Makan orang besar RM75, orang kecil RM10

>> Rabu, Mac 25, 2009

Program makan tiga hari yang dilapor oleh Pemodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) memperuntukan sebanyak RM75 bagi sekepala untuk orang besar melibatkan 500 orang.
Belanja makan bagi petugas seramai 700 hanya diberi RM10 sahaja.
Biasa la tu makan orang besar mesti besar. Makan orang kecil la.
Kita zaman sudah jauh dengan zaman sahabat. Kalau Khalifah Umar mengingatkan dirinya sendiri bahawa celaka pemimpin kalau aku makan enak dan sedap-sedap sedangkan rakyat aku ada yang tidak makan.
Bagaimana besarnya jiwa Umar sehingga perkara makan pun masih dia ingat rakyat tetapi kita dapat makan yang menyelera dah tidak ingat orang lain.
Dalam hal peimpin PAS pun kena ingat. Mereka juga disajikan makanan enak-enak sedangkan ada ahli berpuasa kerana tiada perbelanjaan.
Saya masih ingat majlis makan anjuran jawatankuasa pengajian dalam bulan puasa beberapa tahun dahulu pemimpin dan jawatankuasanya disajikan makan kari kepala ikan sedangkan orang lain hanya makanan biasa.
Ini bukan soal dengki tetapi soal akhlak. Kalau hendak makan sedap pergi ke lain supaya orang lain tidak tahu.
Tetapi kalau makan dalam satu majlis orang atas makan enak orang bawah makan ala kadar.
Apakah ini tidak mengwujudkan kasta macam amalan di India dahulu.
Sebaiknya kita contohi Rasulullah saw dan pemimpin Islam terdahulu. Jangan kita membawa masuk perbezaan antara orang atas dengan orang bawah.
Kerana Allah berkata orang mulia disisiku ialah mereka yang bertaqwa.
Soal makan mengambarkan akhlak kita. Jadi berhati-hati kalau mahu menunjukkan akhlak yang mulia.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP