PM patut gantung TPM

>> Khamis, Mac 05, 2009

Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Tamby Chik pernah digantung jawatannya berikutan dakwaan skandal dengan gadis bawah.
Bagi menjaga moral seorang pemimpin sebuah negeri bersejarah maka Umno mengambil tindakan sedemikian yang boleh membunuh karier politik Rahim.
Memang kesan cukup besar dan Rahim terpaka mengambil masa lama untuk pulih dan bangkit dalam politik. Namun kesan daripada dakwaan tersebut beliau belum tentu boleh pergi jauh dalam politik kerana ramai yang lebih baik daripada itu.
Kita tidak mahu mempertikaikan keputusan keatas rahim walaupun dilihat siasatan yang dilakukan cukup lemah. Mungkin kesan pengaruh Umno keatas siasatan tersebut.
Berdasarkan daripada moral tersebut memang patut Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memanggil jawatankuasa disiplin Umno membincangkan kes timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ini kerana kes beliau yang dikaitkan dengan gadis Mongolia, Altantuya Sharibuu yang dibunuh kejam dengan bom C4 dibelukar dekat Shah Alam. Perkara ini telah dibincangkan dalam akhbar di Perancis.
Ia cukup memalukan Malaysia kerana orang nombor dua yang dijangka bakal jadi perdana menteri dalam tempoh sebelum sebulan lagi.
Nama pemimpin negara kita telah dibincangkan diperingkat luar negeri. Maka Najib sepatutnya berundur dan berehat dahulu bagi menyelesaikan masalah beliau kerana kita bimbang negara makin sukar diurus oleh menteri kewangannya yang makin bermasalah.
Kalau Najib enggan PM patut nasihatkan beliau atau Kabinet boleh membuat keputusan bagi menjaga nama baik Malaysia.
Dalam Najib berehat nanti atau nak jaga nama baik dia sekarang tolonglah saman akhbar Perancis tu ya. Dia dah cemar nama baik kita tu.
Tergamak dia orang putih kata kita macam-macam. Ada ke patut kita ni orang baik nombor dua kat malaysia bila-bila masa nak naik PM, dia tuduh kita. Kita tak kenal pun gadis mongolia tu. Saya besumpah saya tak kenal. Nak junjung Quran. Wallahi, Wabillahi saya tak kenal gadis Mongolia tu.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP