Polis serang Dun Perak

>> Selasa, Mac 03, 2009

Dalam filem kerajaan negeri dua butir atau pasir berdengung (lupa antara satu kerajaan) mengadakan mesyuarat dibawah pokok kerajaan negerinya diserang mafia. Tengok filem P Ramlee ini cukup melucukan dan pada tanggapan kita ia tidak mungkin berlaku pada kerajaan moden.
Tetapi bila tengok kerajaan negeri Perak terpaksa bersidang bawah pokok rupanya cerita ilham P Ramlee itu boleh berlaku masa kini. Mungkin P Ramlee yang buat filem tersebut hanya satu gurauan tidaklah bermaksud untuk sindir Umno yang menyerang kerajaan Perak dengan menggunakan Polis.
Kerajaan dalam filem P Ramlee tu diserang mafia tetapi kerajaan Perak di serang Polis. Sebelum ini Ketua Polis Negera, Datuk Musa Hasan kata polis tidak ada kuasa di Dewan Rakyat bila merujuk kepada Karpal Singh diserang pemuda Umno di Parlimen.
Sebaliknya boleh pula polis mengawal Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak menghalang speaker dan ahli dewan undangan negeri mahu masuk bersidang tergempar hari ini, 3 Mac. Siapa sebenarnya yang salah guna kuasa ni. Polis ke Speaker?
Dun itu dibawah takluk speaker dan sama ada mahu ada sekatan dan tutup pagar Dun mesti melalui arahan speaker. Tetapi polis jaga pagar tu ikut arahan sapa?

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP