Apa salahnya dalang, politik serta perarakan PPSMI

>> Selasa, Mac 10, 2009

Kalau tidak menggunakan bahasa dalang, alat politik, memang tidak sah bagi Umno. Memang selamanya Umno akan guna hujah itu.
Kalau kita layan kita pun ikut bodoh. Apa masalahnya dalang, apa masalahnya politik. Yang menjadi masalah dalang ialah siapa dalang kerajaan Umno sehingga tidak mahu mansuh PPSMI kepada asal.
Ini baru betul-betul dalang. Pioo dalang. Kalau dalang dalam perarakan itu hendak ajak dan pertahan keilmuan bahasa Melayu apa salahnya.
Dalang wayang kulit salah ke Umno? Kalau tadok dalang wayang kulit tu tak jadi cerita dia. Kena ada juga dalang dan dalang ini saling bantu membantu untuk menjayakan cerita wayang kulit.
Dalang yang tidak betulnya dalang yang sembunyi senyap membisu bila tengok beratus ribu rakyat berarak membantah PPSMI. Kena cari dalang dalam Umno ni sampai Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri tidak berani buat keputusan.
Kuat dalang ni. Berkuasa sungguh dia. Inilah dalang yang betul-betul celaka.
Lepas tadok kerja lain tuduh pejuang bahasa jadi alat politik. Dulu Semangat 46 dituduh jadi alat PAS. PAS jadi alat PKR. PKR jadi alat PAS. DAP diperalat PAS. PAS jadi alat DAP.
Ini kerja Umno. Kerja tadok hujah. Umno kalah ilmiah. Jadi perkataan ni lah diulang tayang bertahun-tahun. Pasal dia tahu dia tu main politik jahat.
Orang jahat biasanya akan tuduh orang lain jahat macam dia. Orang jahat dia tak yakin ada orang baik kerana dia rasa orang lain pun jahat macam dia.
PPSMI dulu pun dilulus orang politik. PPSMI jadi alat politik Umno. Jadi biasa la kalau bantah PPSMI jadi alat politik pihak lain pulak. Dunia ni ada lawan. Baik jahat, kebenaran kebathilan.
Biasala tu Umno jadi dalam Umno dok tuduh-tuduh tu rakyat ni makin berilmu bukan macam dulu dicucuk hidung.
Kalau rakyat Umno tu memang selalu cucuk hidung. Baiklah kita jadi rakyat yang tidak cucuk hidung sendiri kerana nanti mudah orang heret kita ke mana ke mari.
Kita tiada ilmu dan pengetahuan kerana kita dirasuah kerana kita cucuk hidung kita sendiri supaya senang orang bawa kita ke sana ke mari.
Rakyat sekarang sudah ramai buang tali cucuk hidung. Sudah cari ilmu tambah ilmu. Melalu internet ke. Ilmu kebebasan bukan ilmu bawah tempurung macam utusan dan tv3.
Maklumat daripada pihak yang boleh dipercayai bukan pihak fasik. Hendak kenal pihak fasik tanyalah ulama yang baik.
Nak kenal ulama baik ulama yang tidak jual agama kerana harta benda. Siapa ulama Harusaini mufti perak tu. Carilah yang paling baik, Dr Harun Din ke. Bekas mufti Perlis tu pun baik orangnya.

Pasal apa? Sebab dia buat keputusan metametik dan sains diajar dalam bahasa Inggeris adalah keputusan politik. Keputusan kerajaan memerintah. Keputusan politik la.
Jadi kenapa Umno ni nak perbodohkan orang Melayu jangan terlibat politik. Duduk dalam negara Malaysia macam mana keadaan pun terlibat politik.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP