Van penyokong DAP dilontar botol

>> Isnin, Mac 30, 2009

Saya kira kalau nak main samseng saya rasa dah banyak van Umno yang kena pecah kerana melalui kawasan orang PAS. Sebuah van saya tengok dari Umno Kijal, Kemaman.
Tetapi penyokong PAS tidak sekasar itu. Mereka cuma bersorak dan `booo' tiap kali van melalui kawasan mereka sambil kibarkan lambang PAS.
Sebaliknya van yang membawa penyokong DAP melalui pengalaman ngeri dibaling botol oleh penyokong Umno ketika melalui jalan tempat perhimpunan penyokong Umno.
Ini yang berlaku di Bukit Gantang ketika penamaan calon semalam.
Ada lagi puak Umno ini sebarkan berita kononnya nama Nizar ditolak pencalonannya lalu mengarahkan wanita Umno berundur dibimbangi penyokong PAS tidak berpuas hati akan serang mereka.
Saya rasa kalau Umno kena serang habis tak bernyawa mereka ini kerana apa? Umno tidak sampai pun 1/3 daripada orang PAS.
Ada yang kata 1 Umno 10 PAS. Ooo dahsyat tu. Umno usah la buat kerja membohong tak habis-habis nak membayangkan orang PAS ni jahat.
Mungkin Umno mula bimbang orang-orang mereka mula terpengaruh dengan kebangkitan PAS dan mula sedar pembohongan ketua-ketua mereka.
Jadi tengok la wahai orang-orang Umno. Umat sekarang sudah beralih angin menyokong PAS kamu bila lagi nanti orang kata ketinggalan.
Orang ketinggalan biasanya rugi.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP