Umno Johor dia kata tak sokong dan minta kerajaan mansuhkan PPSMI. Dah la dah.... Umno Johor kata macam dan keputusan kerajaan pun macam tu juga. Apa kesannya sampai sekarang?
Jadi elok la Umno Johor sertai sekali perhimpunan membantah PPSMI di Masjid Negara petang ini.
Kalau Umno lain nak sertai sekali pun apa salahnya. Kan bagus ni untuk perjuangan orang Melayu. Kan Umno kata dia perjuang Melayu. Kenapa tak nak turun sekali?
Yang hal Sultan tu kita ketepi dulu esok kita fikir bersama. Ini hal bahasa ni penting untuk semua lapisan dan peringkat rakyat.
Kata Pengerusi Jawatankuasa Induk Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP), Datuk Dr. Hassan Ahmad: "Kami telah memberitahu polis ini bukan tunjuk perasaan atau demonstrasi, ini juga bukan gerakan menentang kerajaan atau mana-mana pihak.
Kami hanya mahu menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong.
"Sejak dari awal lagi kami telah menjelaskan pendirian kami bahawa gerakan ini tidak mempunyai apa-apa kepentingan politik dan kami juga tidak akan membenarkan sesiapa mengeksploitasinya."
Beliau juga menyifatkan penyertaan ahli daripada parti politik tertentu yang menyertai perhimpunan itu esok sebagai hak mereka sebagai rakyat Malaysia.
"Kami tidak dapat melarang mereka untuk membantah PPSMI," ujarnya.
Saya pun nak tambah sikit kenyataan Hassan tu. Kalau Umno nak serta sama pun kita tak larang. Kalau Umno rasa bahasa ini hak perjuang Melayu mereka akan sertai sama.
Tetapi sediakah Umno berbuat demikian kerana mereka ini sebenarnya pengkhianat bahasa Melayu dan orang Melayu.
-
0 comments:
Catat Ulasan