Dalam kerajaan BN yang dikatakan makmur tetapi makmur untuk kroni atau kekayaan berpusing dan beredar di kalangan tertentu sahaja.
Sebagaimana maksud Firman Allah dalam Suratul Haj: "Apa-apa hasil negara yang dihasilkan dalam sesebuah negeri, maka hasil itu bagi Allah dan Rasul yakni bagi kepentingan umum. Bagi mereka yang memerlukan pertolongan di kalangan keluarga orang-orang miskin, anak yatim dan orang musafir yang memerlukan bantuan supaya harta negara tidak berpusing di kalangan orang-orang yang tertentu sahaja."
Apa erti makmur? Mengikut Kamus Dewan makmur membawa maksud mempunyai hasil yang banyak sama ada daerah, negeri atau negara dan lain-lain. Ia juga bermakna mempunyai banyak penduduk yang cukup kehidupannya. Makmur juga bererti hidup mewah, serba cukup dan tidak berkurangan apa pun.
Bagaimanapun semua itu belum mampu dikecapi oleh sebahagian rakyat dalam pemerintahan Umno sebaliknya ditambah lagi oleh kenaikan harga petrol sehingga 40.6 peratus dan diesel sebanyak 63.3 peratus menyebabkan ramai rakyat makin miskin.
Kajian Presiden Yayasan Strategik Sosial, Dr Denison Jayasooria mendakwa kadar kemiskinan di Malaysia sebenarnya lebih 30 peratus dan bukannya 5.7 peratus seperti yang diumumkan oleh kerajaan.
Purata pendapatan bulanan isi rumah rakyat Malaysia ialah sebanyak RM3,686 mengikut yang diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, bermakna garis kemiskinan ialah separuh daripadanya iaitu RM1,843.
Kadar kemiskinan 5.7 peratus adalah mengikut dasar pengiraan 2005, garis kemiskinan untuk seluruh negara adalah RM691 bagi pendapatan bulanan, manakala bagi Semenanjung pula jumlahnya RM661, Sabah (RM888) dan Sarawak (RM765).
Menurut Denison yang juga pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) mengikut kiraan 2005 hanya digunakan oleh negara miskin dan tidak layak diamalkan oleh Malaysia kerana ia perlu mengambil kira taraf hidup isi rumah bukan semata-mata keperluan asas sahaja.
Sementara itu, di Dewan Rakyat, Isnin lalu, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng daripada DAP mencadangkan kepada kerajaan memberikan RM6,000 setahun kepada keluarga berpendapatan RM6,000 ke bawah sebulan.
Beliau membuat cadangan tersebut tentu sekali mengikut autoritinya berkelulusan akauntan dan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Bagaimanapun cadangan tersebut perlu menambah pembaikan kerana keluarga miskin akan tetap miskin jika imbuhan RM500 sebulan dicampurkan dengan pendapatan isi rumah masih tidak mampu mengatasi garis kemiskinan.
Kerajaan boleh memberi elaun kepada keluarga miskin yang berpendapatan di bawah paras kemiskinan RM1,843. Kadar elaun hendaklah mengikut kekurangan yang perlu ditampung bagi membolehkan pendapatan keluarga melepasi garis kemiskinan.
Cadangan ini lebih baik daripada memberi RM6,000 setahun kepada mereka berpendapatan bawah RM6,000 sebulan kerana ia boleh mengatasi masalah kemiskinan.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mencadangkan supaya diberi elaun mengikut bilangan anak kepada rakyat yang layak atau miskin.
Mengikut kebiasaannya semakin ramai bilangan anak maka makin bertambah perbelanjaan keluarga. Keadaan ini sudah tentu meningkatkan bebanan kepada keluarga miskin. Jadi langkah sebaiknya meningkat keharmonian keluarga memberi elaun mengikut kepala jumlah anak.

Read More...

Usul minyak jadi usul politik PM

>> Selasa, Jun 24, 2008

Oleh Adnan Ibrahim
USUL kenaikan harga petroleum dan harga barangan yang sepatutnya menjadi medan untuk kepentingan rakyat sebaliknya menjadi usul politik mempertahankan kedudukan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.
Akhbar, media elektronik dan internet aliran kerajaan melaporkan kedudukan Perdana Menteri belum tergugat hasil daripada keputusan usul tersebut jelas mengambarkan usul itu semata-mata berkepentingan politik bukan kerana rakyat.
Usul tersebut dibentangkan secara tiba-tiba oleh kerajaan melalui Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Shahril Abdul Samad, di Dewan Rakyat yang mula bersidang semalam.
Tindakan Perdana Menteri mencadangkan usul tersebut dibentangkan di Dewan Rakyat sebagai langkah menutup malu apabila terdapat anggota ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sendiri yang akan membuat usul undi tidak percaya kepada beliau dalam sesi sidang Parlimen kali ini.
Bagaimanapun dua ahli Parlimen Parti Progresif Sabah (SAPP) tidak hadir pada sidang semalam kerana didakwa diugut pihak tertentu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Usul tersebut mendapat sokongan 129 undi setuju dan 78 membantah setelah dibuat undi belah bahagian.
Sokongan terhadap usul tersebut tidak memberi gambaran jelas bahawa ia merupakan keputusan rakyat kerana wakil rakyat BN mengundi berdasarkan sokogan kepada pemimpim mereka bukan untuk kepentingan rakyat.
Wakil rakyat BN ketika itu menjadi ahli Parlimen kepada BN dan bukan bertindak membuat keputusan atas kapasiti mereka sebagai wakil rakyat kawasan mereka.
Sekiranya hendak mencapai keputusan yang adil terhadap usul tersebut kerajaan sepatutnya memberi tempoh seminggu sebelum usul itu dibentangkan.
Wakil rakyat pula perlu membuat referendum di kawasan mereka. Keputusan pungutan suara itu yang perlu dibawa oleh wakil rakyat tersebut ke sidang Dewan Rakyat dan menjadikan keputusan tersebut sebagai undi ahli Parlimen kepada usul kenaikan harga minyak dan harga barang.
Keputusan tersebut lebih adil demi menjaga kepentingan rakyat bukan undi menyokong berdasarkan mereka sebagai wakil rakyat BN dan menjadi peraturan tetap menyokong apa yang diputuskan kerajaan walaupun dalam hati dikalangan mereka ada yang tidak bersetuju.
Oleh yang demikian keputusan undi terhadap usul kenaikan harga minyak dan barangan merupakan keputusan politik Abdullah bukan usul kepentingan rakyat.
Selain itu rakyat mempersoalkan kenapa usul tersebut dibentangkan selepas kerajaan menaikkan harga minyak?
Sekiranya benar kerajaan BN amat prihatin dengan rakyat sepatutnya usul tersebut dibentangkan sebelum kerajaan memutuskan untuk menaikkan harga minyak.
Sebagaimana yang disuarakan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang menyifatkan usul tersebut sudah terlambat.
Sambil melahirkan kekesalan terhadap usul yang lewat itu beliau berkata bahawa kerajaan sepatutnya membawa usul itu sebelum pengumuman harga minyak dibuat (4 Jun).
“Dewan Rakyat jadi 'rubber stamp' untuk mengiakan apa sahaja yang diputuskan oleh kerajaan sedangkan sebarang keputusan kerajaan ini sebenarnya keperitannya ditanggung oleh rakyat,” ujar Presiden PAS itu.
Sebelum itu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (DAP Bagan) turut menyelar tindakan kerajaan mengemukan usul tersebut selepas kerajaan menganiaya rakyat terlebih dahulu dengan kenaikan harga minyak.
“Langkah kerajaan ini sebenarnya menghumban rakyat kepada kemiskinan yang melampau, malah pendekatan yang dikatakan untuk mengurangkan beban rakyat ini adalah satu langkah 'ad hoc' dan terdesak.
"Kenapa tidak kerajaan memikirkan langkah ini dahulu sebelum mengumumkan kenaikan harga minyak," ujarnya.
Usul tersebut dibentangkan selepas sesi soal jawab dan dibahaskan selama enam jam. Undi belah bahagian dibuat pada pukul 7 malam.
Rakyat bagaimanapun tidak mendapat maklumat penuh berhubung perbahasan tersebut sama ada ucapan wakil rakyat kerajaan atau pembangkang untuk dinilai tentang kebenaran berpihak kepada kerajaan ataupun pembangkang.
Kalau kerajaan boleh mengadakan siaran langsung temu bual Pengerusi Petronas malah dibuat siaran ulang tayang berkali-kali sama ada televisyen kerajaan mahupun swasta sepatutnya sebagai memenuhi kepentingan rakyat perbahasan tersebut sebaiknya disiar di televisyen walaupun secara rakaman.
Bagaimanapun rakaman tersebut tidak perlu diedit atau dipotong mana-mana hujah yang kuat daripada pihak pembangkang. Apakah kerajaan bersedia berbuat demikian?
Jika kerajaan bersedia berbuat demikian barulah usul tersebut boleh didakwa untuk kepentingan rakyat sebaliknya ia dimanipulasi demi survival politik Abdullah sebagaimana laporan media tempatan lebih kepada keputusan undi usul itu tetapi bukan kandungan perbahasan.
BN mempunyai 140 ahli Dewan Rakyat, termasuk dua timbalan yang dipertua, sementara pembangkang mempunyai 82 wakil.
Empat ahli Parlimen pembangkang yang tidak hadir antara yang dikenal pasti ialah Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) dan Chow Kon Yeow (DAP-Tanjong).
Ahli Parlimen BN yang tidak hadir seramai 11 orang termasuk dua wakil BN daripada SAPP, Chua Soon Bui (Tawau) dan Eric Enchin Majimbun (Sepanggar).
Sembilan lagi wakil rakyat BN ialah Raime Unggi (Umno-Tenom), James Dawos Mamit (PBB-Mambong), Tiong Thai King (Supp-Lanang), Zulhasnan Rafique (Umno-Setiawangsa), Ahmad Zahid Hamidi (Umno-Bagan Datoh), Dr Rais Yatim (Umno-Jelebu), Rafidah Aziz (Umno-Kuala Kangsar), Radzi Sheikh Ahmad (Umno-Kangar) dan Tengku Azlan Abu Bakar (Umno-Jerantut).

Read More...

Sempena 100 hari, Selangor realisasikan perbincangan terbuka memartabatkan maruah rakyat

>> Jumaat, Jun 20, 2008

Adnan Ibrahim
Rakyat Selangor beruntung kerana memberi mandat kepada PKR memerintah negeri ini dalam pilihn raya umum lalu. Baru 100 hari pemerintahannya rakyat boleh menikmati perubahan dasar yang berlaku secara sedar atau tidak.
Hari ini kerajaan PKR Selangor menganjurkan sambutan 100 hari pemerintahan kerajaan negeri itu di Stadium Utama, Shah Alam.
Apa yang menarik bagaimana pengacara Selangor FM iaitu sebuah stesen radio negeri dibawah siaran kerajaan pusat, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menwar-warkan program sambutan tersebut.
Pengacara radio tersebut meminta orang ramai menghadiri untuk bersolat maghrib dan hajat serta seterusnya bersama mendengar taklimat pemimpin negeri itu.
Mungkin maklumat saya tidak tepat tetapi sejauh pengetahuan saya sejak PAS memerintah Terengganu amat jauh sekali kerjasama yang diberikan siaran radio Terengganu dibawah RTM apa lagi untuk menolong mempromosikan program kerajaan PAS.
Selangor FM sebelum ini beroperasi di Aras 4, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam bagaimanapun berpindah ke Wisma Radio, Angkasapuri Kuala Lumpur pada Mei lalu kerana tidak bersedia memberikan slot khas kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Sebaliknya kali ini sifat yang ditunjukan oleh Selangor FM lebih profesional mungkin terpaksa mengakui bahawa rakyat Selangor cukup sayang kepada kerajaan mereka dan tindakan radio itu cuba memulaukan kerajaan PKR Selangor akan merugikan siaran mereka sendiri.
Baru-baru ini saya menghadiri pertemuan antara penduduk Pangsapuri Bistari Seri Perantau dengan anak syarikat kerajaan negeri Selangor iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Dewan Majlis Perbandaran Klang (MPK).
Program perjumpaan tersebut turut melibatkan MPK, Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan kontraktor Rimbun Kukuh Sdn. Bhd.
Bagaimanapun wakil daripada pihak bank tidak hadir sebagaimana yang diatur oleh Ahli Dewan Udangan Negeri (Adun) Selat Klang, Dr Halimah Ali.
Tujuan pertemuan tersebut bagi menyelesaikan masalah tidak puas hati penduduk terhadap agensi terbabit.
Bagaimanapun bukan maksud saya menyampaikan kandungan perbincangan kerana ia telah pun dilaporkan oleh Isu Khas keluaran Harakah sebelum ini.
Sebaliknya saya ingin melahirkan rasa terharu yang boleh dikongsi bersama dengan rakyat terhadap kerajaan Selangor yang bersedia memberi ruang secara terbuka untuk berbincang dengan agensi terbabit.
Langkah ini secara tidak langsung meningkatkan martabat dan kemuliaan rakyat. Rakyat diberi ruang bersuara dan bersemuka secara terus tanpa melalui pihak ketiga atau orang tengah.
Perbincangan yang diadakan di dewan bulat tersebut diatur seumpama sidang dewan undangan negeri dan dipengerusi sendiri oleh wakil rakyat, Dr Halimah.
Dengan cara ini penduduk boleh bersemuka secara langsung dengan pihak agensi dan meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap agensi terbabit.
Dr Halimah bersikat orang tengah dan mereka tidak lagi menjawab bagi pihak agensi tersebut sebagaimana yang sering diamalkan oleh kerajaan BN.
Dengan ini menjadi tanggungjawab agensi terbabit menjawab dan menyelesaikan masalah penduduk secara terbuka sehingga mendatangkan kepuasan kepada rakyat yang selama ini terbuku dengan perasaan kecewa.
Amalan perbincangan terbuka seperti ini tidak pernah berlaku dalam pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Pengalaman saya menyertai penduduk setinggan untuk menyelesaikan masalah dengan pihak pemaju sering kali dinafikan kerajaan BN untuk mengadakan pertemuan tiga penjuru.
Saya masih ingat penduduk setinggan Kampung Chubadak Tambahan dalam parlimen Batu, mahu mengadakan perbincangan dengan wakil rakyat dan bersemuka sekali dengan pemaju.
Sebaliknya Ahli Parlimen Batu, Datuk Alex Lee telah mengadakan pertemuan awal dengan pemaju.
Semasa hari pertemuan penduduk dengan wakil rakyat sebagaimana dijanjikan, wakil rakyat tersebut telah bersuara sebagaimana pemaju bersuara. Beliau secara terangan mewakili pemaju sehingga menimbulkan ketidakpuasan penduduk.
Perbuatan tersebut dianggap penduduk sebagai melindungi pemaju. Amalan ini juga menjadi salah satu faktor masalah setinggan tidak boleh diselesaikan dengan baik. Akibatnya seringkali rumah penduduk setinggan diroboh dan dimusnah tanpa bermaruah.
Amalan menyekat kebebasan bersuara dan berbincang itu juga telah diamalkan oleh pemerintah BN Selangor.
Sebagaimana yang saya dengar perbualan kakitangan agensi terbabit di luar dewan MPK, meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap tindakan Dr Halimah membuat pertemuan tersebut membabitkan penduduk dan agensi mereka.
Kata mereka: “Sepatutnya wakil rakyat (Halimah) jumpa kita orang (agensi kerajaan) dahulu dapatkan maklumat dan kemudian beliau boleh adakan pertemuan dengan penduduk dan menjawab bagi pihak kita sebagaimana yang kerajaan (BN) dahulu buat.”
Inilah suara-suara pihak agensi yang tidak bersedia bersemuka dengan rakyat sedangkan mereka diamanahkan bertugas untuk rakyat.
Amalan seperti ini bukan sahaja tidak menyelesaikan keseluruhan perkara yang dibangkitkan rakyat bahkan ia boleh mendatangkan dendam serta pemusuhan antara penduduk dengan agensi.
Sebagaimana tindakan penduduk membakar lif pangsapuri, dimana pihak agensi menyalahkan penduduk atas perbuatan merosakkan harta awam.
Sebaliknya penduduk pula menyalahkan agensi kerana lambat bertindak bila berlaku kerosakan yang menyusahkan mereka.
Bagaimanapun mungkin banyak perkara yang perlu diperbetulkan dalam perbincangan tersebut bagi menghasil satu mesyuarat yang tersusun dan teratur supaya perkara yang sudah dibangkit tidak lagi ditimbulkan berulang kali menyebabkan berlaku pembaziran masa.
Wakil yang diamanahkan penduduk juga jangan mengambil kesempatan berselindung disebaliknya pertemuan itu untuk mendapatkan projek sehingga lupa matlamat asal untuk menyelesaikan masalah penduduk bukan kepentingan peribadinya.

Read More...

Beras ST15 masih tiada di pasaran, 70 % rakyat makin miskin

>> Khamis, Jun 19, 2008

Oleh Adnan Ibrahim
DALAM tinjuan rambang di kedai runcit dan pasar raya kecil serta besar sekitar Gombak mendapati beras hancur 15 peratus atau gred super tempatan 15 peratus (ST15) langsung tiada di pasaran. Malah beras gred super special tempatan (SST) 10 peratus yang dijual dengan harga RM2.70 sekilo juga tidak boleh didapati di pasaran.
Hanya beras gred SST 5 peratus yang boleh didapati di kedai dan pasar raya dengan harga RM28 bagi bungkusan 10 kilogram manakala paket 5 kilogram masih sukar didapati dan hanya terdapat di beberapa pasar raya tertentu.
Keadaan ini amat menyulitkan rakyat golongan miskin yang membeli beras di kedai runcit persekitaran lokasi kediaman mereka terutama golongan kurang upaya (OKU) dimana pergerakan mereka cukup terbatas.
Bukan sahaja beras hancur 15 peratus sukar didapati malah gandum harga kawalan kerajaan RM1.45 sekilo juga tidak ada di pasaran baik kedai runcit mahupun pasar raya.
Sebelum ini kerajaan dilaporkan telah mengarah Padi beras Nasional Berhad (Bernas) mengeluarkan stok simpanan beras ST15 sebanyak 180,000 tan metrik bagi memastikan bekalan di seluruh negara mencukupi.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, langkah itu dilakukan kerana permintaan terhadap beras ST15 yang berharga RM1.80 sekilogram meningkat antara 50 sehingga 70 peratus sejak akhir-akhir ini.
Kata Mustapa, sebelum ini peratusan permintaan untuk beras jenis ini cuma 10 peratus. Apabila kerajaan membuat keputusan mengawal harga beras, adalah menganggarkan akan berlaku peningkatan permintaan antara 15 hingga 25 peratus, namun permintaannya di luar jangkaan.
Laporan peningkatan permintaan beras ST15 sehingga 70 peratus sebagaimana didedahkan Mustapa itu menunjukkan rakyat telah beralih kearah berjimat sebelum kerajaan seru kawal perbelanjaan berikutan kenaikan harga minyak lagi.
Kenaikan harga beras dalam bulan Mei iaitu sebelum kenaikan harga minyak pada 4 Jun lalu. Ini bererti kenaikan harga minyak makin menambah desakan ekonomi hidup golongan yang berpendapatan rendah. Laporan itu juga menunjukkan rakyat Malaysia semakin miskin sehingga 70 peratus.
Kalau dahulu beras ST15 tidak mendapat sambutan kerana ia bukanlah nasi yang boleh membangkitkan selera tetapi akibat desakan hidup rakyat tiada pilihan dan makanan tidak lagi diambil kira berdasarkan kualiti atau mengikut keenakan selera sebaliknya lebih kepada keperluan mengisi perut bagi menahan lapar.
Beras ST15 ditetapkan kerajaan dengan harga RM1.65 hingga RM1.80 mengikut lokasi. Walaupun penetapan harga serendah RM1.65 bagaimanapun pengguna baik dilokasi mana sekalipun tidak pernah mendapat bekalan beras itu dengan harga bawah RM1.80 sekilogram.
Kerajaan mungkin berjaya membuat penetapan harga siling beras tersebut tetapi gagal memasti ia berada di pasaran dan mudah dibeli oleh rakyat miskin terutama yang tidak ada kemudahan pengangkutan.
Bekalan beras tersebut yang hanya ada di pasar raya dan kedai runcit tertentu hanya menambah beban golongan miskin yang mahu mendapatkan bekalan tersebut tetapi terpaksa mengeluarkan belanja lebih bagi pengangkutan. Ini bermakna bekalan beras itu belum lagi mencapai sasaran kepada rakyat miskin.
Semasa mengumumkan kawalan harga beras, kerajaan begitu bersungguh memberi jaminan meningkatkan penguatkuasaan bagi memastikan barangan tersebut tidak putus bekalan di pasaran sebaliknya ketiadaan beras tersebut jelas membukti kerajaan semakin lemah.
Pemerhati politik menyifatkan selain daripada kenaikan harga minyak, keadaan politik kerajaan yang tidak kuat juga antara lain memainkan peranan sehingga berlaku kenaikan harga barang.
Umno dan Barisan Nasional (BN) hanya lebih menumpukan bagaimana menguatkan barisan pemerintahan mereka akibat tekanan langsung daripada PAS, PKR dan DAP yang boleh menjatuhkan kerajaan pada bila-bila masa.
Tumpuan yang lebih dan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terutama di Sabah dan Sarawak telah menyebabkan kerajaan gagal mengatasi keperluan dan keutamaan rakyat sehingga beliau sanggup menaikan harga minyak.
Niat Abdullah dilihat sebagai menyelamatkan Sabah dan Sarawak dengan janji tambahan wang ke negeri tersebut sebaliknya tindakan menaikkan harga minyak untuk menambah dana itu mengakibatkan seluruh rakyat menanggung beban.
Beras hancur 15 peratus dan gandum harga siling sebelum ini boleh didapati di kedai tertentu bagaimanapun sejak kenaikan harga minyak ia langsung tidak ada di pasaran.
Para peniaga kedai runcit memberitahu pengedar tidak berminat membawa beras hancur 15 peratus dan gandum tersebut kerana keuntungan kecil daripada barangan itu menyebabkan perniagaan mereka rugi disebabkan kos minyak sudah meningkat.
Taktik biasa digunakan untuk menaikkan harga seperti mengecil kuantiti barangan malah menghentikan langsung pengedaran di pasaran semakin ketara berlaku terutama keatas beras dan gandum serta barangan harga siling.
Kata suri rumah, Noraini Ibrahim, kenaikan harga barang akibat kenaikan harga minyak makin berturutan dan selepas ini dijangka gas asli cecair (LPG) ikut turut naik.
“Pekedai memberitahu gas memasak akan naik harga kerana pengedar rugi akibat harga minyak naik tinggi,” ujarnya.
Walaupun LPG dilaporkan tidak naik tetapi kos pengangkutan penghantaran selinder gas tersebut telah meningkat berikutan kenaikan diesel.
Menurut Noraini, rakyat menunggu apakah tindakan penguatkuasaan kerajaan selepas atau tetap mengulangi meminta rakyat berjimat dan ubah cara hidup.

Read More...

Penguasaan Umno dalam BN


Ehsan Malaysiakini

Read More...

Perhimpunan 100 hari pemerintahan lima kerajaan pakatan rakyat

PERHIMPUNAN RAKYAT SEMPENA SAMBUTAN 100 HARI PENTADBIRAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT NEGERI SELANGOR

TARIKH : JUMAAT 20-JUN-2008
LOKASI : STADIUM UTAMA, SHAH ALAM
MASA : 9.00 AM PAMERAN & EXPO / 7.00 PM SOLAH MAGHRIB / HAJAT, PIDATO PERDANA PEMIMPIN

UCAPUTAMA ;
- DATO TAN SRI KHALID IBRAHIM, MENTERI BESAR SELANGOR

UCAPAN TETAMU KHAS ;
- YB DATO' TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
- DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
- YB LIM KIT SIANG
- 5 MENTERI BESAR / WAKIL NEGERI-NEGERI PAKATAN RAKYAT

Seluruh Rakyat Amat Dialukan Kehadiran...
Bersama Mendengar Amanat Pemimpin Negeri Dan Pemimpin Pakatan Rakyat Dengan Pelbagai Maklumat & Perkembangan Terkini.
Antara Program Yang Dijalankan; Pameran 100 Hari Kerajaan Baru Selangor, Pameran Anak-Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor, Gerai Jualan, Solah Maghrib Berjamaah / Solah Hajat & Munajat, Pertunjukan Nasyid Dan Kebudayaan Antara Kaum, Ucaputama Menteri Besar & Pemimpin-Pemimpin Pakatan Rakyat.

Sebarkan Maklumat Ini... Terima Kasih.

Read More...

AS marah Israel import pistachio secara senyap dari Iran

>> Rabu, Jun 18, 2008

AMERIKA Syarikat menuding sekutunya, Israel telah melakukan transaksi perdagangan dengan musuh mereka, Iran secara senyap. Hal itu cukup membuat AS marah hingga merasa perlu menyampaikan surat rasmi diplomatik pada pemerintah Israel.
"Saya menulis surat untuk meminta perhatian anda atas isu yang sangat mengganggu, tentang import pistachio secara gelap dari Iran ke Israel, " kata Duta Besar AS, Richard H. Jones dalam surat yang dikirimnya ke Menteri Kewangan Israel, Ronnie Bar-On, seperti dilapor Ynet.
Import sejenis kacang dari Iran ke Israel itu dianggarkan bernilai 20 juta dollar. Menurut Jones, tindakan ini dianggap melanggar peraturan Israel sendiri yang melarang hubungan dagang dengan musuh mereka. Ia menuduh Israel menggunakan kaedah perdagangan dengan Turki untuk menutup import pistachio dari Iran.
"Hanya AS yang memiliki akses bebas cukai ke pasar Israel di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas. Sedangkan produk Iran dilarang berdasarkan undang-undang perdagangan dengan pihak musuh, " ujar Jones.
Menurut sesawang Ynet, meskipun hubungan AS-Israel sangat erat, produk pistachio berasal AS hanya lima peratus dari jumlah keseluruhan produk itu dipasaran Israel. Israel adalah salah satu negara pengguna terbesar produk pistachio. Negara Zionis Yahudi mengimport pistachio selain dari negara AS dan juga dari Turki yang memenuhi 83 peratus pengguna pistachio di Israel.
Dalam suratnya, Duta Besar AS mendesak Menteri Kewangan Israel untuk mematuhi peraturan perdagangan dan menawarkan beberapa inisiatif untuk membantu Israel dalam persoalan itu. AS antara lain menawarkan bantuan kepakaran bagi para petugas cukai Israel agar boleh mengenalpasti pistachio asal Iran.

Read More...

Kerajaan beli siaran Mahfuz?

>> Selasa, Jun 17, 2008

Oleh Adnan Ibrahim
Siaran hujah di televisyen swasta negara ini tiba-tiba hilang diganti dengan Bicara Media siaran televisyen kerajaan. Mengapa ini berlaku? Mungkin Mahfuz ada ceritanya. Malam ni panas la telefon bimbit Mahfuz.
Apakah kerajaan kena teruk? Apakah Mahfuz berjaya menguraikan dengan lebih tepat bahawa kenaikan tidak sepatutnya berlaku kerana negara mendapat pendapatan tinggi dengan kenaikan harga minyak?
Tiba-tiba! "Oooo... pukul 10.30 malam ni..." kata isteriku, "Mahfuz bagi tahu ke?" tanya aku balik.
"Ha....," katanya lagi.
"Kenapa dia alih waktu siaran." soal aku.
Kali ini terpaksa tahan telinga tengok siaran kerajaan, Apa yang sakit hatinya wakil akhbar langsung tidak menghuraikan soalannya dengan baik.

Read More...

Cadangan Nik Aziz gaji ikut takwim hijrah lebih baik daripada dua kali sebulan

Oleh Adnan Ibrahim

TERDAPAT langkah yang paling sesuai bagi meringankan beban kakitangan awam sebagaimana yang pernah dicadangkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.Ia bukan sahaja meringankan bebanan rakyat malah secara tidak langsung memartabatkan takwim hijrah. Perkara ini pernah disuarakan oleh Nik Abdul Aziz mengenai kealpaan orang Islam tentang takwim tersebut.

Sebagai langkah mengatasi kealpaan dan kelalaian umat Islam daripada mengingati bulan hijrah beliau mencadangkan gaji kakitangan perkhidmatan awam hendaklah dibayar pada setiap bulan hijrah.Jika itu dilaksanakan bermakna dalam setahun kakitangan awam memperolehi hampir 12.4 kali bayaran gaji. Ini berdasarkan tahun hijrah 11 hari lebih pendek daripada masehi.

Cadangan Nik Abduil Aziz itu dilihat lebih konkrit dan praktikal untuk meringankan bebanan rakyat akibat kenaikan harga minyak berbanding pengumuman Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa bayaran gaji kakitangan awam akan dibayar dua kali sebulan.

Ansuran dua kali sebulan bukan bermakna meningkatkan pendapatan rakyat sebaliknya ia boleh meningkatkan bebanan rakyat yang berpendapatan kecil. Mungkin maksud Abdullah untuk mengawal perbelanjaan rakyat. Cadangan Abdullah itu barangkali berkesan kepada kakitangan awam yang berpendapatan tinggi.

Bagi golongan berpendapatan kecil, bagaimana bentuk penjimatan lagi yang perlu dilakukan oleh mereka. Setiap hujung bulan, bayaran sewa rumah dan ansuran kereta perlu dijelaskan. Sekiranya hanya separuh gaji yang diterima pada hujung bulan keadaan akan bertambah rumit.

Oleh yang demikian sebagaimana dakwaan Abdullah untuk meringankan bebanan rakyat akibat kenaikan harga minyak, sepatutnya beliau mengambil cadangan Nik Abdul Aziz itu yang lebih munasabah yang serentak memartabatkan takwim hijrah.

Beberapa tahun dahulu Nik Abdul Aziz pernah mencadangkan gaji kakitangan kerajaan negeri di bayar mengikut takwim hijrah bagi memartabatkan tahun tersebut disamping ia sentiasa dan mudah menjadi ingatan kepada umat Islam untuk beramal dengan bulan hijrah. Ia juga mendekatkan umat dengan peristiwa Islam serta hari kebesaran dan keagungan Islam.

Bagaimanapun cadangan tersebut senyap begitu sahaja kerana tidak bersesuaian dengan pembayaran gaji kerajaan pusat. Namun begitu Nik Abdul Aziz mungkin boleh membangkitkan semula cadangan tersebut apabila Abdullah membuat pengumuman bayaran gaji dua kali sebulan.

Pengumuman Abdullah itu tidaklah memberi erti yang besar kepada rakyat. Sebaliknya cadangan Nik Abdul Aziz ia membangkitkan nostalgia keagungan Islam serta memberi keuntungan kepada kakitangan awam.

Cadangan Nik Abdul Aziz itu juga dikatakan mendapat sokongan bukan Islam walaupun tidak dinyatakan secara terangan. Sekumpulan bukan Islam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melihat cadangan tersebut merupakan satu yung baik kepada rakyat Kelantan.

Sekiranya usaha kerajaan Kelantan berjaya ia akan menarik minat umat Islam dan bukan Islam kepada pemerintahan ulama Kelantan. Kejayaan pemerintah Kelantan merealisasikan Islam itu sebaliknya merugikan kakitangan awam dibawah kerajaan pusat dan negeri lain yang tidak diperintah oleh PAS.

Lalu mereka menghantar satu memorandum meminta kerajaan membayar gaji kakitangan awam sebanyak 13 kali setahun. Mengikut laporan NGO terbabit, tentang pelaksanaannya ia terpulang kepada satu mekanisme yang boleh dibentuk kerajaan melalui perbincangan yang lebih lanjut.

Bagaimanapun apabila kerajaan Kelantan tidak berjaya membuat perubahan pelaksaaan tersebut maka isu itu senyap begitu sahaja dan pihak NGO terbabit juga tidak lagi menuntut dengan kerajaan pusat.Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, berpendapat pembayaran gaji dua kali sebulan tersebut bukan cara efektif menyelesaikan masalah rakyat berikutan kenaikan harga minyak.

Cuepacs mencadangkan satu mekanisme lain, yang terbaik dan berkesan, bagi membantu mereka, kata beliau yang menyambut baik usaha kerajaan mahu membantu meringankan beban kewangan rakyat.

"Jika diberi ansuran dua kali sebulan, mereka yang berpendapatan RM5,000 atau RM6,000 tidak merasa kesannya tetapi mereka yang bergaji RM3,000 ke bawah yang meliputi 650,000 pekerja akan merasa bebanannya," ujarnya.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Abdullah bahawa kakitangan kerajaan akan dibayar dua kali dalam sebulan mulai Ogos ini.Beliau berkata langkah itu adalah bagi memudahkan mereka mengurus perbelanjaan dan aliran tunai isi rumah berikutan kenaikan harga bahan api.

"Separuh pertama akan dibayar pada pertengahan bulan dan separuh kedua akan dibayar pada hujung bulan.

"Potongan-potongan seperti cukai pendapatan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebagainya akan dilakukan pada hujung bulan," katanya.

Namun begitu cadangan tersebut tidak mengembirakan kakitangan kerajaan yang berpendapatan kecil. Malah kakitangan awam bergaji rendah ditemui turut menyuarakan bebanan mereka nanti jika pelaksanaan tersebut diteruskan.

Read More...

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP