Kalau perarakan membantah PPSMI Sabtu lalu diberi laluan sebagaimana perarakan maulidulrasul hari ini, kita rasa ia aman dan lancar.
Sebaliknya dengan tembakan gas pemedih mata dan tembakan air semasa perarakan ke istana negara semalam ia telah menjadi sejarah yang kedua kepada bahasa Melayu selepas tahun 1967.
Bagaimanapun untuk menjadi detik sejarah ia bukan satu perkara mudah. Kalau dilalui dengan senang ia tidak meninggalkan parut.
Bila tiada parut tiada kenangan. Perarakan semalam cukup meninggalkan kenangan kerana adanya ujian dan mehnah dalam perjuangan.
Tembakan gas itu meninggalkan kesan sejarah kepada mereka yang hadir memperjuangkan bahasa.
Saya banyak menghadiri demontrasi tetapi demontrasi yang masih melekat dalam ingatan ialah membantah kehadiran pasukan krekit Israel pada 2004. Ini kerana kena tembak gas, air asid dan kena lokap.
Jadi kalau perarakan maulud tu nak tinggal kesan sejarah mintalah FRU tembak gas pemedih mata dan air asid.
Apa salahnya tembak gas dekat perarakan kerana Nabi saw tidak suruh kita sambut kelahiran sehingga sebegitu sekali. Yang Nabi saw suruh ikut sunnahnya.
Sunnah pemerintahannya, sunnah bermasyarakat dan berkeluarga kerana Nabi saw diutus bukan untuk hiburan mengingatinya setahun sekali tetapi setiap hari.
Cara mengingatinya ikut dan patuh dengan apa yang dinaskan kepada kita. Sebaliknya apabila ada pihak yang meminta pemerintahan kepada cara Muhammad saw memerintah ada pulak yang bantah.
Ini kerana nafsu mereka suka kepada rasuah, minum arak, judi, kaki perempuan dan suka kepada maksiat.
Kalau ikut Islam kuno tiada keseronokan bila dihalang melakukan acara kegemaran itu. Jadi ubahlah kalau kita jadi pihak yang berjuang mempertahankan kilang arak ubahlah kepada berjuang meruntuh kilang arak. Ini lah perjuangan maulidurasul.
-
0 comments:
Catat Ulasan