>> Isnin, Ogos 27, 2007


Kaki rokok......cerita lanjut dibawah
Luar minda baru cegah tabiat merokok

Read More...

Pak Lah lemah pembangkang lagi lemah

>> Jumaat, Ogos 24, 2007

Oleh Adnan Ibrahim
KETIKA pembangkang memperkatakan `lemah’ Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, media massa serta dunia siber menyiarkan gambar Pak Lah bersalam dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengambarkan jiwa besar beliau.
Pada awal Ogos ini juga, Perdana Menteri dikatakan merestui pelantikan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Imam Khalifah Besar Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia.
Tegas Setiausaha Agung pertubuhan itu, Cikgu Majid Mat Isa: “Orang nombor satu negara (Pak Lah) memberi lampu hijau kenapa pula ada sekumpulan lain lebih sudu dari bubur."
Beliau memuji sikap yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri, semasa pertemuan singkat dalam majlis di Balik Pulau baru-baru ini di mana beliau sendiri menyarankan dilakukan asalkan bermanafaat.
Ujarnya, beliau menafikan pandangan sekelompok kepimpinan negara dan Umno yang khuatir Anwar mempengaruhi supaya menyokongnya dalam pilihan raya umum yang dijangkakan tidak lama lagi.
Pada mula saya mendapat laporan perlantikan Anwar itu, teringat peristiwa bagaimana Rasulullah saw berdoa: "Ya Allah! Kuatkanlah Islam dengan salah satu yang lebih Engkau cintai di antara dua orang ini. Dengan Abu Jahal atau dengan Umar bin al-Khathab."Maka Allah kabulkan doa beliau. Umar masuk Islam. Kemudian Islam menjadi kuat dengannya. Setelah keislaman Umar, kaum muslimin dapat solat di Masjidil Haram. Padahal sebelumnya mereka tidak mampu melakukannya.
Umar terkenal dengan pemuda gagah berani menjadikan umat Islam lebih izzah iaitu ada harga diri. Dakwah Islam turut bertukar daripada cara sembunyi kepada terangan. Kata-kata berani Umar: “Ya Rasulullah! Bukankah kita ini dalam kebenaran, lantas buat apa kita sembunyi-sembunyi?"
Apakah gelaran yang diterima Anwar itu membuka ruang untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) menambah pengaruh? Diharap dengan gelaran ini juga sekurangnya peluang untuk Anwar berceramah dan menemui rakyat lebih mudah tanpa halangan dari golongan samseng ala mafia.
Peristiwa pilihan raya kecil Ijok pada April lalu banyak mendedahkan pergaduhan Barisan Nasional (BN) dengan PKR. Banyak kawasan yang dikuasai Umno sukar ditembusi PKR kerana gengsterisme.
Saya ada menemui beberapa pemimpin PKR yang melahirkan kegusarannya dengan penglibatan kumpulan `tiga line’ atau kumpulan dikatakan berlambangkan Pakida dalam memberi sokongan kepada BN di situ.
Pada mula saya agak tidak faham tetapi daripada ulangan dan sikapnya bersungguh menunjukkan SMS yang menyatakan `tiga line’ menyokong BN menyukar PKR untuk menang, barulah saya faham ada unsur mafia memberi sokongan padu pada BN.
Oleh kerana itu, saya tidak hairan enam pemuda PAS di kepung dan dipukul oleh 20 pemuda BN dalam pilihan raya tersebut.
Bila ahli PKR menceritakan penguasaan `tiga line’ terutama dalam Umno kawan saya ada juga mencelah, katanya: “Saya `lima line’. Tiga line kita tak pakailah.”
Selepas bersurai daripada kumpulan PKR saya sempat bertanya kawan yang mencelah itu: “Kumpulan mana pulak lima line?”
Secara senyum sinis mungkin sindiran kepada kumpulan tadi yang nampak sangat gementarnya kepada `tiga line’, berkata: “Kumpulan Islam! Satu mengucap dua kalimah syahadah, dua solat...(Merujuk rukan Islam)”
Penerangan kawan saya itu mengingatkan bagaimana Allah mengajar umat Islam supaya tidak bergantung harap kepada makhluk. Walaupun Umur digeruni musuh tetapi dalam peristiwa hijrah, Umar tidak bersama Nabi. Sebaliknya Allah memilih Abu Bakar. Para ulama berpendapat inilah hikmah Allah untuk membentuk Nabi supaya tidak bergantung kepada makhluk tetapi sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.
Peristiwa hijrah itu mendidik kita kearah tersebut supaya tidak gerun dengan musuh Allah, menghapuskan perasaan kecewa dan hilang keyakinan bila menerima kekalahan.
Kena ada kecekalan, jangan wujud perasaan penyesalan bila ada yang tidak mahu mendengar seruan kita. Sifat penakut memang ada pada manusia. Itu memang tidak boleh elak tetapi jangan sampai kita syirik.
Kerana itu orang Islam mesti ada kepercayaan dan keyakinan bahawa yang bathil tetap akan tumbang. Islam akan memang. Masalahnya kita menghadapi pemimpin lemah tetapi kita lebih lemah daripada yang lemah. Seperti kata mamak kedai: “Pak Lah lemah pembangkang lagi lemah.”
Pembangkang dilihat lesu tidak mampu menggerakkan rakyat supaya bangkit dalam kesedaran politik. Sebaliknya dalam `lemah’, PM telah cuba menyambung saliraturrahimnya dengan Mahathir dan Anwar. Bagaimanapun Mahathir jelas menyatakan pendirian tetap mengkritik Pak Lah. Cuma kita tunggu bila lagi Pak Lah akan bertemu Tengku Razaliegh?

Read More...

Penguasaan kapitalis dalam kerajaan

Oleh Adnan Ibrahim
BARISAN pembangkang dilihat tidak begitu optimis untuk mengambil alih kekuasaan pemerintahan Barisan Nasional (BN). Apakah ini berpunca daripada sikap rakyat seolah tidak mahu kepada perubahan pemerintahan? Mereka tetap mahukan kepimpinan kerajaan yang ada atau pembangkang tidak bersedia untuk memerintah negara?
Polemik mengajak anda menyelami kehendak rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang. Hantarkan 450 perkataan pendapat anda kepada e-mail nanbinjai@gmail.com, SMS 013-3354513 atau fax 03-40253307 dengan mencatatkan polemik.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) antara yang bercita besar menukar pemerintahan sejak pilihan raya umum 1999. Kebanyakkan pemimpinnya pernah menerajui pemerintahan serta memiliki ahli yang tahu selok belok pentadbiran kerajaan menjadi sandaran rakyat yang mahukan perubahan.
Bagaimanapun harapan tinggi tidak menjadi kenyataan dalam pilihan raya umum pada tahun tersebut. Ia seumpama cerita lalu berulang kembali dimana Parti Semangat 46 gagal pada 1990. Selepas pilihan raya 1995 politik negara memperlihatkan kepimpinan parti pembangkang yang tidak ada prinsip dan mudah dibeli. Ia turut diikuti ahlinya.
Keadaan itu mula hampir sama berlaku dalam PKR apabila berita ahlinya keluar parti sering terpapang di akhbar. Apabila prinsip perjuangan pemimpin mudah tergadai dan kemudian diikuti ahlinya maka hilanglah keyakinan rakyat.
Akhirnya rakyat hilang kepercayaan. Jika penilaian ini diambil kira maka peluang pencapaian pembangkang untuk lebih baik dalam pilihan raya umum lalu mungkin tidak tercapai.
Suasana politik sekarang cukup tidak mengizinkan pembangkang untuk menang. Ini berdasarkan kepada pengalaman pilihan raya yang lalu. Momentom politik Malaysia masih belum menampakkan kegembiraan kepada pembangkang. Ia sepi, tidak membahang.
Kenapa ini berlaku? Apakah kerana dalam perlahan ada sesuatu yang luar biasa pada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sehingga mampu menyejukkan politik yang cuba dipanaskan pembangkang melalui isu hangat diperkatakan terkait dengan pemimpin negara terutama Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak.
Begitu juga isu rasuah walaupun melibatkan berprofil tinggi tetapi seolah menjadi tidak bermaya. Tidak ada kepimpinan yang mampu mengcungkil rakyat supaya bangun menuntut pemimpin rasuah dibicarakan.
Apakah budaya jangan dengki kejayaan seseorang walaupun dari mana datangnya sumber kekayaan atau halal haramnya sudah dipasak betul-betul oleh Umno kepada orang Melayu?
Penguasaan golongan kapitalis dan konglomorat dalam kerajaan sehingga mampu membeli undi setiap insan menjadikan politik Malaysia amat tidak bebas. Golongan rakyat yang mahukan perubahan dinafikan masyarakat kaya raya ini. Ia melahirkan sistem demokrasi yang cukup tidak adil.
Seperti piket Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pada Rabu lalu mewakili lebih 5 juta pekerja yang bergaji bawah paras kemiskinan seperti dipandang sepi oleh kerajaan.
Kalau di negara barat golongan ini boleh menggugat kerajaan tetapi tidak di Malaysia. Ini membuktikan ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem demokrasi Malaysia. Tidak ada kebebasan.
Memandangkan demikianlah barisan pembangkang menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan pilihan raya secara adil. Salah satunya SPR kena menerima celup dakwat pada jari yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan ia boleh digunakan dan tidak melanggar hukum syarak. Itu adalah sebahagian syarat yang diminta pembangkang menuntut pilihan raya bersih.
Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata keputusan itu dibuat berdasarkan penjelasan dan hasil kajian yang dijalankan oleh Jabatan Kimia dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Read More...

Sikap Arab gagalkan produk Islam

ADA sahaja sikap negara Arab. Bukan mereka menjayakan seruan boikot dunia Islam yang telah dikeluarkan tahun 2000, agar Palestin dan negera Islam boleh bebas dari penjajah Zionis-Israel mahupun Zionis-Amerika, malah mereka membantu kewujudan Israel. Bahlul, itulah barangkali ungkapan tepat bagi mereka.
Betapa tidak, negara Arab ini melarang jualan Mecca Cola, sebuah produk minuman ringan keluaran Muslim Perancis, Taufiq Matlusi, namun dalam masa sama membolehkan produk Coca-Cola masuk ke pasar negara itu. Padahal produk tersebut termasuk dalam senarai boikot dunia Islam. Lucunya, Mecca Cola boleh pula dijual di Israel dan Amerika.
Atas sikap negara Arab tersebut, Taufiq berkata, “Tidak perlu cerdik untuk menilai sikap negara Arab tersebut. Mereka beralasan terdapat bahan berbahaya dalam produk Mecca Cola, tetapi mereka tidak menyebut apa bahan yang dianggap berbahaya tersebut.”
Taufiq yakin, larangan itu kerana sikap pengecut yang memang terdapat pada kebanyakan pemimpin negara Arab terhadap Zionis-Israel mahupun Amerika. “Mereka tidak berani, mereka takut, jika mengizinkan produk ini masuk ke negara mereka, mereka takut dianggap penyokong boikot terhadap produk AS dan Israel.”
Taufiq Matlusi menerangkan bahawa produk Mecca Cola memang diusahakan untuk menolong saudara Muslim seluruh dunia, terutama Muslim Palestin. Ada sebahagian keuntungan daripada jualan Mecca Cola yang disumbangkan untuk Muslim Palestin dan lainnya. Pada tahun 2006 saja, Mecca Cola telah memperolah laba sebesar 24 juta dolar Amerika yang diperolehi dari 17 pengeluar di 64 negara. Jumlah itu lebih kurang sama dengan keuntungan tahun 2005.
Sejarah Mecca Cola
Mecca Cola merupakan minuman ringan berkarbonat rasa cola yang memang dibuat untuk menyaingi Pepsi Cola mahupun Coca Cola. Mecca Cola hadir ketika Dr. Yusuf Qaradhawi mengeluarkan fatwa boikot pembelian produk Israel dan AS yang jelas menyumbang sebahagian keuntungannya untuk Zionis.
Mecca Cola dilancarkan di Perancis, November 2002. Produk ini inspirasi minuman ringan dari Iran, Zam Zam Cola, yang mendapat keuntungan besar di Arab Saudi dan Bahrain. Menurut keterangan rasminya, Mecca Cola menyumbang keuntungan sebanyak 10 peratus untuk Muslim Palestin dan 10 peratus lainnya untuk negara yang menjadi tempat pengeluaran produk tersebut. Mecca Cola juga telah mendirikan Yayasan Sosial Mecca Cola yang telah membantu 3000 pelajar Palestin. (Rizki)

Read More...

Nisfu Syabaan hanya adat resam


Oleh Ibnu Ibrahim

PADA penghujung bulan Rejab mengingatkan kita tentang peristiwa Israk dan Mikraj. Walaupun peristiwa itu tidak ada yang menyaksikannya tetapi akhlak Nabi yang tidak pernah berbohong dapat menyakinkan Abu Bakar serta para sahabat walaupun cuba ditemplak oleh kaum Quraish.
Ia merupakan persitiwa besar dan agung yang tidak tercapai oleh akal tetapi boleh diterima iman. Hanya iman yang mampu membezakan antara percaya atau tidak dengan kejadian itu.
Cerita Nabi saw tentang israk dan mikrajnya hanya sekitar apa saja yang diperlihatkan Allah SWT kepada beliau, juga cerita tentang bertemunya beliau dengan para nabi sebelumnya, termasuk neraka dan surga, serta yang paling penting adalah bertemunya beliau dengan Allah SWT di Sidratil Muntaha untuk menerima perintah solat lima waktu.
Penghujung bulan ini juga kita akan memasuki bulan Syabaan yang akan mengingatkan kita sebulan lagi kepada bulan Ramadan iaitu sambutan puasa bagi umat Islam seluruh dunia. Suatu ibadah yang menyatukan ummah seluruh dunia serta kaya dan miskin selain solat.
Sebelum kita menyambut Ramadan secara besar-besaran dengan amal ibadah, Rasulullah saw turut mengingatkan kita kepada Syabaan.
Pada kebiasaannya Rasulullah membanyakkan puasa pada bulan Syabaan sebagaimana kata Aisyah: “Tidak kelihatan oleh saya Rasulullah saw melakukan puasa dalam waktu sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan tidak satu bulan pun yang hari-harinya lebih banyak dipuasakan Nabi dari bulan Syabaan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Dari Usamah bin Zaid ra katanya: “Ya Rasulullah, kelihatannya tidak satu bulan pun yang lebih banyak anda puasakan dari bulan Syabaan!” Jawab Nabi: “Bulan itu sering dilupakan orang kerana letaknya antara Rejab dan Ramadan, sedangkan pada bulan itulah diangkatkan amalan-amalan kepada Tuhan Rabbul alamin. Maka saya ingin amalan saya dibawa naik selagi saya dalam berpuasa.” (Riwayat Abu Daud dan Nasa’i dan dinyatakan sah oleh Ibnu Khuzaimah).
Dalam masalah puasa di bulan Syaban, kita hanya mendapatkan hadis sahih atau hasan yang menceritakan bahawa secara umum Rasulullah saw memang banyak melakukan puasa di kedua bulan Rejab dan Syabaan.
Ini kerana bulan Rejab termasuk bulan haram dan puasa di bulan haram itu maqbul (diterima) dan mustahab (disukai) dalam keadaan apapun.
Namun tidak ada riwayat yang kuat menyebutkan bahawa Rasulullah saw melakukan puasa sebulan penuh di bulan Rejab atau Syabaan.
Berkata Imam as-Syawkani dalam Nailool Awthor, jumhur ulama mengharuskan puasa sunat selepas 15 Syabaan kerana larangan berbuat demikian datang dari hadis dhaif.
Mengenai puasa nisfu Syaban iaitu pada pertengahan bulan tersebut, Syekh Sayyid Sabiq berpendapat berpuasa khusus pada nisfu Syaban kerana menyangka ada kelebihan dari yang lain, maka ia tidak berlandaskan dalil atau keterangan yang sah.
Bagaimanapun ada juga ulama mengkhususkan ibadah nisfu Syaban berdasarkan dalil dhaif (lemah) dengan alasan bahawa hadis tersebut tidak terlalu cacat atau teruk kelemahannya maka masih boleh digunakan sebagai ibadah yang bersifat keutamaan.
Manakala sebahagian ulama pula agak berhati-hati dan ada juga yang tegas dalam mengambil keputusan berdasarkan dalil hadis dhaif.
Kerana itu terdapat para ulama berbeza pendapat berikutan kekuatan darjat periwayatannya.
Di antara dalil yang dianggap lemah itu misalnya hadis berikut ini: Sesungguhnya Allah SWT bertajalli (menampakkan diri) pada malam nisfu Syabaan kepada hambaNya serta mengabulkan doa mereka, kecuali sebagian ahli maksiat.
Menurut Ahmad Sarwat memang kalau kita mahu jujur dengan hasil penelitian para muhaddisin, riwayat hadis ini tidak mencapai darjat sahih. Ada sebahagian kalangan yang menghasankan, tetapi tidak sedikit juga yang secara tegas mendhaifkannya.
Al-Qadhi Abu Bakar Ibnul Arabi mengatakan bahawa tidak ada satu hadis sahih pun mengenai keutamaan malam nisfu syabaan.
Begitu juga Ibnu Katsir telah mendhaifkan hadis yang menerangkan tentang bahawa pada malam nisfu syabaan itu, ajal manusia ditentukan dari bulan pada tahun itu hingga bulan Syabaan tahun depan.
Menurut Ahmad lagi sedangkan amaliyah yang dilakukan secara khusus pada malam nisfu Syabaan itu, sebagaimana yang sering dikerjakan oleh sebahagian umat Islam dengan serangkaian ritual (adat resam), kami tidak mendapatkan satu petunjuk pun yang memiliki dasar yang kuat.
Sebagaimana kita tahu, sebahagian dari umat Islam banyak yang mengkhususkan malam itu untuk membaca surah Yasin atau melakukan solat sunat dua rakaat dengan niat minta dipanjangkan umur atau niat agar menjadi kaya dan seterusnya.
Memang amalan seperti ini ada di banyak negeri, bukan hanya di Malaysia bahkan di Indonesia, Mesir, Yaman dan negeri lain.
Mereka pun sering membaca lafaz doa khusus yang entah bagaimana telah tersebar di banyak negeri walaupun sama sekali bukan berasal dari hadis Rasulullah saw.
Sering kita dapati bahawa sebahagian umat Islam memanjatkan doa khusus pada malam nisfu syabaan. Dalam doa itu mereka meminta agar Allah SWT menghapuskan takdir yang buruk yang telah tertulis di Loh Mahfuz.
Banyak pendapat ulama besar mengatakan amalan nisfu Syabaan adalah suatu perayaan yang direka berdasarkan nas yang lemah dan mardud (tertolak).
Ini adalah pendapat majoriti mujtahid hari ini antaranya Prof Dr Yusuf Qardhawi (Fatawa Mu'asirat), Prof Mutawalli Sya'rawi (anta Tasal), Dr Abdul Karim Zaidan (al-Mufassal) dan Prof TM Hasbi as-Siddiqui (Sunnah dan Bid'ah).
Juga dalam kajian laman web antaranya: Islam Online, Lujnah Daimah Arab saudi, Lujnah fatwa al-Azhar, Ustaz Basri Ibrahim dan Kusza.
Amalan ini lebih merupakan adat Melayu dan ia bukan peristiwa yang disyariatkan.
Yusuf Qardhawi berpendapat para pengkaji sunnah mengesahkan fadhilat malam nisfu syabaan ini tiada dasar dalam Islam iaitu tidak ada dalil bersumberkan nas al-Quran dan hadis sahih. Kata beliau malam yang diagung-agungkan itu sebenarnya lailatul Qadr sahaja.
Mengenai pendapat yang mengatakan amalan tersebut bidaah ia bukanlah membaca surah Yasin itu yang bidaah tetapi ia menjadi bidaah bila dikaitkan dengan peristiwa dan malam tertentu sedangkan amalan itu tidak diambil dari nabi saw.
Mereka yang mengamalkan malam nisfu syabaan itu juga berpendapat segala catitan amal untuk tahun lalu akan dibawa ke langit dan buku yang baru akan dibuka bagi amalan yang datang.
Pendapat ini juga menurut ulama adalah dhaif dan terdapat dalam beberapa kitab para ulama tetapi sumber atau nasnya tidak sahih.
Tiada ditemui sumber sahih berkaitan perkara di atas setelah dilakukan kajian mendalam oleh berbagai pihak.

Read More...

Jordan tolak serah Raghad ke Iraq

>> Selasa, Ogos 21, 2007


JORDAN menyatakan tidak akan menyerahkan anak perempuan tertua Saddam Hussein pada pemerintah Iraq untuk diadili dengan tuduhan memberikan bantuan dana kepada kumpulan pemberontak di negeri 1001 malam itu.

Pemerintah Iraq meminta bantuan polis antarabangsa, Interpol untuk mengembalikan Raghad Hussein yang terkenal dengan sebutan "Little Saddam" ke Iraq. Untuk itu, akhir minggu kelmarin, Interpol mengeluarkan `Red Notice’ yang isinya meminta polis seluruh dunia memberikan informasi jika mengetahui dimana puteri tertua Saddam Hussein itu berada dan segera mengekstradisinya ke Iraq.

"Ekstradisi Raghad tidak akan dilakukan, kerana ia berada di Jordan dan mengambil kira alasan kemanusiaan, " kata Nasser Judeh, juru cakap pemerintah Jordan kepada wartawan mingguan.
Walaupun demikian, Judeh menyatakan bahawa pemerintahnya tidak menolak kemungkinan suatu masa Raghad yang berusia 38 tahun akan dipulangkan ke Iraq.

Ketika ini Raghad mendapatkan suaka dari pemerintah Jordan. Ia pergi ke Jordan dengan adik perempuannya, Rana dan anak-anak mereka pada bulan Julai 2003.

Sejak akhir tahun 2006 lalu, pemerintah Iraq memasukkan nama Raghad dalam daftar 41 orang yang harus menjalani proses hukuman, kerana dianggap telah membantu kumpulan yang melakukan keganasan di Iraq. (presstv)

Read More...

`Budaya Kristian-Yahudi’ tutup dailog Islam

>> Isnin, Ogos 20, 2007


KALANGAN gereja Katolik pada keseluruhannya berpandangan sama bahawa mereka belum bersedia membuka dialog dengan umat Islam.

Perkara ini dinyatakan hasil daripada pertemuan gereja Katolik di Prancis baru-baru ini. Pertemuan yang berlangsung selama satu minggu dan berakhir hari Minggu kelmarin (19 Ogos), dianjurkan oleh Gereja Katolik Perancis yang membincangkan hubungan Muslim-Kristian.

Laman Islamonline, mengutip sumber yang mengetahui jalan pertemuan itu menulis, sebahagian besar tokoh gereja Katolik dalam pertemuan yang dipimpin oleh Uskup Fracois Jourdan menilai tidak ada manafaat yang boleh mereka ambil dalam dialog dengan umat Islam.

Kebanyakan para tokoh agama Katolik itu juga tidak mahu mengakui kebanyakan isu sensitif yang berkait dengan agama Islam. Sebahagian tokoh lagi menilai, bahawa masa depan umat Kristian di Eropah sangat bergantung kepada dialog dengan umat Islam sebagai kekuatan baru di Eropah.

Sekitar 40 uskup dari seluruh Eropah, hadir dalam forum tersebut. Mereka mendiskusikan banyak hal, mulai dari Islam dan peradabannya, pemikiran Islam, pembahagian Sunni dan Syiah hingga kepada keganasan yang berterusan berlaku di Iraq.

Para uskup itu juga membahas persoalan, mengapa masjid selalu dipenuhi dengan para jamaah sedangkan gereja banyak yang kosong. Menurut penganjur dialog muslim-Kristian, Michael Le Long, Gereja Katolik Prancis yang paling keras menolak dialog dengan dunia Islam. "Mereka meyakini bahawa dialog dengan umat Islam bukan persoalan yang penting, " katanya.

Ia mengatakan, uskup gereja Katolik yang menyerukan dialog dengan umat Islam dan menganggap umat Islam sebagai kawan umat Kristian, jumlahnya masih sangat sedikit dan masih menjadi suara minoriti.

Situasi ini, kata Le Long, terjadi kerana `budaya Kristian-Yahudi’ yang masih mendominasi gereja, yang dipelopori oleh mendiang Kardinal Jean Marie Lustiger.

"Lustiger sangat mensucikan keuskupan. Ia berpandangan bahawa umat Kristian adalah perpaduan dari budaya Yahudi dan Kristian, sedangkan Islam dan agama-agama lainnya tidak penting, " kata Le Long.

Ia menambahkan, pandangan Lustiger tentang Israel juga sangat bias dan ia merupakan salah satu tokoh Kristian yang menentang dibentuknya lembaga French Council of the Muslim Faith (CFCM).

"Forum Kristian-Yahudi memberikan sokongan kepada Israel dan penjajahannya. Mereka dengan keras menolak menerima budaya Islam dan tidak mahu mengakui keyakinan umat Islam itu sebagai salah satu elemen agama di Eropah, " jelas Le Long.

Prancis adalah negara di Eropah yang jumlah warga muslimnya paling banyak, iaitu sekitar enam juta orang. Data CIA World Fact Book menyebutkan, sekitar 83 hingga 88 peratus penduduk Prancis memeluk agama Katolik, dua peratus di antaranya memeluk agama Protestan dan Yahudi.

Read More...

Rasuah: Kita perlu hero Hindustan?

>> Jumaat, Ogos 17, 2007










Oleh: Adnan Ibrahim

APAKAH akan ada hero di Malaysia sebagaimana dalam filem Hindi untuk menyelamatkan negara India daripada jenayah ala mafia yang mendapat perlindungan kepimpinan politik, jabatan kerajaan terutama pasukan keselamatan dan sebagainya.

Ada setengah pendapat mengatakan filem walaupun tidak berapa logik tetapi tema atau jalan cerita menggambarkan perkara yang benar berlaku sekiranya filem itu bukan berunsur fantasi.

Pembuat filem Hindi terutamanya mahukan kesudahan yang mendedahkan kebenaran disebalik pergolokan dalam jalan cerita.

Sekiranya ini yang diambil kira maka jalan cerita Malaysia yang melibatkan siasatan rasuah terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Zulkifli Mat Noor mungkin masih panjang dan belum sampai kepada penamat kerana kebenaran dirasakan belum muncul.

Kalau Musa tidak bersalah dan beliau dikatakan difitnah tetapi pembuat fitnah tidak tertangkap atau disiasat maka keadilan kepada semua pihak tidak tercapai.
Begitu juga pihak yang membuat laporan terdapat rasuah dan penyelewengan Zulkifli terutama Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak), Ezam Mohd Nor bersedia untuk disiasat.

Jadi jalan cerita ini masih menarik mungkin panjang lagi mahu tamat. Biasalah kalau sudah tengok filem ramai-ramai, selagi cerita belum habis kena ada pengulas, baru seronok. Alih-alih saspens belum lagi kemana, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi minta jangan diungkit lagi oleh mana-mana pihak. Orang kata klimaks separuh jalan tidak puas. Ada orang sanggup mati untuk habiskan kepuasan.

Jadi permintaan PM itu tidak kena pada tempatnya. Biarlah berlaku seadilnya dan mendedahkan kebenaran baru kita tutup wayang. Jika tidak apa kata saudara kita Ezam. Apakah dia tidak teraniaya kerana dituduh membuat laporan yang tidak berasas. Beliau boleh didakwa kerana laporan palsu.

Begitu juga dengan bekas Pengarah BPR Sabah, Mohamad Ramli Manan. Mana dia mahu letak muka bila didakwa buat tuduhan tidak berasas. Takkan orang seperti Ramli tidak tahu hukuman berat ke atas mereka yang membuat laporan palsu.

Sebagai rakyat yang bersedia berkorban membersihkan nama baik negara sepatutnya dijaga kemuliaan mereka. Sebab itu siasatan yang sangat terperinci mesti dilakukan kerana ia melibatkan nama baik seseorang.

Kita rasa Ezam dan Ramli tidak mahu dituduh pemfitnah kerana dia tahu hukum Islam. Berat azab Allah nanti kalau cuba membuat fitnah terhadap seseorang. Kalau kita buat aib orang, Allah akan dedah aib kita. Hukum Allah kena ambil kira. Lainlah kalau PM rasa dia cucu ulama yang diberi keistimewaan.

Tetapi kalau ada tanggapan seperti itu ia sudah mencapai taraf paderi yang pinda hukum Allah dalam kitab Injil. Macam juga para rahib Yahudi yang rasa hukum Allah tidak kena pada mereka.

Peristiwa agung dalam Islam ada dinukilkan dalam sirah nabi, ketika ada seorang wanita mencuri, kerana wanita itu merupakan wanita bangsawan, muncul tuntutan sekelompok orang supaya hukumannya digugurkan agar tidak menjatuhkan kewibawaannya. Dengan marah Nabi menjawab: "(Jangankan wanita ini) kalau sahaja Fatimah binti Muhammad mencuri, tentulah aku akan memotong tangannya." (Hadis riwayat Imam Ahmad, Muslim dan An-Nasa’i).
Jangan kerana kita, Islam hilang kepercayaan. Kerana akhlak kita menyebabkan orang tidak suka pada Islam.

Kerana kita Islam maka perbaikilah diri kita sebagaimana yang dikehendaki Allah. Peraturan sudah ada bertindaklah mengikut keadilan.

Keputusan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail mengarahkan tutup siasatan BPR terhadap dakwaan Musa menerima rasuah RM2 juta bagi membebaskan tiga tahanan Ordinan Darurat, perlu dikaji.

Kata Ghani kertas siasatan itu dibuka setelah Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Nazree Mohamad mengemukakan satu surat aduan dan e-mail kepada BPR pada 27 April 2007 yang mengandungi antara lain tohmahan itu.

Sementara itu bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kredibiliti Peguam Negara persis mee segera.

Abdul Gani segera membersihkan Musa dan Zulkifli dari tuduhan rasuah. Ini merupakan rekod baru dunia. Siasatan dan perlepasan segera. Kaedah menyiasat “kok persis gaya mee segera.”
Sewajarnya siasatan terhadap tuduhan berat seperti ini lebih teliti dan mengambil masa lama. Namun sepertimana yang dijangka, ia lebih merupakan episod menarik persis drama filem hindi yang melibatkan polis, pendakwa, dan hakim.

Dan tentunya media milik Umno. Sekalipun ada pendakwaan, ceriteranya akan selari dengan drama kes rasuah perwaja dan pembunuhan altantuya.Kata Anwar: “Apa lagi yang boleh kita harapkan dengan ’slogan anti-rasuah’ tajaan mereka?”

Read More...

Amalan dan iklan hormat tugu syirik


Oleh Adnan Ibrahim

BERDASARKAN kepada fatwa para ulama bahawa amalan meletakkan kalungan bunga sebagaimana yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta penyiaran iklan di televisyen menghormati Tugu Negara mesti dihentikan kerana ia diputuskan boleh membawa kepada syirik.

Memandangkan Abdullah orang yang dihormati, pemimpin kepada sebuah negara, cucu kepada ulama besar dan terkenal dengan Islam Hadhari maka perbuatan tersebut tidak sepatutnya dilakukan kerana ia boleh mempengaruhi orang ramai terutama umat Islam bahawa tingkah laku tersebut seolah tidak diharamkan.

Begitu juga dengan iklan letak kalung bunga dan hormat tugu di televisyen sempena 50 merdeka ia boleh mempengaruhi ramai umat Islam terutama kanak-kanak dikatakan perbuatan itu baik dan tidak menyelahi agama.

Firman Allah dalam surah al-Maaidah, ayat 90: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

Fatwa Mufti Pulau Pinang mengatakan bahawa tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu, bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan dihadapan tugu, atau dalam suasana yang dilarang oleh syarak kerana semua ini adalah upacara agama juga.

Fatwa Mufti Pahang di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu: “Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

Fatwa Mufti Perlis bahawa berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara' dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk dalam larangan firman Allah, surah al Maidah ayat 90 tadi.

Keterangan: “al-Ansab” dalam ayat itu maknanya batu orang jahiliyah sembelih korban disisinya dan beribadat kepadanya. Berdoa adalah ibadat, berdoa di batu tugu peringatan sama seperti orang jahiliyah beribadat di al-Ansab yang dimaksudkan dalam ayat 90 tersebut.

Sementara Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-19 pada 6 dan 7 Oktober 1987 bertempat di Dewan Syura, Tingkat 11, Pusat Islam, Kuala Lumpur yang didedahkan dalam laman web turut memutuskan boleh membawa kepada syirik dan dilarang oleh syarak.

Hujah ini diambil berdasarkan maklum balas kertas kerja yang dibentangkan dan juga penjelasan Sahibul Fadhilah Kol. Haji Abdul Hamid Zainal Abidin seperti berikut:

A) Penubuhan Angkatan Tentera Malayai (ATM) adalah atas model Angkatan Tentera British (ATB) boleh dikatakan sebahagian besar mengenai undang-undang, peraturan-peraturan, adat resam dan tradisi yang dipraktikkan oleh ATM tidak banyak berbeza dengan apa yang dilaksanakan oleh ATB. Oleh itu tidak dinafikan terdapat banyak perkara yang terpengaruh dengan ciri-ciri penjajah yang nyata bertentangan dengan ajaran Islam.

B) Di antara sekian banyak amalan tradisi yang berbau ciri-ciri penjajah tetapi masih kuat dipertahankan ialah Hari Kenangan Rakan Seperjuangan yang diraikan di Tugu Negara dengan atur caranya yang tersendiri. Sebenarnya kenangan ini hanya disambut setahun sekali sempena menyambut Hari Ulang Tahun ATM. Ucapara ini merupakan salah satu daripada perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam yang masih diamalkan dalam ATM sekarang ini. Untuk menghapuskan segala perkara ini memerlukan kesabaran dan memakan masa yang agak panjang dan usaha ini perlu dibuat supaya ATM akan bersih daripada sebarang kemungkaran. Kerana kemungkaran itu boleh melemahkan kedudukan ATM dan negara ini sendiri.

C) Upacara ini sepertimana yang dijelaskan dalam kertas kerja ini merupakan satu upacara yang mengandungi ciri-ciri yang nyata bertentangan dengan akidah Islam dan masih kuat dipertahankan oleh pihak ATM, terutama oleh pegawai peringkat atasan dengan alasan ia adalah satu tradisi yang perlu dipertahankan.

D) Di akhir-akhir ini telah timbul suasana keresahan di kalangan sebilangan anggota tentera yang telah menyedari bahawa upacara ini adalah tidak Islam, menyebabkan mereka merasai serba salah. Berbagai cara telah dilakukan oleh mereka bagi mengelakkan diri daripada menghadiri upacara tersebut.

Muzakarah telah mengambil ingatan terhadap pandangan yang dikemukakan oleh para ahli seperti berikut:

a) Upacara Hari Kenangan ini adalah mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan akidah Islam dan membawa kepada syirik.

b) Oleh kerana upacara ini nyata bertentangan dengan akidah Islam, maka hendaklah dicadangkan kepada Kementerian Pertahanan supaya upacara ini ditiadakan dan diganti dengan upacara tahlil.

c) Aturcara yang tidak menyalahi dengan syarak yang terdapat dalam upacara ini seperti pembacaan sajak bolehlah diteruskan. Aturcara ini boleh disusun dengan lebih baik dan diperbesarkan lagi, misalnya dengan menjemput penyair yang terdapat di negara bagi mendiklimasikan sajak yang boleh menaikkan semangat perjuangan dan seumpamanya.

d) Selain daripada upacara ini terdapat banyak lagi upacara yang perlu difatwakan umpamanya tos semasa minum ucap selamat dan lain-lain lagi. Perkara tersebut bolehlah dibawa kepada Jawatankuasa ini dari semasa ke semasa.

Muzakarah telah mengambil keputusan bersetuju iaitu:

a) Amalan seperti tiupan `Last Post’ bertafakur dengan menundukkan kepala selama 20 saat, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak, nyanyian dan tiupan `Rouse’ yang dilakukan dihadapan tugu dalam upacara menyambut Hari Kenangan Rakan Seperjuangan oleh Angkatan Tentara Malaysia adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.

b) Bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan dengan syarat tidak dilakukan di hadapan tugu atau di tempat atau dalam suasana yang dilarang oleh syarak.

Sementara maklumat daripada laman web soal jawab agama mendedahkan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan kali ke-9 turut membuat keputusan yang sama.

Read More...

Pilihan pemain terbuka


Oleh Adnan Ibrahim

LUAHAN beberapa pemimpin sukan berhubung bola sepak liga profesional Malaysia supaya kembali kepada semi-pro atau amatur membayangkan kebenaran dakwaan Siasah bahawa bola sepak negara dilanda kroni yang sukar diatasi hingga menyekat kelahiran pemain yang benar-benar berbakat sepatutnya bermain peringkat negeri mahupun kelab.

Persoalannya, kenapa kelemahan dan kronisme yang melanda persatuan bola sepak sebaliknya yang menjadi mangsa dipersalahkan dan cubaan menutup `periuk nasi’ pemain? Sudah tentu pemain bola sepak tidak setuju cadangan tersebut kerana sebahagian besar mereka menjadikan bola sepak sebagai sumber rezeki mereka.

Kerajaan Umno gagal capai sasaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) terutama 30 peratus ekuiti bumiputra dalam syarikat, mengapa rakyat mahu dipersalahkan? Umno sebagai parti pemerintah mesti bertanggungjawab.

Begitu juga dengan pemimpin persatuan bola sepak, jika ada rasa tanggungjawab maka mereka mesti meletak jawatan supaya ia diganti oleh mereka yang adil dan tidak berkepentingan dengan ini secara tidak langsung melahirkan bakat pemain yang benar-benar berwibawa.

Dalam hadis sahih ada menyebut: “Apabila amanah diabaikan maka tunggulah saat kehancuran.” Para sahabat bertanya; “Bagaimanakah pengabaiannya?” Rasulullah menjawab: “Apabila urusan itu diserahkan kepada bukan ahlinya maka tunggulah saat kehancuran.”

Oleh yang demikian negara bukan sahaja menghadapi masalah projek kerajaan dilulus secara runding terus bahkan dalam pemilihan pemain bola pun dibuat sedemikian rupa kerana kepentingan kroni dan pihak tertentu.

Sepatutnya pemilihan pemain mesti dibuat secara terbuka. Para pemimpin persatuan bola kena meletak belakang tentang kepentingan keluarga, kawan atau sebagainya supaya kita dapat membuat penilaian yang betul untuk mencungkil pemain yang berkebolehan.
Sekiranya ini dapat dibuat tidak timbul liga profesional mesti kembali kepada semi-pro atau amatur.

Sebelum ini, bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Wira Mazlan Ahmad berpendapat jika mahu memperkasakan kembali arena bola sepak negara menerusi liga semi-pro seperti suatu masa dulu.

“Kini, hampir 20 tahun liga profesional ditubuhkan, hasilnya amat mengecewakan dan lari daripada impian yang kami harapkan dulu. Tujuan penubuhan liga profesional ialah untuk melahirkan pemain berkaliber sekali gus membentuk skuad kebangsaan yang mantap.“Selain itu, liga profesional juga akan menjadi satu sumber pendapatan yang baik kepada pemain bola sepak di negara ini. Tetapi, apa yang kami harapkan daripada penubuhan liga profesional itu tidak menjadi.” katanya.

Katanya, FAM boleh memberikan dua pilihan kepada persatuan bola sepak negeri iaitu mewujudkan satu pasukan bertaraf semi-pro yang disertai tiga atau empat pemain profesional dan selebihnya adalah pemain amatur.

Cadangan seperti ini sebenarnya hanya mahu menutup kelemahan pemimpin persatuan negeri dan kelab. Sebagaimana rakyat mengharapkan kerajaan mengadakan sistem tender terbuka kepada pembelian pesawat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan projek kerajaan yang lain begitulah harapan terhadap persatuan bola sepak dalam memilih pemain mewakili negeri atau pun kelab.

Read More...

Syariah tanpa ubah Pancasila


AHLI Dewan Syura Partai Bulan Bintang Fuad Amsyari menegaskan penegakan syariah di Indonesia dapat dilakukan tanpa mengubah dasar negara Pancasila. Itu disebabkan dalam Pancasila tidak ada larangan untuk mengelola negara ini dengan syariat sosial-kenegaraan seperti yang diajarkan Islam.
"Perubahan sedikit dalam UU yang terkait dengan politik nasional sudah bisa memberikan perbaikan banyak dalam penegakan syariat Islam dalam proses pemerintahan, " ujarnya di majlis mengupas buku "Presiden Untuk Penegakan Syariat", di Aula GPI Menteng, Jakarta, Kamis(16/Ogos).
Menurutnya, usaha menegakkan syariah melalui pemerintah hendaknya dapat dilakukan dengan berhati-hati, sehingga para calon independen yang berasal dari kalangan ulama tidak terjebak dalam fitnah, kerana ambisi dengan kekuasaan.
Lebih lanjut Fuad menyatakan, dalam sejarah nabi, Rasulullah SAW memperkaya diri mulai dari ulama menjadi politikus yang berjuang menjadi pemimpin negara, namun kekayaannya tidak dipergunakan sendiri, tetapi untuk kemakmuran umatnya, bukan keluarga atau golongannya saja.
"Kalau mahu meniru Rasulullah, penghujungnya harus menjadi presiden, " katanya yang juga dicalonkan presiden untuk penegakan syariah oleh Panitia Persiapan Kepemimpinan Nasional (PPKN).
Menanggapi pencalonan tersebut, Fuad menganggap itu merupakan suatu kehormatan, kerana itu dirinya akan mengimbanginya dengan kesungguhan hati, dan mempersiapkan kebijakan dalam rangka melindungi NKRI serta meningkatkan kesejahteraan rakyat secara keseluruhan. Kita tunggu realisasi janjinya nanti kalau sudah jadi ya Pak. (rz/novel)

Read More...

Perbetul imej `ada motif peluk Islam’

>> Rabu, Ogos 15, 2007

Penulis buku best-seller Rahsia Bisnes Orang Cina

SAYA mengenali Ann sejak bertugas di Harakah pada 1993. Ketika itu beliau sering berurusan dengan Pengarang Rencana, Ustaz Mashudi Bunyani untuk memasukkan artikalnya dalam Harakah.
Kedatangan beliau ke pejabat semasa itupun pada waktu kritikal (dead line) jadi tidak sempat untuk berbual panjang. Ketika itu kami bertegur sapa secara ringkas dan beliau masa itu belum lagi memeluk Islam. Bagaimanapun tulisan beliau macam orang Islam.
Saya kenal beliau antara penulis yang rajin dan cekal walaupun banyak menghadapi cabaran dan karenah. Satu perkara yang tidak dapat saya lupa apabila mendengar dan menyebut nama awalan beliau ialah kepada nostalgia lama. Mungkin beliau tidak tahu tetapi saya hanya boleh senyum sendiri. Ikuti perbualan Adnan Ibrahim ketika menghubungi beliau di rumahnya.


Info
Nama: Ann Wan Seng
Umur: 39 tahun
Nama isteri: Haslina Hassan
Tarikh kahwin: 1996
Anak: Seorang
Tinggal: Klang, Selangor.
Asal: Klang.
Profesion: Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma).
Penolong Setiausaha Kehormat Kebangsaan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).
Pengalaman: Pensyarah di Jabatan Antropologi & Sosiologi 1992 hingga 1994 di Universiti Malaya (UM).
Mula menulis sejak di bangku sekolah menengah 1987.

SOALAN: Apa minat Ann sebenar pendakwah atau penulis? Profesion utama?

ANN WAN SENG: Saya meminati dunia penulisan dan usaha dakwah Islamiah kerana kedua profesion tersebut menjurus kepada matlamat yang sama iaitu menyebar ilmu pengetahuan, menyampaikan maklumat dan mengajar orang kepada kebenaran.
Saya juga berceramah dan terlibat dengan pertubuhan bukan kerajaan . Kesemua itu saya anggap sebagai profesion yang utama kerana sasarannya kepada semua orang sama ada yang beragama Islam ataupun bukan.

Sekarang menulis dekat mana?

Saya sekarang menulis dan menjadi kolumnis di E-Siswa, Majalah I, Dewan Ekonomi dan beberapa buah majalah lain.

Berapa banyak buku diterbitkan? Macam mana sambutan?

Lebih daripada 30 buku. Buku pertama terbit pada 1991 dan setakat ini sambutan cukup menggalakkan. Buku yang menjadi best-seller di Malaysia dan Indonesia ialah Rahsia Bisnes Orang Cina.
Buku lain mencatat best-seller di Malaysia iaitu Rahsia Bisnes Orang Jepun, Rahsia Arqam, Al-Arqam di Sebalik Tabir dan Rahsia Black Metal.

Banyak menulis cara orang berniaga, Ann minat berniaga ke?

Sejak kebelakangan ini saya banyak menumpukan perhatian kepada buku yang berkaitan dengan perniagaan kerana wujudnya minat masyarakat untuk mempelajari cara orang Cina berniaga.
Saya tulis berdasarkan pengalaman keluarga saya yang terlibat dalam bidang perniagaan sejak kecil lagi. Keluarga saya berniaga makanan dan saya membesar dengan pendapatan yang diperolehi daripada hasil perniagaan. Keluarga saya tidak pernah makan gaji.

Suka perniagaan apa? Boleh jadi jutawan?

Saya suka berniaga dan juga sesuatu yang ada kaitan bahan bacaan. Bagi saya dalam apa sahaja lapangan perniagaan, seseorang itu boleh menjadi jutawan bergantung kepada sejauh mana kemampuan menguruskan perniagaan.

Banyak dapat komen daripada orang cina, apa pandangan mereka?

Rahsia Bisnes Orang Cina banyak dapat sambutan daripada orang Melayu. Saya tidak dapat banyak komen daripada orang Cina.

Ada blog sendiri?

Ada, sifu moden tetapi tidak aktif kerana saya tidak ada masa untuk kemaskini. Saya banyak layari internet untuk dapatkan berita, bahan bacaan dan rujukan.

Apa rasa perasaan dan fizikal badan kalau tidak menulis?

Saya rasa hidup tidak lengkap. Ada semacam kekosongan dan ada kalanya merasa gelisah. Perasaan saya akan menjadi segar apabila dapat menyiapkan bahan penulisan.

Minat politik? Apa pandangan Ann tentang politik Malaysia?

Minat, sejak di bangku sekolah lagi. Peringkat awal penulisan saya banyak menjurus kepada penulisan berkaitan politik Malaysia dan isu semasa.Ijazah pertama saya, mengenai `Politik Cina di Kuala Langat’ dimana dalam tesis tersebut saya meramalkan Parti Semangat 46 akan mencapai kemenangan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Teluk Panglima Garang dengan mengalahkan calon MCA dan ramalan itu tepat sekali.

Apakah perlu ada pembaharuan politik di Malaysia?

Politik Malaysia agak komplikated dan unik kerana kita mempunyai banyak parti politik dan pelbagai suku kaum dengan pandangan hidup yang berbeza-beza. Politik Malaysia banyak berdasarkan kepada politik perkauman. Ini harus diubah kerana politik ini tidak akan mampu mengwujudkan keharmonian dalam masyarakat kita sebaliknya akan menimbulkan pelbagai konflik dan krisis yang tidak berkesudahan.
Inilah bentuk perubahan politik yang perlu kita laksanakan. Ini hanya dapat dicapai melalui perubahan, paradigma dan cara berfikir masyarakat kita.

Ada sertai parti politik? Kenapa tidak pilih MCA atau DAP?

Saya tidak begitu gemar parti yang bercorak perkauman. Saya lebih suka pilih parti yang boleh diterima oleh semua kaum.

Kalau ada peluang mahu tanding pilihan raya? Kawasan mana majoriti Cina ke Melayu?

Kalau ada peluang saya akan pilih kawasan campuran mempunyai komposisi kaum yang hampir seimbang.

Kalau dapat peluang jadi PM apa yang akan Ann buat?

Saya akan pastikan penyakit masyarakat kita dapat diselesaikan antaranya rasuah, penyalahgunaan kuasa, keruntuhan moral, jenayah dan kemiskinan.

Tidak mahu rapat dengan Pak Lah? Boleh tumpang naik jet atau kapal layar mewah? Berkawan dengan Patrik Lim boleh dapat projek? Pembangkang bagi apa?

Saya berkawan dengan sesiapa sahaja tidak kira daripada pihak pembangkang atau parti pemerintah kerana matlamat saya bukan kerana untuk mendapat projek tetapi untuk bercampur dengan pelbagai golongan dan latarbelakang yang berlainan.

Ada pernah lumba kereta di jalan raya? Bila ada yang cabar lumba?

Saya tidak akan layan orang yang mencabar saya berlumba kerana tidak ada faedah.

Apa perasaan bila terkandas dalam kesesakan jalan raya?

Tertekan dan marah tetapi biasanya saya guna kesempatan ini untuk cari idea bagi penulisan dan bahan ceramah.

Suka kereta apa, `merc’ atau BMW ke apa?

Saya suka model yang jarang digunakan seperti Saab dan sebagainya.

Suka mandi laut atau main di pantai terutama di Terengganu, negeri pantai yang cantik?

Saya suka mandi laut dan bermain di pantai kerana ia dapat memberi ketenangan. Saya biasa pergi ke pantai di Terengganu.
Pernah saya bayangkan alangkah bagusnya kalau pantai di Terengganu dapat dijadikan sebagai tempat rekreasi untuk orang ramai dengan prasarana yang lengkap.

Mandi air terjun suka?

Memang saya suka mandi. Masa di sekolah dahulu saya biasa pergi camping di kawasan air terjun.

Suka atau tidak habiskan masa sehari memancing di sungai atau laut?

Pernah juga memancing di laut dan sungai tetapi tidak pernah jadikan hobi.

Boleh ikut Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) dengan Prof Dr Harun Din (Timbalan Mursyidul Am PAS) sekali memancing di pantai ke atau tasek?

Kalau ada kesempatan saya hendak ikut.

Bagaimana pergaulan orang Cina dengan Ann?

Saya tidak ada masalah bergaul dengan masyarakat Cina kerana saya masih mengekalkan jati diri sebagai orang Cina.

Masih makan di kedai Cina?

Ada juga makan di kedai Cina Muslim dan kedai masakan Cina Vegetarian selagi ia halal. Saya memang meminati masakan Cina dan saya juga minta isteri saya masak masakan Cina.

Di Perkim apa kejayaan yang masih Ann ingat sampai sekarang?

Di Perkim dan Macma, saya telah mengadakan program dakwah kepada masyarakat non-muslim dengan memperkenalkan pelbagai pendekatan yang praktikal sesuai dengan keperluan masyarakat setempat.

Apa perkara yang tidak dapat dilakukan di Perkim sehingga sekarang masih menjadi penyesalan pada Ann?

Saya ingin melihat saudara baru dapat menjadi model dan contoh terbaik kepada masyarakat Islam dan non-muslim tetapi impian ini belum dapat dilaksanakan.
Saya juga belum dapat membetulkan imej yang dilebalkan kepada golongan saudara baru sebagai orang yang bermasalah, terpinggir dan dituduh ada motif tertentu bila memeluk Islam.

Apa perasaan terbuku Ann yang tidak berani diluahkan?

Saya suka memendam perasaan dan tidak suka melauhkan secara terbuka kerana saya khuatir ia akan menyinggung perasaan orang lain.

Ada masuk pelaburan internet?

Ada kawan ajak tetapi tidak masuk. Saya tidak minat kerana ia bukan merupakan suatu bentuk perniagaan sebaliknya satu perjudian. Bagi saya berniaga harus mengikut lunas konvensional yang sedia ada.

Orang Cina tidak masuk pelaburan ineternet?

Orang Cina memang minat pelaburan internet sebab ia memberi pelaburan yang tinggi walaupun risiko tinggi.

Apakah kita perlu ada konsep hidup mahukan materialistik atau bagaimana?

Kita perlu hidup bukan berkonsepkan mencari kekayaan material semata-mata. Kena ada satu kepuasan hidup. Yakni kepuasan sebagai seorang manusia yang merupakan tanggungjawab terhadap dunia.

Read More...

Israel larang muslim masuk al-Aqsa

>> Selasa, Ogos 14, 2007


TENTERA Israel melarang warga Palestin yang ingin beribadah masuk ke Masjid al-Aqsa. Larangan itu diperlakukan kerana para penduduk Yahudi akan mengadakan adat keagamaan.
Pejabat berita Iran, IRNA mengutip kenyataan seorang pengurus Masjid al-Aqsa, Hijazi Abu Sanineh yang mengatakan bahawa tentera Israel membuat halangan di sekitar masjid dan memerintahkan pengurus masjid menutup masjid bagi warga Muslim Palestin untuk satu hari.
Sementara itu, di Tepi Barat, pasukan Zionis Israel kembali melakukan penyerbuan dan menangkap sedikitnya 20 warga Palestina.
Di Semenanjung Gaza, tentera Israel juga melakukan serangan udara dan menurut para petugas kesihatan di Gaza, serangan itu menyebabkan seorang warga Palestin mengalami luka serius.

Di Khan Younis, kelompok pejuang Palestin Jihad Islami terlibat pertempuran dengan tentera Israel dan salah seorang anggotanya tercedera dalam insiden tersebut. (ln/presstv)

Read More...

Islam jadi umpan Umno

Oleh Adnan Ibrahim

ISU negara Islam bukan perkara baru yang ditimbulkan Umno setiap kali menjelang pilihan raya umum dan pilihan raya kecil di kawasan majoriti orang Islam. Pada pilihan raya umum 2004 Umno menghangatkan isu Islam Hadhari yang disifatkannya memberi kejayaan terutama kepada Umno Terengganu dalam usaha menumbangkan PAS di situ.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membangkitkan isu negara Islam ketika menghadapi kebangkitan rakyat pada pilihan raya 1999. Beliau melontarkan isu negara Islam apabila PAS tersepit dalam gabungan pakatan Barisan Alternatif (BA) dengan DAP yang mahu konsep negara sekular.

Polemik kali ini mengajak anda menyentuh perkembangan politik tanah air serta isu negara Islam yang diungkitkan kembali bagi menghadapi pilihan raya umum ke 12 akan datang. Pandangan anda sebanyak 450 perkataan dengan mencatatkan polemik boleh dihantar kepada e-mail nanbinjai@gmail.com, SMS 013-3354513 atau fax 03-40253307.

Begitu juga dalam pilihan raya umum 1990 ketika PAS bersama Parti Semangat 46. Gambar tengkolok dikatakan corak lambang salib dipakai Tengku Razaleigh Hamzah, Presiden parti itu dijadikan isu oleh Umno bagi menjatuhkan sokongan masyarakat kepada pembangkang.

Sedangkan tengkolok yang sama pernah dipakai oleh Mahathir tetapi kerana Umno mempunyai media yang cukup berkesan maka impaknya cukup besar kepada pembangkang.

Akhirnya Ku Li gagal dalam hasratnya menguasai Malaysia. Pembangkang hanya memenangi 53 kerusi daripada 180 kerusi Dewan Rakyat yang dipertandingkan, iaitu 29.5 peratus.

Namun begitu kerusi pembangkang di Dewan Rakyat yang sebelum ini dikuasai kaum Cina mula dilihat stabil antara Melayu dan bukan Melayu. Ku Li juga didesak menjadi Ketua Pembangkang bagaimanapun menarik diri.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang ketika itu mengetuai ahli Parlimen PAS terperangkap dalam isu Ketua Pembangkang Parlimen akhirnya bertanding menentang Lim Kit Siang. Sikap berkecuali Semangat 46 mengekalkan Kit Siang dalam jawatan tersebut.

Pada pilihan raya 1995 pembangkang agak kelesuan terutama Parti Semangat 46. Ketika era ini ramai yang mengambil kesempatan peribadi. Pembangkang umumnya daripada pemimpin dan calon Semangat 46 mudah dibeli dengan wang ringgit dan berakhirnya pembubaran parti itu setelah penyertaan kembali dalam Umno.

Sementara prestasi DAP tetap kekal stabil dan terus menguasai pembangkang di Dewan Rakyat.

Sejarah perpecahan Umno berulang dalam pilihan raya umum 1999 tetapi pengalaman pilihan raya 1990 tetap menghantui pembangkang.

Sebelum pilihan raya 1990 itu, isu bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan suasana perkembangan politik serta perubahan rakyat dilihat seolah-olah pembangkang boleh menukar pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Gabungan BA yang julung kali menyatukan PAS dengan DAP menjadi satu era pembaharuan dalam landskap politik tanah air. Tetapi sekali lagi Umno mempermainkan isu negara Islam menjadikan penyatuan dua parti berlainan ideologi itu longgar.

PAS dapat membuat penambahan kerusi empat kali ganda di Parlimen iaitu 27 kerusi. Sebaliknya DAP menyifatkan gabungan tersebut merugikan kerana tidak banyak keuntungan yang diperolehi. Walaupun parti ini berjaya untuk mendapat lagi satu kerusi berbanding sembilan kerusi pada tahun 1995, iaitu satu kenaikan 11 peratus, kedua-dua ahli kuatnya, iaitu Lim Kit Siang dan Karpal Singh ditewaskan.

Bagi DAP pakatan dengan PAS jelas telah menjejaskan parti ini sehingga mengalami kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu.

Buat pertama kalinya Ketua Pembangkang dimenangi kepimpinan Melayu iaitu Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor. Dan selepas itu kepada Presiden PAS sekarang Abdul Hadi sebelum kecundang dalam pilihan raya 2004.

PAS mencapai prestasi yang amat baik. Selain daripada mengekalkan negeri Kelantan, parti ini juga mengambil alih kerajaan Trengganu daripada BN. Di peringkat negeri, kekuatan PAS bertambah tiga kali ganda daripada 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) kepada 98 Dun.
Sebagai parti baru iaitu KeAdilan kemenangan lima kerusi Parlimen dan empat kerusi Dun satu pencapaian yang baik tetapi berbanding dengan isu reformasi ia satu yang menggagalkan.

Bagi DAP isu negara Islam menyukarkan mereka bekerjasama dengan PAS dan kesan kepada kekalahannya. Begitu juga MCA, Gerakan dan parti lain dalam BN melihat perkembangan ini sebagai masalah kepada parti mereka bagi meraih undi Cina khasnya.

Kalau Gerakan melenting isu negara Islam dalam tahun 1999 ketika dibangkitkan Mahathir maka tidak hairan MCA pula mahu menjadi juara kaum Cina pada kali ini apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak mencetuskan kembali bahawa Malaysia negara Islam.

Apakah Islam Hadhari tajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah tidak berkesan menarik sokongan Melayu sehingga Najib terpaksa membelakangi idea Pak Lah. Tetapi apa yang pastinya selepas dilontar isu tersebut pembangkang dan pihak lain dinafikan bersuara untuk memberi maklum balas.

Media diarah tidak lagi menyiarkan pandangan serta kritikan berhubung isu tersebut. Apakah hak Umno sampai begitu sekali menyekat orang ramai bercakap mengenai Islam? Sedang Muhammad saw sendiri tidak menghalang.

Malaysia Negara Islam sebenarnya tidak lebih daripada umpan Umno untuk memancing undi Melayu. Memang umpan ini cukup bagus kerana ia mewakili nama besar agama dan majoriti penduduk Malaysia. Apabila sudah disentap dan mengena, hasilnya cukup memuaskan maka umpan tadi ditinggalkan begitu sahaja.

Cakaplah apa ulama mahu cakap, soal halal haram jadi perkara kedua. Apa yang penting keuntungan kepada kepentingan mereka sudah diperolehi.

PAS pernah menjadikan isu negara Islam sebagai agenda utama dalam pilihan raya 1986 bagaimanapun dieksploit oleh Umno dengan isu kafir mengkafir. Daripada situ timbul isu debat yang didakwa PAS bahawa Umno telah melakonkan debat sesama mereka sebelum bersedia menghadapi PAS.

Akhirnya dengan kuasa raja Melayu yang sering digunakan untuk memberitahu tarikh bulan puasa dan raya, diumumkan debat dibatalkan. Selepas debat, timbul muzakarah pada 1999 juga gagal.

Kali ini senjata PAS untuk menghadapi canang Umno bahawa Malaysia negara Islam ialah meminta diadakan dailog. Apakah ia berjaya? Pemerhati melihat ia tidak akan berjaya kerana itulah umpan Umno.

Read More...

Pastikan gaji melepasi kemiskinan

>> Jumaat, Ogos 10, 2007

Oleh Adnan Ibrahim
KERAJAAN hendaklah memastikan pendapatan yang diperolehi rakyat dibawah naungannya hasil daripada titik peluh mereka bersesuaian bagi menampung nafkah seorang isteri, keperluan tempat tinggal dan pakaian.
Nabi bersabda: “Sesiapa yang bekerja dengan kami, sekiranya ia belum lagi beristeri maka ia akan dibayar gaji sehingga ia mampu beristeri, sekiranya ia belum lagi mempunyai seorang pembantu maka ia akan dibayar gaji sehingga ia mampu mendapatkan seorang pembantu dan sekiranya ia belum lagi mempunyai sebuah rumah maka dimampukannya (melalui pembayaran gaji) memiliki sebuah rumah.” Riwayat daripada al-Auzai, daripada al-Harith bin Zaid, daripada Jubair bin Nafir daripada al-Mustaurad bin Syaddad. Hadis ini boleh dilihat dalam Abu Daud al-Musnad.
Polemik kali menampilkan masalah pendapatan rakyat dan menjadi tanggungjawab kerajaan memastikan ia melepasi paras kemiskinan. Hantarkan 450 perkataan pendapat anda dan catatkan polemik melalui SMS 0133354513, e-mail adnanbrahim@hotmail.com atau fax 03-40253307.
Gaji atau upah adalah sesuatu yang amat penting dalam kehidupan seorang pekerja. Ia adalah sumber pendapatan setiap insan golongan pekerja sama ada mewakili satu atau dua pekerjaan yang dilakukannya.
Jadi amat wajar gaji tersebut boleh menampung perbelanjaan hidupnya dan orang dalam tanggungannya, sama ada untuk mendapatkan barang asas serta keperluan.
Memandangkan Malaysia diwar-warkan dengan kemajuan pembangunan dan ekonomi maka sudah sepatutnya golongan pekerja mendapat perlindungan yang sewajarnya. Perlindungan di sini dimaksudkan peraturan atau undang-undang bagi memastikan golongan pekerja mendapat pembelaan pendapatan mereka sesuai dengan taraf sosial ekonomi negara ini.
Walau pekerja tukang sapu sekalipun kerana mereka hidup dalam negara Malaysia yang sudah semestinya tanggungjawab pemerintah memastikan mereka memperolehi pendapatan melepasi daripada taraf kemiskinan. Sekiranya kerajaan gagal untuk memberi keyakinan tersebut bermakna negara ini tidak ada keberkatan.
Negara Islam itu rahmat dan berkat menjadikan rakyatnya aman dan damai. Aman kerana tidak ada kejadian kecurian, rompakan dan pembunuhan.
Kecurian dan rompakan berlaku dalam negara yang tidak ada keseimbangan pendapatan. Ia bukan sahaja melahirkan rakyat miskin bahkan warganegara berhutang yang boleh menimbulkan desakan serta tekanan hidup hingga membawa kepada gejala tersebut.
Oleh kerana itu tuntutan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bukanlah satu perkara berat yang tidak boleh dibawa berbincang. Alasan yang diberi kerajaan ialah bimbang pelabur tidak akan masuk ke negara ini. Ia satu yang sukar diterima.
Seperti pendapat Izam yang memberi nama ringkas, katanya: “Sebenarnya pelabur bukan semata-mata melihat soal gaji pekerja. Dia lihat soal polisi kerajaan, kestabilan politik, ketelusan, korupsi, infrastruktur. Yang pasti pelabur tak banyak komplen pasal pekerja Malaysia. dia banyak komplen pasal rasuah di setiap pintu, polisi yang macam-macam jenis atau tidak munasabah.”
Apa yang kita bimbang daripada luahan Izam itu ialah pelabur menghabiskan wang bawah meja berjuta-juta untuk datang melabur ke negara ini, bukan kerana bayaran gaji pekerja tinggi. Bermakna golongan tertentu yang berkepentingan mengutamakan peribadi mereka daripada memastikan masyarakat pekerja di sini mendapat imbuhan yang adil.

Kadar gaji

Mengenai soal menentukan kadar gaji, Islam telah menetapkan beberapa kaedah yang kemas mengharamkan penipuan baik dipihak mana sekalipun. Ia juga menegaskan jangan ada kemudaratan dan sesuatu amat yang tidak wajar kalaulah harta itu hanya dimiliki oleh orang-orang kaya sahaja. Firman Allah dalam surah al-Hasyr, ayat 7: “Supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya sahaja diantara kamu.”
Berdasarkan kepada panduan beberapa kaedah dan prinsip yang menarik ini sudah tentu dengan mudah sahaja orang dapat menentukan kadar gaji yang sesuai bagi kaum buruh.
Dalam syariat Islam membayar gaji pekerja adalah satu perkara yang termasuk dalam jenis kontrak yang diarahkan al-Quran bagi memenuhinya dan ia dianggap sebagai satu amanat yang mesti ditunaikan kepada orang yang berhak, firman Allah: “Hai orang-orang yang beriman penuhilah aqad-aqad (kontrak) itu.” (Surah al-Maidah, ayat 1) dan “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya...” (Surah al-Nisa, ayat 58)
Sunnah Rasulullah telah menyebut melalui ayat yang keras tiga jenis manusia yang dimusuhi Allah di hari kiamat nanti, antaranya mereka yang disebut ialah seorang yang mengambil pekerja, lalu buruh itu menunaikan kerjanya dengan sempurna tetapi lelaki itu tidak membayar gajinya. Lihat Sahih Bhukari kitab 37 bab 10.

Read More...

WPI cabar kedaulatan Malaysia- Profesional

Oleh Adnan Ibrahim
SUARA kebimbangan dan kekesalan pertubuhan profesional Melayu berhubung Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) sebenarnya pernah disiarkan Siasah bahawa keselamatan dan ancaman terhadap kedaulatan Malaysia itu sendiri disebabkan kerana kepentingan politik Umno.
Polemik kali ini membicarakan isu WPI yang semakin jelas tidak memberikan keuntungan kepada Malaysia terutama bangsa Melayu. Hantarkan pendapat anda dalam 450 perkataan dengan mencatatkan polemik melalui SMS 0133354513, e-mail nanbinjai@gmail.com atau fax 03-40253307.
Memorandum mengenai WPI mengandungi 20 tuntutan itu antaranya menyebut: “Meletakkan kepentingan negara Singapura sama taraf dan penting dengan kepentingan negara Malaysia dengan polisi-polisi dan teras-teras yang benar-benar mencabar kedaulatan negara Malaysia.”Pertubuhan berkenaan menggesa supaya: “Visi dan misi WPI mestilah untuk kepentingan negara Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat dan bukan sekali-kali bertujuan untuk mengintegrasikan kepentingan negara Singapura secara mutlak.”Memorandum itu telah dihantar kepada Majlis Raja-Raja Melayu, DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, DYMM Sultan Johor, Perdana Menteri Malaysia, Menteri Besar Johor, Abdul Ghani Othman dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam.
Kata pertubuhan itu lagi, mereka menyokong penuh usaha kerajaan Malaysia untuk membangunkan WPI dan tidak sekali-kali menolak pembangunan yang dapat menjana peningkatan ekonomi rakyat Malaysia, terutamanya bangsa Melayu.
Bagaimanapun, tambah kenyataan itu, pertubuhan merasakan kerajaan telah dengan sengaja atau tidak sengaja mengambil kira kepentingan Singapura di masa hadapan dan diterapkan secara jelas sebagai salah satu teras WPI.
Sebelum ini kebanyakkan penulis siber terutama bloggers dianggap anti pembangunan apabila turut mengkritik projek WPI yang disifatkan lebih memberi keuntungan kepada Singapura berbanding Malaysia.
Pertubuhan itu memetik beberapa bab dalam Comprehensive Development Plan (CDP) WPI. Pertamanya adalah daripada Bab 4, Bahagian 2, Mukasurat 7, yang menegaskan seperti berikut:Singapura telah menghampiri had fisikal daripada tanah persisiran pantainya dan kawasan lautnya, dengan ini adalah dipercayai bahawa strategi Singapura adalah untuk memindahkan sebarang pembangunan yang bersifat intensif buruh dan tanah dan ‘lower value added industries’ ke Johor dan Batam atau JSI nodes. Ini adalah untuk mengambil peluang kepada kawasan tanah yang ditawarkan oleh Johor dan Batam.Keduanya, Bab 12, Bahagian 3, Mukasurat 13 dalam CDP tersebut yang merujuk kepada “Proposed Nusajaya Free Access Zone (FAZ).Pertubuhan berkenaan menyatakan bahawa FAZ ini dengan jelas meletakkan salah satu objektifnya adalah untuk memperbaiki atau memudahkan ‘lingakes’ antara WPI dan Singapura. Menurut cadangannya, FAZ dijadikan Bandar 24 jam dan memang jelas bahawa WPI akan dipergunakan dan menjadi mangsa untuk menyokong ekonomi Singapura.Bab 3, Bahagian 1, Mukasurat 9, dalam Strategi Pembangunan Fisikal WPI yang dengan jelas menyatakan bahawa SJER (WPI) adalah dirancang dan akan dibangunkan sebagai salah satu titik pertemuan sejagat yang terdiri daripada Johor, Singapura dan Indonesia. Sekali lagi, dengan jelas tercatat bahawa kejayaan WPI adalah sangat bergantung kepada penyertaan Singapura dalam perancangan WPI dan terasnya.Dalam kenyataan akhir pertubuhan itu berkata: “Ini adalah bukan caranya untuk menyambut kemerdekaan Negara yang ke-50.”
Agaknya sampai masa golongan profesional turut kedepan dalam mempertahankan kepentingan negara. Rasanya negara sudah tidak cukup selamat selagi Umno memerintah penuh dengan rasuah dan penyelewengan.
Perubahan mesti dilakukan. Berilah mereka yang layak memegang amanah negara bukan kepada sebarangan orang yang akhirnya anak cucu hidup merempat dan tergadai.

Read More...

Adakan dailog selesai gaji pekerja swasta

Oleh Adnan Ibrahim
KERAJAAN mesti bersedia berdailog dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bagi menyelesaikan masalah lima juta pekerja swasta masih bergaji bawah RM1,000 sebulan.
Sebaliknya tuduhan keatas MTUC bahawa ada `udang di sebalik batu’ tidak akan menghasilkan penyelesaian bahkan menaikan kemarahan orang ramai kepada kerajaan.
Baru-baru ini, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar menuduh MTUC di Dewan Rakyat, berkata: “Saya nampak MTUC ada 'udang di sebalik batu', mungkin ada pemilihan tahun ini dan juga didalangi oleh parti politik pembangkang.
“Jangan hanya menuduh MTUC kerajaan pun ambil kesempatan dan menyogok rakyat apabila dekat pilihan raya. Pilihan raya kecil Ijok contohnya projek yang perlu siap lima tahun boleh siap sembilan hari. Ini kata-kata Menteri Kerja Raya, S Samy Vellu,” kata penghantar SMS ke Polemik.
Sudah sampai masanya orang Melayu kena pandai berpolitik. Jangan membiarkan kaum Cina sahaja cerdik mengambil kesempatan dalam pemerintahan negara. Seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Dong Zia Jong, mengambil kesempatan menuntut beberapa keistimewaan pendidikan sekolah kaum Cina ketika menjelang pilihan raya umum 1999.
Akibat tekanan politik pembangkang terutama bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad terpaksa menerima desakan Dong Zia Jong untuk mendapatkan sokongan.
“Saya rasa politik MTUC sudah peringkat `Wold Class’ tidak seperti Abdul Rahman dan Umno yang sering melaungkan `didalangi pembangkang’ seperti politik orang kampung,” tambah penghantar tersebut.
Abdul Rahman semasa menjawab soalan tambahan dari Lau Yen Peng (BN-Puchong) berkata, kerajaan perlu melihat kepada kemampuan majikan itu sendiri.
"Jika kita melaksanakan gaji minima, kemungkinan pelabur asing tidak akan datang ke Malaysia kerana antara faktor yang menyebabkan mereka berminat adalah kesesuaian gaji pekerja yang sederhana.
"Saya mengambil contoh sektor perkhidmatan pembantu rumah atau 'amah' yang mempunyai seramai 320 ribu orang. Jika mereka ditetapkan gaji minima sebanyak RM1200, bagaimanakah majikan yang berpendapatan berjumlah RM1000 atau RM2000 lebih mampu untuk menggaji amah ini? Sebab itu tuntutan yang dikemukakan tidak sesuai," katanya lagi.
Penghantar email turut mempersoalkan: “Apa yang ada udang? awak atau mtuc...gaji awak tu berapa kenapa nak banding dengan gaji kami yang cukup makan aje! Lagi satu mana ada majikan RM1000 - RM2000 ambil amah....
Awak tu naik jadi menteri dan dok kat parlimen atas undi sapa...jangan main api dengan rakyat terutama soal gaji. Silap-silap pilihan raya umum nanti ada balasan.”
Penghantar email yang lain pula berkata: “Sebagai pemerhati atas pagar. Saya memang tidak bersetuju dengan cadangan gaji minimum tersebut. Adalah tidak relevan sekiranya seorang amah tempatan bergaji RM1000, penyapu sampah di kilang bergaji RM1200 atau pun seorang budak pejabat bergaji RM1200.
Apa akan jadi kepada majikan yang keuntungan syarikatnya sekadar cukup bayar gaji sedia ada je. Apa yang penting ialah turunkan harga barang keperluan seperti petrol dan tol. Itu yang lebih sesuai.
Kalau gaji naik pun tapi harga barang keperluan juga tinggi maka ia tidak memberi apa-apa makna. Pi mai pi mai tang tu juga. Mungkin usaha MTUC sebenarnya nak desak kerajaan turunkan harga barang dan tol dengan cara mengusik golongan pelabur. agaknya la. Apa-apa pun syabas lah kepada MTUC kerana peka dengan nasib golongan tertindas.”

Read More...

Hamas masih berpengaruh

Oleh Adnan Ibrahim
RAKYAT Palestin tetap mempercayai Hamas sebagai organisasi yang boleh membawa kesejahteraan dan kebaikan kepada mereka dalam berdepan dengan Israel dan keamanan negara.
Ini merupakan rumusan banyak pihak berhubung hasil kaji selidik CNN di Palestin yang menunjukkan 52 peratus atau 4,807 orang memilih Hamas sebagai pertubuhan yang boleh dipercayai berbanding Fatah dan parti lain.
Sebanyak 17 peratus atau 814 responden sahaja yang memilih Fatah. Agak mengejutkan juga, ada 28 peratus atau 1,346 orang responden yang menyatakan tidak mempercayai sesiapa pun dalam masalah yang mereka alami di Palestin.
Sedangkan parti selain Fatah dan Hamas, disebutkan hanya dipilih 3 peratus responden atau 127 orang.
Hasil selidik itu menunjukkan rakyat Palestin masih memberi sokongan kepada Hamas walaupun Presiden Mahmud Abbas mengenakan tekanan dan menyingkirkan kerajaan tersebut.
Keputusan itu mengejutkan banyak pihak terutama Barat kerana ia menunjukkan seolah tindakan Abbas tidak memberi kesan.
Hamas memenangi pilihan raya 2006 tetapi kerajaan itu disingkirkan oleh Abbas dan golongan Fatah yang mahu menguasai Palestin.
Selidik itu turut mendedahkan para responden yang ditemui juga menjangkakan akan ada pemisahan Palestin iaitu Semenanjung Gaza yang dikuasai Hamas dengan Tebing Barat yang dikuasai Fatah.
Sementara dalam satu laporan lain, jurucakap gerakan Hamas, Fauzi Barhum menyeru pejuang mujahidin di Tebing Barat tidak menyerahkan senjata mereka kepada arahan gencatan senjata oleh Abbas.
Beliau menyifatkan arahan tersebut merupakan konspirasi pihak tertentu yang mahu pejuang meletakkan senjata dan akhirnya memerangkap umat Islam.

Read More...

Hargailah kami sebagai rakyat Malaysia

Oleh Adnan Ibrahim
ADA yang berpendapat gaji pekerja tempatan lebih rendah berbanding pekerja asing terutama pendatang yang bekerja di sektor pembinaan. Oleh kerana mereka ini sudah lama kerja dalam bidang tersebut dan lebih mahir daripada pekerja tempatan maka gaji mereka lebih tinggi daripada rakyat Malaysia.
“Kami ibarat melukut ditepi gantang, hidup segan mati tak mahu, gaji RM500 sebulan,” kata penghantar SMS 016740xxxx.
Sementara penghantar SMS 019479xxxx mengakui beliau tertarik dengan isu tuntutan gaji yang dibincangkan dalam polemik. Beliau juga mengakui memang benar berlaku di Penang bahawa masih terdapat pekerja menerima gaji RM450 sebulan.
“Saya agak tertarik dengan isu ini memang benar di penang ada pekerja masih terima gaji RM450 sebulan.
Memang ada golongan pekerja sedar masalah ini tapi tak tahu apa perlu dilakukan mungkin kerana tidak mendapat maklumat sebenar dari media masa rasmi negara kita. Pemikiran golongan ini terkongkong atas sebab itu saya mula membawa akhbar dan ceramah pembangkang ditempat kerja dan hasilnya ada kesedaran dikalangan mereka,” kata penghantar tadi.
Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, sebanyak 18 atau 19 peratus negara Eropah telah melaksanakan pembayaran gaji minimum yang disesuaikan dengan kos hidup negara masing-masing. "MTUC telah berbincang dengan PKR mengenai tuntutan gaji minimum bagi mencari jalan bagaimana ia boleh dilaksanakan. "Majikan tidak akan takut membayar gaji minimum kerana ia mengikut produktiviti pekerja. Gaji minimum RM900 bukanlah sangat besar kerana saya dalam korporat dahulu pernah dapat RM90,000 sebulan. "Adalah efektif dan munasabah kerajaan menerima tuntutan MTUC tersebut," katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini. Khalid pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Guthrie Berhad sebelum menyertai PKR pertengahan tahun lalu.
Beliau salah seorang pihak yang mewakili majikan menyuarakan sokongan kepada tuntutan pekerja itu. Jadi tidak menjadi halangan kiranya majikan lain mengikuti langkah Khalid sebagai menghargai pengorbanan pekerja.
Tidak kurang juga laman web turut memberi sokongan kepada MTUC malah mahukan kongres itu mengadakan demontrasi besar-besaran jika kerajaan masih lagi membisu.
Orang seperti Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Sumber Manusia, Fong Chan Onn dan Timbalan Menterinya, Abdul Rahman Bakar sudah tentu akan menyelar piket MTUC kerana gaji mereka berada di `paras tinggi’ dan sedikit pun tidak akan terasa dengan kenaikan harga minyak, tol dan barang-barang keperluan.
“Kita berharap agar MTUC tidak akan tunduk dengan desakan BN untuk menghentikan piket. Piket harus berterusan dan jika perlu demonstrasi dan mogok perlu diadakan sehingga kerajaan akur dengan tuntutan kaum pekerja,” kata salah satu laman web.
Bagaimanapun sehingga kini tuntutan MTUC tersebut belum mendapat sokongan daripada mana-mana parti dalam Barisan Nasional (BN).
Malah pihak kerajaan sendiri tidak memberi maklum balas mahu mengadakan perbincangan dengan pihak MTUC.

Read More...

Yahudi marah Harry Potter

Oleh Adnan Ibrahim
KALANGAN perundangan Yahudi Ortodoks serta Menteri Perdagangan dan Industri Israel, Eli Yishai cukup marah dan mengecam pelancaran buku bersiri Harry Potter ke tujuh berjudul `Harry Potter and the Deathly Hallows’ pada hari suci agama Yahudi iaitu Sabbath.
Buku tersebut dilancarkan seluruh dunia pada 21 Julai iaitu hari Sabtu pukul 2 petang di Israel. Bahkan Israel akan mengenakan tindakan atau denda kepada mana-mana kedai buku yang membuka dan turut ikut melancarkan pada hari tersebut.
Buku yang dikatakan siri terakhir itu karya penulis Inggeris, J. K Rowling. Undang-undang di Israel mengarahkan semua kegiatan perniagaan pada hari Sabbath.
Bagaimanapun penerbit buku terbesar di Israel 'Steimatzky' tetap memastikan waktu pelancaran sama dengan tempat lain di seluruh dunia. Ini bermakna masa pelancaran di Israel tidak diubah kerana mereka menerima puluhan ribu pesanan yang sudah dibayar pendahuluan.

Read More...

Orang Asli di negeri maju tiada elektrik

Oleh Adnan Ibrahim
BARU ini Siasah ada menyiarkan cerita tentang Orang Asli dan ada yang bertanyakan apa relevannya dengan tabloid ini dan politik negara. Mereka berpendapat Orang Asli adalah sebilangan kecil terutama di Terengganu. Dan ia bukanlah menjadi harapan sangat kepada pembangkang.
Memang kalau dikira undi ia bukanlah menjadi sasaran kepada parti politik kecuali yang boleh diambil kira Parlimen Gua Musang dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di kawasan itu. Ia boleh menjadi undi penentu pada sesetengah kawasan.
Kita tidak boleh pandang sebelah mata. Sekiranya kita masih menganggap mereka rakyat kelas dua maka kerugian kepada kita serta Islam kerana pihak lain telah berperanan aktif mendekatkan agama mereka kepada Orang Asli.
Sebenarnya kita telah terlepas pandang masyarakat ini sehingga ramai daripada mereka yang memeluk agama Kristian. Namun begitu boleh dikatakan 60 peratus masih lagi beragama Anamisme atau tradisi asal mereka.
Sebaliknya pendakwah Islam tidak berperanan aktif menarik mereka supaya mencintai Islam. Kita perlu ada pendekatan yang sesuai dengan cita rasa serta memahami budaya mereka sebelum berceramah kepada masyarakat tersebut.
Sebaik langkah ialah orang Islam yang mempunyai akhlak baik mendekatkan diri kepada mereka. Mesti membina perhubungan dan menjadi pendengar setia kepada mereka selain kita secara beransur-ansur menerangkan apa dia Islam. Tetapi apa yang penting adalah akhlak.
Ini kerana mereka juga mempunyai akhlak dan budaya yang unit. Ada tingkah laku tertentu pada diri kita yang dilihat oleh mereka tidak bersopan walaupun pada tanggapan kita perkara itu biasa dalam amalan. Hal ini yang mesti dipelajari supaya kita dilihat menghormati mereka.
Dalam soal memberi buah tangan adalah perkara kedua. Tetapi bagi mereka yang memahami secara luaran tentang masyarakat ini akan membuat tanggapan Orang Asli kalau diberi rokok atau minum keras mudah untuk dibuat kawan. Memang perkara ini tidak boleh dinafi kerana sifat keutamaan pada diri. Buah tangan seperti ini adalah didikan penjajah terhadap mereka.
Oleh yang demikian amalan ini perlu diubah secara beransur-ansur. Lagi pun setengah mereka sudah terdidik dan mampu berfikir untuk kepentingan masyarakat Orang Asli. Sebagaimana Tok Batin, Hussein Ngah Yin di Kampung Orang Asli, Bukit Kala, Kilometer 24, Gombak. Beliau non muslim tetapi bukan sebarangan pendakwah boleh mendekati beliau kerana hujahnya yang kemas dan berilmu.
Mendekati Orang Asli cukup seronok. Umpamanya penglibatan saya dan beberapa kawan dalam pembelaan Orang Asli, Mustafa dan kawan-kawannya di Bukit Lanjan pada tahun 1999 sehingga memperolehi banglo, rumah berkembar dan teres.
Walaupun terdapat Orang Asli sendiri memandang lekeh usaha kami tetapi sebahagian Orang Asli yang bersama Mustafa mengakui tekanan dan desakan parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerjaaan (NGO) menyebabkan kerajaan bersedia berunding dengan Orang Asli.
Memorandum dihantar kepada kerajaan dan juga Parlimen. Hasilnya beliau menikmati kehidupan yang bertambah baik dengan sebuah rumah dan wang pampasan. Saya sudah lama tidak mendengar kabar Mustafa. Menurut cerita beliau telah berpindah ke Perak dan mengusahakan ternakan ikan kolam hasil daripada wang pampasan tersebut. Rumahnya di Bukit Lanjan dikatakan anaknya yang duduk.
Bagaimana pula nasib Orang Asli di Jalan Sungai Tua, Ulu Yam, sampai sekarang mereka masih belum menikmati elektrik. Anak mereka membaca berpelita ayam. Suasana gelap tak ubah era 60 an. Kenapa nasib mereka sampai zaman sekarang masih jauh ketinggalan. Ini kerana tidak ada pembelaan politik terutama daripada parti pembangkang. `Pembangkang tidak bising, kerajaan buat senyap’. Inilah nasib golongan minoriti.
Daripada hubungan dengan Mustafa, saya turut mengenali Presiden Persatuan Orang Asli dan timbalannya iaitu Majid dan Arif Embong. Persatuan ini dikatakan yang mendapat projek kerajaan bagi membangunkan masyarakat Orang Asli.
Mereka ini senang dibawa berbincang tetapi agak mengelak dalam perkara politik. Sebab itu, baik Mustafa umpamanya lebih senang berbincang dengan kami dan NGO lain.
Namun begitu Majid dan Arif inilah yang membawa saya ke alam yang lebih jauh dalam masyarakat Orang Asli. Setiap kali program keraian dan perayaan budaya Orang Asli baik di Sepang atau di Perak mereka tidak pernah ketinggalan menjemput supaya turut serta. Kerana itu setiap kali pertemuan dengan Orang Asli peristiwa bersama mereka memang sukar dilupa malah mula timbul keinginan untuk kembali aktif melakukan kerja kesedaran dan perubahan membentuk minda mereka ke arah yang lebih dinamik.

Read More...

Kita hanya mampu lahirkan rasuah bukan kepakaran

Oleh ADNAN IBRAHIM
ADA beberapa perkara besar yang menunjukkan Malaysia masih jauh ketinggalan hikmah daripada peristiwa Nuri terhempas di Genting Sempah, Genting Highlands, pada 13 Julai lalu.
Namun sebelum itu, saya dan rakyat Malaysia sungguh sedih dan hanya mampu menzahirkan takziah kepada keluarga ke enam anggota Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang terkorban dalam nahas pesawat helikopter Nuri di Genting Sempah, Genting Highlands yang berjaya dikesan, 17 Julai itu.
Setelah 18 siri Nuri terhempas, baru Kabinet pada Rabu lalu bersetuju membeli pesawat baru bagi menggantikan helikopter tersebut yang sudah digunakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hampir 40 tahun lalu.
Sementara menunggu pesawat baru, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam masa dua setengah hingga tiga tahun, tentera akan terus menggunakan Nuri.
Kita sering dihebahkan bahawa banyak kemajuan yang dicapai sebagaimana pelancaran setelit dan lain-lain sehingga rakyat cukup kagum dengan hasil pencapaian pemimpin yang membawa Malaysia ke arah negara maju.
Sebaliknya pada hakikat sebenar peristiwa Nuri itu mendedahkan kepada kita segala-galanya tidak lebih hanya merupakan propaganda pemerintah yang bertujuan mengekalkan kuasa mereka pada setiap kali pilihan raya.
Apa yang jelas ialah pencarian pesawat terhempas tersebut sehingga lima hari menunjukkan kepada kita betapa lemah sistem satelit yang selama ini dihebahkan pelancarannya berkali-kali.
Apakah satelit kita hanya setakat untuk hiburan atau cuma mengesan kenderaan kecurian? Bukan itu sahaja kita berbelanja besar dengan Maxis melancarkan satelit tetapi apa hasilnya?
Jika inilah hasil satelit kita kerajaan kena teliti boya yang kita habiskan berjuta ringgit pasang ditengah laut sebagai alat mengesan thunami selepas negara kita turut merasa kesannya pada 2004 itu sama ada berfungsi atau sebaliknya.
Jika tidak sekali lagi kita menghabiskan wang dan sombong dengan kehebatan sebaliknya teknologi kejuruteraan kita tidak sehebat mana.
Kerajaan kena ingat peristiwa banjir 10 Jun mendedahkan kepada kita bahawa projek RM2 bilion yang dikatakan mampu mengurangkan 50 peratus masalah banjir di Kuala Lumpur sebaliknya hujan lebat pada hari tersebut menceritakan segalanya.
Bagi saya usia Nuri itu bukan sangat menjadi faktor untuk kita bertekak dengan Timbalan Menteri tetapi sejauh mana ATM berjaya melahirkan kepakaran kejuruteraan dalaman sebagaimana Iran mampu membaik pulih pesawat lama mereka walaupun Amerika Syarikat tidak membekalkan alat ganti pesawat pejuang Northrop.
Pesawat ini juga dikatakan masih digunakan tentera Singapura tetapi negara ini masih mendapat alat ganti daripada Amerika.
Tentera Udara Iran semasa rejim Shah Iran mempunyai 166 buah pesawat F-5E/F tersebut tetapi selepas Iran diisytiharkan Republik Islam pada 1979, Amerika Syarikat menyekat bekalan alat ganti kepada negara itu.
Sebaliknya Iran secara berdikari mampu melahirkan teknologi dan kepakaran kejuruteraan dalaman. Mereka sendiri mengubahsuai pesawat yang berusia lebih 30 tahun itu dan sehingga sekarang ia masih boleh digunakan lagi.
Kepakaran mereka mengubahsuai itu sehingga berjaya menghasilkan jet pejuang yang lebih hebat daripada F-18 Amerika Syarikat, dinamakan Saegheh atau kilat.
"Pesawat pengebom Saegheh itu sama seperti F-18 tetapi jauh lebih kuat. Reka bentuk dan keupayaannya dipertingkatkan oleh pakar Iran sendiri. Kami yang merekabentuk dan menghasilkannya dengan usaha sendiri. Tiada negara asing terbabit membantu usaha itu,” kata pegawai kanan tentera Iran, Jeneral Attollah Salehi sebagaimana dilaporkan Irna.
Dimana kehebatan negara kita yang kita heboh dan jaja ke ceruk kampung dan dunia.
Pernah alim ulama kita secara tidak bermaruah mengatakan bahawa negara Islam mundur tidak mampu merekacipta jet pejuang malah mahu naik haji pun menaiki kapal terbang yang dicipta oleh negara maju (Barat) ketika Amerika memerangi Iraq sebagai dalih kepada seruan umat Islam supaya berjihad.
Sebaliknya negara yang dilaungkan oleh ulama ini sampai sekarang tidak mampu melahirkan kepakaran sama ada mengubahsuai apalagi mahu merekacipta. Apa yang nyata negara ini sering diselubungi rasuah dan korupsi atau apakah kepakaran kita hanya mampu mencipta payung untuk Nuri atau pesawat lain supaya ia tidak terhempas maka jatuhlah ia seperti penerjun udara?

Read More...

Luar minda baru cegah tabiat merokok

>> Jumaat, Ogos 03, 2007

Oleh Adnan Ibrahim
BENARKAH kerajaan mahu rakyat berhenti merokok sebagaimana kempen `Ke arah Malaysia tanpa rokok’? Jika betullah, kerajaan mesti ada pendekatan baru untuk mengatasi masalah tersebut.
Perbuatan merokok memang sukar dihapuskan kerana ia melibatkan perasaan dan `gian’. Ada unsur sentimental yang sukar dipadam. Terdapat setengah perokok yang juga penyalahgunaan dadah berpendapat berhenti mengambil dadah lebih mudah daripada berhenti merokok.
Selepas makan adalah masa yang paling tinggi keinginan merokok. Perasaan keinginan membuak-buak dan melonjak-lonjak itu sukar diukir dengan tulisan serta sukar ditutur dengan percakapan. Hanya golongan perokok yang tahu. Malah ada yang bermadah `biar putus cinta jangan putus rokok’. Sebab itu alasan puasa sebagai cara berhenti rokok payah untuk diterima.
Ada setengah perokok tidak boleh buang air besar sekiranya tidak ada rokok. Maknanya hajat itu boleh tergendala kerana amalan yang sudah menjadi sebati iaitu merokok ketika buang air besar. Bagi mereka rasa tidak selesa. Bau asap rokok lebih wangi ketika berhajat itu.
Pasal itu hujah menaikkan harga rokok bagi menghentikan tabiat itu sukar untuk diterima. Kebiasaan mereka yang berhenti merokok kerana dapat penyakit hingga doktor nasihatkan jangan merokok.
Setengahnya pula berhenti merokok dengan cara tukar gaya hidup memakan gula-gula dan akhirnya dapat kencing manis. Pelbagai pendekatan diguna pakai malah berbomoh masih juga belum mampu menghapuskan tabiat merokok.
Mereka bukan tidak ada keinginan untuk berhenti merokok tetapi ia tidak mampu mengatasi perasaan kecintaan yang terlalu lebih kepada rokok. Perasaan sayang rokok yang sukar dibendung sehingga dalam keadaan dan tempat larangan merokok dimana sekalipun mereka tetap mahu merokok.
Satu hal pulak, kawasan larangan merokok ada tetapi penguatkuasaan tidak ada. Kalau naik bas luar bandar semacam tidak ada amaran di larang merokok dalam bas, penuh asap rokok.
Walaupun mereka ada knowledge bahaya merokok, kesan kepada orang lain dan keluarga tetapi masih juga merokok. Tahu bahaya kepada kanak-kanak tetapi ketagihan memusnahkan perasaan kemanusiaan kepada insan lain.
Sebab itu mesti ada perubahan luar minda daripada skop pemikiran yang ada sekarang. Setakat menaikkan cukai dan harga rokok ia tidak akan menghentikan tabiat merokok. Malah ia menambah penyakit sosial masyarakat, mencuri duit ibu bapa.
Perbuatan vandalisma dan mencuri besi penutup longkang dan lain-lain untuk ditimbang kilo iaitu cara mudah dapat wang hapuskan ketagihan rokok. Bukan sahaja besi disapu sampah pun sudah hilang di Klang baru-baru ini.
Oleh yang demikian kajian perlu dibuat kenapa Allah melarang manusia berzina. Haramkan zina, malah dekati zina pun sudah dikira haram. Haramkan arak dan judi.
Kenapa Allah mengharamkan? Apa salahnya buat sekali? Inilah hikmat yang jarang kita nampak. Kebiasaan manusia sekiranya sudah mula melakukan maksiat perasaan ketagih akan datang menyerang.
Bila kita mula sekali akan datang pula keinginan untuk melakukan yang kedua seterusnya. Dan begitulah seterusnya hingga menjadi lekat tabiat, ketagihan dan keseronokan. Akhirnya ia sukar dihapuskan. Begitulah dengan penghisap rokok.
Allah mengharamkan maksiat itu secara tidak langsung menghentikan dan menghapuskan tabiat yang mahu dicuba oleh manusia dan ketagihan akibat daripada mencuba.
Bermula dengan mencuba mungkin daripada desakan rakan atau gerak hati sendiri. Walaupun cubaan pertama itu menyebabkan batuk sehingga melilih air mata yang menunjukkan betapa teruknya hisap rokok tetapi kerana keseronokan mencuba maka diteruskan juga.
Cabaran rakan atau hati tadi maka apa yang dilarang itulah yang seronok. Bila sudah seronok akhirnya menjadi tabiat atau `gian’. Begitu juga dengan penzina bermula daripada mencuba dan akhirnya `habis duit kerana perempuan’.
Samalah juga arak sehingga ada kita dengar pemimpin negara sukar hapuskan ketagih arak. Begitu juga dengan judi. Kalau dilihat hampir muka yang sama di kedai nombor ekor `gian yang tiada kesudahan’.
Bagaimana Islam boleh mengurangkan umatnya daripada minum arak, judi dan zina, ialah kerana hukum haram tersebut. Bagi yang kuat pegangan mereka tidak akan mencuba kerana berpegang pada hukum yang haram.
Bagi yang tidak kuat pegangan hukum, apa yang dilarang itulah mahu dicuba. Bagaimanapun Islam ada langkah tertentu supaya tidak ketagih iaitu menyuruh umatnya bertaubat kalau sudah terlanjur melakukan maksiat. Taubat ini pencegah kepada umatnya menjadi maksiat sebagai tabiat ketagihan atau `gian’.
Pendekatan inilah yang perlu diambil oleh kerajaan kalau sekiranya benar mahu rakyat berhenti merokok. Sebab itu negara Islam tidak ada pusat judi. Berdosa kalau keluarkan lesen judi. Arak juga haram dijual. Bagaimanapun mengikut setengah ulama diboleh jual kepada orang bukan Islam yang minum arak. Bermakna penjualannya ada kaedah tertentu, tidak terlalu umum.
Pusat pelacuran juga tidak ada dalam negara Islam. Kalau rakyatnya terdesak untuk menyara keluarga sehingga terpaksa melacur kerana darurat sebagaimana kata Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, maka menjadi tanggungjawab kerajaan menggunakan duit baitulmal memastikan mereka ini selamat.
Mungkin agak keras dan sukar diterima tetapi ini pendapat yang boleh dibawa berbincang. Sedarlah kita bahawa selagi benda masih wujud depan mata walau mahal sekalipun tetap ada ikhtiar manusia untuk mendapatkannya. Jadi tabiat 4.6 juta perokok negara ini akan tetap berterusan.
Apa yang penting menyelamatkan mereka yang belum merokok. Kalau sudah merokok ia satu kerja yang sia-sia. Mencegah lebih baik daripada mengubat.

Read More...

Semua pihak mahu naik harga

Oleh Adnan Ibrahim
NAMPAKNYA sendiwara menaikkan harga barangan keperluan harian semakin menjadi-jadi. Rakyat semacam dipertololkan pihak berkuasa. Selepas kejayaan tepung gandum menaikkan harga sebanyak 15 sen kepada RM1.35 syarikat monopoli beras pula mahu bersilap mata.
Polemik kali ini mendedahkan bagaimana golongan peniaga baik konglomorat dan peniaga kecil mengambil kesempatan menaikkan harga dengan apa cara sekalipun malah termasuk muslihat tertentu. Anda boleh memberi maklum balas tersebut melalui SMS 0133354513, e-mail adnanbrahim@hotmail.com atau fax 03-40253307 dalam anggaran 450 perkataan. Catatkan polemik pada sebelah atas.
Sebelum itu gula juga berjaya naikkan selepas berlaku tarik tali antara pengeluar dan kerajaan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal tetap lawan dengan tindakan pengeluar menyorok gula. Beliau import gula dikatakan sampai ke Brazil tetapi akhirnya harga gula tetap juga naik.
Nasib sama turut berlaku kepada minyak kelapa sawit bungkusan sekilo. Agaknya cara ini mungkin menjadi langkah terbaik bagi pengilang mahu menaikkan harga barangan mereka. Beri tekanan kepada kerajaan.
Ada yang mempersoalkan benarkah kenaikan harga barang berpunca daripada kenaikan gaji kakitangan perkhidmatan awam? Mungkin ada kebenaran kerana peniaga sudah tentu mengambil kesempatan. Kenaikan gaji itu sudah tentu boleh menyumbang kepada peningkatan pendapatan mereka. Caranya menaikkan harga barang. Baru dikatakan berlaku pengagihan pendapatan.
Saya baru-baru ini minum di restoran dekat Masjid Jamek Sungai Mulia. Apabila membayar teh tarik yang kebiasaannya berharga RM1 tetapi diminta membayar RM1.05. Saya hairan kerana selalu juga minum di restoran Haslam yang pada pendapat saya lebih hebat daripada kedai minum tersebut cuma dibayar RM1. Dalam hati saya adakah teh di sini sudah naik 5 sen. Oleh kerana ada desakan halus suruh bertanya, saya terpaksa luahkan juga: “Harga teh tarik RM1.05?” “Ya,” jawab juruwang. “Naik lima sen?” tanya saya balik. “Caj...cukai,” balasnya ringkas.
Peristiwa ini menyebabkan saya terfikir apakah peniaga restoran tidak ada taraf bintang sudah pandai mengenakan caj hasil daripada pengetahuan mereka apabila syarikat besar memperdayakan pelanggan dengan pelbagai caj bila mahu menaikkan harga barang dan perkhidmatan.
Seperti perkhidmatan feri dari Kuala Kedah ke Pulau Langkawi dinaikkan sebanyak RM2 menjadikan RM20. Bila ada bantahan mereka berkata tambang tidak naik tetapi dikenakan surcaj sebanyak RM2.
Jadi tidak hairanlah kalau peniaga kecil pun sudah pandai bermain seloka dengan harga kerana pada mereka orang besar lagi hebat caj yang dikenakan.
Surcaj sebanyak RM2 dikenakan itu atas alasan bagi menampung kos berikutan kenaikan harga diesel baru-baru ini. Ketua Bahagian Pengurusan (Kuala Kedah) syarikat Line Ventures, Hussin Hassan berkata surcaj itu bagi menampung kenaikan harga diesel dan alat ganti feri.
“Keputusan mengenakan surcaj itu keputusan para pengusaha feri dan bukan atas arahan kerajaan. Hasil perbincangan antara pengusaha, kami sepakat mengenakan surcaj itu kerana kos operasi yang tinggi,” katanya
Bagi kakitangan awam, alasan Hussin itu menjadi hujah kepada mereka bahawa kenaikan harga barang dan perkhidmatan bukan kerana kenaikan gaji sebaliknya ia berpunca daripada kenaikan harga diesel.
“Dah jelas punca kenaikan harga berpunca dari kenaikan harga diesel. Cuma kerajaan sengaja menyalahkan peniaga sedangkan banyak peniaga yang menggunakan diesel sebagai bahan asas perniagaan mereka merungut sejak dua tahun ini kerana masalah kos operasi yang tinggi.
Kita diputar belitkan dengan alasan bahawa kenaikan harga barang berpunca daripada kenaikan gaji kakitangan awam dan sesungguhnya alasan itu tidak munasabah langsung...” kata seorang pekerja kerajaan.
Berhubung cubaan menaikkan harga beras tadi, alasan yang diberikan sama dengan cara harga tepung naik.
Kalau tepung kononnya negara pengeksport tepung, New Zealand dan Australia dilanda kemarau menyebabkan berlaku kenaikan harga tepung di pasaran dunia.
Tambah pulak Pengarah Komunikasi Fomca, Mohd Yusuf Abdul Rahman dalam satu siaran televisyen pada sebelah pagi seolah memperakui kenaikan tepung kerana sudah lama tidak dinaikkan sejak 1998.
Apakah kita boleh mengharap harga tepung turun apabila bencana dan harga tepung pulih di pasaran?
Kenapa Yusuf langsung tidak mengambil kira keuntungan yang diperolehi pengeluar akibat daripada pertambahan penduduk rakyat Malaysia dari 1998 hingga sekarang. Keuntungan kecil daripada produk tetapi kuantiti jualan bertambah tetap memberi margin keuntungan kepada pengeluar.
Alasan yang sama juga digunakan oleh Bernas. Khamis (5 Julai) lalu, Bernas mengumumkan kenaikan harga beras putih tempatan, wangi dan basmati yang diimport antara 5 hingga 10 sen sekilogram serta 20 sen bagi beras pulut dengan alasan harga komoditi itu di pasaran antarabangsa meningkat sejak 2005.
Bagaimanapun pandai pula Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawab mempertahankan hak pengguna tidak seperti kes tepung itu. Katanya, soal kenaikan harga beras di pasaran global adalah perkara biasa dan tidak seharusnya menjadi faktor utama untuk menaikkan harga beras.
Kerajaan kemudiannya mengumumkan membatalkan kenaikan tersebut.

Read More...

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP