Segalanya berpunca daripada rasuah politik. Umno menawarkan wang berjuta-juta ringgit menyebabkan ramai ahli perniagaan berminat bertanding calon bebas di Bukit Selambau.
Pilihan raya kecil Bukit Selambau menyaksikan pentandingan 15 penjuru. 13 daripadanya calon bebas.
Satu perkara lagi yang menarik orang ramai bertanding bebas kerana kerusi tersebut dimenangi calon bebas mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum lalu.
Ini bermakna pengundi di Bukit Selambau belum tentu mengutamakan calon mewakili parti sebagai wakil rakyat mereka.
Fenomena ini meyaksikan keyakinan orang ramai terutama ahli perniagaan untuk serta bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.
Jika mereka menang bererti mesti ada tawaran daripada kedua pihak iaitu PKR atau BN. Kerusi tersebut diumumkan sebelum ini sebagai satu lagi tapak kekosongan Exco Kedah.
Umno pula membuat tawaran berjuta ringgit kepada wakil rakyat daripada PKR dan juga pembangkang PAS dan DAP sudah tentu mereka berpendapat peluang untuk mereka diberi tawaran jutaan itu juga cerah.
Akhirnya kita menyaksikan kerusi tersebut hanya sebagai batu loncatan untuk mereka terus mendapat kepentingan daripada orang yang mengambil kesempatan.
Mereka orang berniaga. Kebiasaan orang berniaga kurang bermoral. Ada kepentingan. Jarang kita temui orang berniaga sedia berkorban untuk rakyat.
Inilah akibat rasuah politik Umno. Akhirnya membawa manusia yang mengejar kebendaan semata-mata tanpa memikirkan kerusi tersebut hak kepentingan rakyat.
Pelajaran rasuah politik Umno membawa kehancuran moral rakyat Malaysia. Rakyat sudah mula mencari peluang untuk kepentingan diri.
Tanpa mengira ia hak rakyat sekalipun mereka akan ambil kesempatan. Cepat lah jatuh Umno selagi lama berada di situ selagi itu makin musnah rakyat Malaysia.
-
0 comments:
Catat Ulasan