Rancangan tdak bertamdun dibawah menteri yang ada Phd

>> Isnin, Mac 02, 2009

Pelik seorang pegawai kerajaan yang ditugaskan sebagai Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perak, Abdullah Antong Sabri sepatutnya menerima arahan Speaker sebagai pihak yang berkuasa di Dun.
Tetapi beliau sungguh tidak profesional. Sanggup kunci dewan tidak mahu bagi speaker buat sidang. Apakah beliau tidak tahu kuasa speaker. Ia sama seorang hakim di mahkamah.
Kalau setiausaha mahkamah kunci mahkamah alamat tiada kebenaran sebagaimana yang dituntut oleh rakyat.
Jadi bila su Dun kunci Dun alamat tidak dapat bersidang maka apa yang dituntut oleh rakyat ialah kebenaran tidak dapat dijalankan.
Apakah disebalik tabir su pun diugut atau dapat wang besar. Kesihan juga kalau orang kerajaan pun diugut. Kalau dapat wang besar memang tidak patut, celaka rakyat dibuatnya.
Notis arahkan kosong bangunan Dun dikeluarkan tanpa tandatangan tetapi pakai surat rasmi kerajaan negeri. Siapa yang berkuasa ni? Hebat kuasa notis tersebut sehingga boleh kunci Dun. Ini macam kuasa kemas kunci tadika mahu buat sendiwara konon kerajaan Pakatan Rakyat yang kunci. Kemudian buat tuduhan pakatan rakyat kunci balai raya sehingga menyukar anak tadika bersekolah.
Kalau tahu peraturan buat tadika kat sekolah. Balairaya tu tempat orang nak bermesyuarat dan berjumpaan masyarakat. Baik buat kelas dewasa daripada buat kelas tadika di balairaya kerana orang nak bermesyuarat terganggu. Bising tahu sahaja la budak budak. Budak Umno lagi bising.
Jadi kita hamba rakyat lihat makin celaru di Perak. Tutup Dun macam tutup balairaya. Sudah tidak ada undang-undang. Sedangkan kita rakyat malaysia bertamdun ada peraturan dan undang-undang. Jadi siapa tidak mahu ikut undang-undang.
Itu hari Tun Mahathir ketawakan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana suruh Datuk Dr Zambry buat repot polis bila beliau digantung oleh speaker.
Tapi pelik pula bila Mahathir membisu bila Timbalan Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sidang Dun Perak di sah kerana ada kes mahkamah. Iaitu kes Nizar saman Zambry. Kan Najib tu menambah lagi kelucuuuuan. Mahathir tak nak ketawa ke? Saya ketawa nak pecah beruk ni.
Kita hamba rakyat tambah pelik mika berkuasa ikut peraturan perlembagaan ke dan undang-undang ke berapa perkara ke berapa, fasal ke berapa, perintah tetap dewan ke berapa yang boleh tutup Dun. Jadi jelas lah mika sebenarnya dah tidak ikut peraturan dan perlembagaan. Orang ini dah terdesak jadi guna kuasa persekutuan kerana dia ada tentera dan polis untuk buat jahat di Perak. Kalau Thailand guna tentera tapi malaysia sebenarnya guna polis.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP