Tembakan gas hampir masuk dewan solat Masjid Negara. Kejadian ini berlaku selepas orang ramai yang berarak dari masjid negara ke Istana Negara terpaksa berpatah balik apabila disekat oleh FRU yang melepas beberapa das tembakan gas pemedih mata.
Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi dan beberapa pimpinan PAS kemudiannya masuk ke masjid dan berucap sebelum bersurai.
Orang ramai yang menghala balik ke masjid sebahagian yang masih dibelakang ditembak gas dan terpaksa berpatah ke stesen bas klang dan LRT Pasar Seni.
Mereka yang melalui jalan berhampiran mahkamah syariah Jawi ditembak air. Begitu juga di jalan menghala ke stesen bas klang.
Bila kami hendak kembali ke masjid tidak dapat rupanya kami dikepung dan akhirnya ada yang berpecah menghala ke stesen LRT pasar seni.
Sebelum berdemo, saya mendapat maklumat perhimpunan itu mendapat kebenaran polis tetapi diberitahu tidak membenarkan perarakan ke Istana Negara.
Oleh sebab saya beranai membawa keluarga untuk demontrasi kali ini. Saya tinggalkan sebahagian keluarga di masjid apabila melihat orang ramai mula berarak ke istana.
Dua anak lelaki saya turut serta. Sebaik sampai di Dewan Dato' Haji Sedek di kampung atap kami ditembak gas.
Anak kedua saya lari lintang pukang kerana kepedihan mata dan batuk yang menampak kemerahan mukanya. Saya ingatkan mereka jangan lari untuk jaga keselamatan. Bimbang nanti mereka jatuh dan dipijak orang ramai.
Kami dapatkan air meredakan mata dan keman garam menghilang batuk dan bisa asid.
Bila terkena gas teringat pula saya orang tua baik perempuan dan lelaki yang ikut serta berarak. Pasal di masjid tadi saya nampak pengerusi masjid pun ada ikut perhimpunan kali ini.
Orang yang tak pernah berdemo pun saya tengok ada bersama pasal mereka berkata: "Dia orang tembak melalui helekopter ke?" tembak gas la tu.
Kita sangkakan aman tetapi meleset mereka ini cukup agresif menghalau kita. Hinggakan orang masjid pun terkena gas pemedih mata. Nasib baik anak kecil saya berumur setahun lebih diselamatkan orang dalam masjid bagi mengelak kepedihan mata.
Tetapi anak perempuan saya Rabiatuladawiyah berumur tujuh tahun bersungut kenapa kita datang ke sini.
Beliau mempersoalkan kerana matanya pedih dan sakit. Saya sempat bergurau dengan anak saya. Itu yang ayah alami semasa berdemontrasi.
Sejarah yang paling tidak lupa tahun 2004 berdemontrasi menentang pasukan kriket Israel di UM. Ini ramai kena tahan masuk lokap tapi saya bernasib baik tak merasai lokap pasal sudah penuh tapi kena tahan dok dalam surau. Kira tahanan politik kot.
-
0 comments:
Catat Ulasan