Sahabat Mohd Zain pulang kerahmatullah

>> Selasa, Mac 03, 2009

Innalillah... Pagi tadi sempat juga saya menziarah sahabat lama Mohd Zain Jusoh. Kenalan semasa di Harakah. Saya juga sempat melihat wajah terakhirnya bercahaya, berseri dengan senyuman. Moga Allah merahmati beliau.
Abang terdekatnya memberitahu beliau meninggal selepas mengambil air sembahyang untuk mendirikan solat Isyak malam tadi.
Pertama kali saya melihat beliau dan melihat daripada kukunya sahabat kita ini ada masalah jantung.
Rupanya masalah beliau itu sejak kecil. Saya baru tahu daripada abang terdekatnya yang menceritakan mengenai arwah.
Patutlah wajahnya bercahaya kerana beliau cukup sabar dengan ujian Allah. Penderitaan beliau sejak kecil sehingga besar tidak boleh digambarkan dengan hanya kata-kata tanpa kita sendiri merasainya.
Beliau juga beruntung dijagai oleh abangnya Ustaz Hamid. Ustaz Hamid tidak mahu menyusahkan ibu dan bapanya dikampung di Besut lalu bawa arwah ke Kuala Lumpur dan membiayai perubatan adiknya.
Beliau baru berusia 36 tahun da meninggal dua orang anak.
Semasa di Harakah beliau kerja dibahagian pemasaran. Keadaan ini mungkin tidak sesuai dengan beliau yang tidak boleh bekerja kuat. Mungkin tidak banyak yang dapat dinukilan di sini tetapi sama sama kita berdoa semoga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan bersama orang yang beriman.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP