Kerajaan perpaduan: Tengok dulu hujung pangkal

>> Isnin, Mac 23, 2009

Saya sebenarnya tidak berminat hendak mengulas isu kerajaan perpaduan kerana ia sebenarnya membawa maksud yang bukan sebagaimana yang difahami sebelum itu pakatan PAS dengan Umno.
Lagi pun kita kena faham sebab kenyataan Presiden PAS itu dibuat.
Ia bukan sengaja untuk mencetuskan atau melontarkan satu idea semata-mata bahkan isu itu untuk menjawab permintaan Umno sebelum ini yang mahu pembangkang kurang berpolitik bagi menangani masalah ekonomi yang melanda seluruh dunia.
Jadi dilihat dari sudut tersebut ia bukan sahaja untuk kepentingan Umno tetapi untuk rakyat keseluruhan dalam masa kita mengurangkan perbalahan politik.
Bagaimanapun Umno tetap Umno. Walaupun dalam merintis dan merayu tetapi sebenarnya tersebunyi perasaan jahat.
Sama kata Pak Samad Said pemimpin ada satu telinga dan dua lidah.
Bila berdepan rakyat mereka cuba gambarkan pembangkang hanya suka bergaduh dan tidak ada cadangan untuk atasi kemelesetan ekonomi.
Apabila Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuat tawaran kerajaan tanpa pembangkang supaya tiada pergaduhan untuk melahirkan pemikir bagi mengatasi masalah ekonomi dan lain-lain sebaliknya Umno pusing ke lain.
Dilagakannya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dengan Abdul Hadi. Apa la jenis Umno. Kalau dah jahat tiada masa hendak bertaubat.
Ingat Umno ada masa taubat tu taubat la nanti kan tak sempat taubat. Tetapi Umno kena ingat dosa besar mana sekalipun boleh taubat tetapi kalau dosa syirik Allah tak akan terima taubat tu. Jadi Umno baik belajar Islam sikit la supaya jadi mukmin.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP