Pemuda Umno cuba menunjukkan mereka tidak boleh dipengaruhi mana-mana pihak terutama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kali ini pemuda betul-betul mencoteng arang di muka Mahathir. Masa pilihan raya umum Mac 2008 lalu Mahathir yang sudah keluar Umno ketika itu sanggup berkempen membantu anaknya Mukhriz bertanding di Jerlun menentang Ustaz Idris Ahmad.
Itulah Mahathir berjuang kerana kroni dan kepentingan beliau tidak seperti Abdullah Ahmad Badawi yang begitu taksub dengan Umno walau keadaan mana sekali pun dihina dipermainkan tetapi tetap setia dengan Umno.
Bagaimanapun kalau sudah Umno.... Umno juga la. Tetap tidak boleh elak daripada kejahatan. Pemuda Umno mahu elak penguasaan pengaruh Mahathir dalam pemuda tetapi tidak mampu menolak politik wang dalam pemilihan mereka.
Khairy yang disiasat Lembaga Disiplin Umno didapati agennya melakukan rasuah kepada perwakilan tetapi boleh menang Ketua Pemuda Umno.
Malang lagi pemuda dapat berketuakan orang yang disiasat lembaga disiplin Umno. Bermasalah lagi Umno sampai bila pun tidak akan baik. Mungkn terus menuju kehancuran.
-
0 comments:
Catat Ulasan