Polis siasat tuan rumah didakwa ceroboh rumah sendiri

>> Jumaat, Mac 06, 2009

Dewan Undangan Negeri (Dun) yang merupakan tempat bersidangan wakil rakyat, bolehlah dianggap rumah mereka.
Tetapi apa yang pelik polis negeri itu mahu menyiasat mereka mengadakan perhimpunan di luar Dun itu yang dikatakan perhimpunan haram.
Kawan tu nak balik kerumah nak bersidang. Tetapi polis tidak pasal-pasal menahan mereka masuk ke rumah mereka.
Ini kejadian yang makin pelik berlaku di Perak.
Sebelum ini Zahid Hamidi ada berkata pakatan rakyat kena terima hakikat mereka sudha jatuh. Semasa pakatan menang dahulu Sultan memanggil mereka sehingga mereka mendapat lantikan menteri besar secara majoriti.
Dan perkara sama jugalah yang Umno lakukan setelah kita mendapat majoriti dan Sultan mengsahkan majoriti kita dengan memanggil seorang demi seorang.
Hujah ini juga digunakan oleh Umno yang lain ketika memberi penerangan berhubung apa yang berlaku di Perak.
Kata kawan saya Ali Maidin memang betul tetapi hujah itu diguna ditempat yang tidak betul. Selepas Dun dibubar untuk mengadakan pilihan raya kerajaan sudah tidak ada dan apabila ada pihak majoriti sultan akan menerima parti majoriti untuk dilantik menteri besar.
HUjah Zahid dan Umno itu betul tetapi ia boleh digunakan selepas kemenangan pilihan raya apabila berlaku pembubaran Dun.
Sebaliknya Umno merampas kuasa dalam masa pemerintahan orang lain. Sudah ada kerajaan yang memerintah. Jadi untuk menumbang kerajaan yang ada mesti melalui Dun iaitu undi tidak percaya kepada menteri besar.
Tetapi Umno tidak buat demikian sebaliknya mengambil jalan pintas merampas kuasa menyebabkan perak tambah celaru. Akibat asas yang tidak betul.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP