Pakat ramai-ramai hadir petang ini bantah PPSMI di Masjid Negara supaya nama kita dicatat Allah sebagai pensejarahan bagi masa depan anak, cucu, cicit dan generasi Melayu seterusnya.
Kehadiran kita kali ini seumpama kehadiran pejuang bahasa pada himpunan 'Keranda 152' yang pernah diadakan pada 3 Mac 1967 atas matlamat yang sama.
Kita perlu ingat kita sudah gagal mempertahankan tulisan Melayu Jawi kita kerana Umno dan penjajah Inggeris. Kita terlalu bongkak bersama Inggeris sehingga orang Melayu lupa untuk mempertahankan tulisannya sendiri yang lebih berseni.
Kesannya hari ini anak Melayu kita sudah tidak mampu menulis dan membaca tulisan jawi. Ini Umno buat kepada kita bangsa Melayu. Akhirnya Utusan Melayu bertulis jawi pun pupus.
Kita harus ingat akibat dasar Umno menukar tulisan jawi kepada rumi itu maka ramai ibu bapa kita menjadi buta huruf. Kerajaan ketika itu terpaksa wujudkan kelas dewasa supaya ibu bapa kita masa itu dapat membaca dan menulis tulisan rumi.
Itu kerja gila Umno memuja penjajah sehingga sanggup gadai dan tukar tulisan jawi kepada rumi. Umno sudah banyak busuk tetapi kenapa kita orang Melayu sanggup menghidu setiap hari kebusukan apabila terus memberi Umno memerintah negara.
Hari ini apa yang berlaku kepada tulisan orang Melayu itu akan juga berlaku kepada bahasa Melayu selagi puak ini memerintah.
Kesannya bukan sekarang kerana masih ramai penutur bahasa Melayu di negara ini. Tetapi implikasinya ialah kepada anak, cucu, cicit dan generasi kita seterusnya.
Apakah ketika itu bahasa Melayu hilang sebagaimana hilangnya tulisan jawi.
Hanya sebahagian orang tua-tua generasi masa depan yang beleh bertutur Melayu manakala anak muda lainnya berbahasa Inggeris.
Kita boleh lihat sekarang seperti di Singapura. Jumlah orang Melayu bertutur Melayu makin kurang malah sudah ada Melayu dan pandai cakap Melayu macam Tan Sri Zeti Aziz, Gebenor duit kita tu.
Hadirlah beramai petang ini walaupun nama kita tidak terpahat sebagaimana A Samad Said, Hassan Ahmad, Mat Sabu, Tok Guru Haji Abdul Hadi, Datuk Seri Anwar dan lain-lainnya diatas akhbar dan media tetapi Allah tidak lupa nama kita.
Allah merestui perjuangan kita mempertahankan bahasa kita kerana bahasa kita bukan sahaja penyambung hubungan antara kaum di negara ini bahkan ia bahasa ilmu kepada anak-anak kita. Ilmu mudah difahami melalui bahasa kita.
-
0 comments:
Catat Ulasan